Saturday, July 26, 2008

Review CD : Langsuir - The Eastern Cruelty EP ++

Entry kali ni aku nak citer pulak pasal CD sebuah sebuah band death metal terulung dalam scene metal tempatan, Riusgnal a.k.a Langsuir/Langsuyr. Pada aku Riusgnal merupakan band yang mengheret aku ke dunia muzik ekstrim metal yang selama ini aku geruni hahaha.

Pada aku dorang ni legenda sebab dorang ni pemangkin kepada scene "Malaysian Extreme Metal" yang mana dorang mengolah muzik extreme metal itu mempunyai identiti ketimuran. Oklah tanpa membuang masa kau nak review pasal EP dorang ni.

The Eastern Cruelty lahir pada tahun 1995/96. Diterbitkan oleh Nebiula Production & pada asal nya hanya mempunyai 4 lagu sahaja. Kemudian pada tahun 2000 Nebiula Produstion telah mengeluarkan kembali EP ni dengan tambahan beberapa track.

Ok start review :

1) Descent Of Fire - Breathed : Tanpa membuang masa track pertama CD ni telah menawan pendengaran aku dengan mood intro yang dark. Terus ditambah dengan riff gitar yang crunchy, agak berat tapi kurang tebalannya, hayunan double paddle drum yang "solid" ( boleh ah pakai istilah ni hehehe) serta growl vocal yang cukup dark, minimal tapi memukau. Layan track ni.

2) Kucemari : Terus klimaks pada intro yer..tak banyak cakap hahaha. Dengar jer terus goyang pala oooo cam tindakan refleks gitu hehehe. Dark & catchy betul lagu ni hehehe especially kat melodi riff gitar dia. Lirik dalam bahasa melayu ni..tapi aku tak dapat tangkap pulak hehehe. Permainan drum yang baik especially double paddle dia ( heheh metal memang la cenggitu kan ).Pon best gak lagu ni.

Kalau tak silap aku 2 track ni asalnya terkandung dalam album kompilasi "Ipoh Metal Militant Supremacists" tahun 1998. Kalau salah tolong betulkan.

3) My Oath For Thee : Boom..terus klimaks lagu ni.. heavy & seram siot. Dengan ketukan drum yang tanpa belas kasihan, riff2 gitar yang betul2 berat, crunchy & unik. Ditambah pulak dengan bunyi keyboard menyerlahkan & menyeramkan lagi lagu ni. Aku suke bunyi effect petir & dahan pokok patah pada intro. Lagu yang memperkenalkan aku pada Riusgnal & extreme muzik terutama death metal. Paling favourite ni. Terdapat juga dalam kompilasi "Storm of Nebiula vol.1"

4) B.R.S / Pontianak : Lagu ni arrangement ni unik sikit sebab ada part2 heavy, speed, akustik & "poppy" skit ( pop dalam kontek metal ah hehehe tu pada pandangan aku la ). Solo lagu ni antara yang paling panjang banyak2 lagu dalam album nie. Part paling best time akustik dia kira cam peaceful jer. Walaupon ni Death metal tak semestinya heavy manjang. Keyboard dia pon best..seram ada bunyi cam pontianak ngilai la hehehe aku suka. Ayuh berdansa!!

5) Tangisan Embun Pagi : Sebuah lagu lirik menggunakan bahasa melayu klasik, prosa klasik. Pon tak ambil masa nak meletup lagu ni. Agak progresif lagu ni. Banyak part2 melodi yang menarik. Memang layan lagu nie. Lirik lagu ni dulu masa aku sekolah Form 5 , aku ada baca kat Minggu Sastera hehehe ramai oo time tuh kat dewan siap ngan pengetua sume, Nazir daerah pon turun time tuh. Ermm memang happening, yang best nya MC sebut " ..terimalah deklamasi puisi "Tangisan Embun Pagi, karya oleh Batara Guru" yang disampaikan oleh..." hehehe member2 aku sume sorak hailzz hailzz hailzz hahaha.

6) The Seven Headed Dragon of Pelangi : Cover album ni diinspirasikan dari lagu ni kot sebab ada tujuh naga. Agak trashy riff gitar dia. Tak jemu dengar lagu nie, patern drum stroke pon variasi kali ni, sesuai untuk drummer membuat latihan. Solo pon menangkap & bermelodi sesuai dengan flow lagu dia. Best.

4 lagu ni merupakan lagu original dalam EP The Eastern Cruelty yang diriliskan pada 1996.

sungguh ganas bentara ketika ini hehe

7) The Seventh One : Sound lagu ni agak raw. aku suka sound2 sebegitu hehehe kuat pengaruh trash pada riff gitar lagu ni. Growl vocal pada lagu ni pon agak kasar..lagi dark lagi brutal lagi berkahak hehehe. Sound2 awal Riusgnal ni.

8) In The Name Of Sil-Khannas : Lagu yang complete moodnya dark, trashy, crunchy & catchy. Terus headbanging la..yup aku tak tipu. Silap2 mau goyang badan sekali ni. Aku memula dengar lagu ni kat kompilasi "Eastern Invassion vol.1" tahun 1997 kot kalau tak silap . Cover kaler kuning ada gambar pen bulu ayam & surat.

9) Occultus Mysticism : Judul demo pertama mereka diambil sempena tajuk lagu ni. Cukup occult & mystic lagu ni hahaha. Nampak flow lagu2 Ruisgnal & signature sound mereka.

Lagu2 ni pulak kalau tak silap merupakan lagu2 dari demo pertama "Occultus Mysticism" yang dirilis pada 1994. Memang raw sound demo ni. Dari sinilah lagenda Riusgnal bermula hail! hail!hail!.

Pada aku keistimewaan muzik Riusgnal adalah pada melodi & guitar work dorang yang unik. Totally berbeza dengan muzik & lagu2 yang segenre dengan mereka. Gabungan idea mastermind Batara Guru ( sekarang Bentara ), Riffing Azmaniarkht, growl vocal Azlanthor & ketukan padu Adjheez menjadikan Riusgnal unik & tersendiri.

**Atas menghormati tuan punya lagu ni , lirik "My Oath For Thee" aku keluarkan dari entry ni. Sapa nak lirik tu gi jumpa tuan punya lagu sendiri.

Hail! jumpa lagi.

7 comments:

deaf_angel said...

wooo.. ni macam nye review..
10 tahun akan datang orang google akan gunakan ko nye info blog ni sebagai reference.
I love it.

soalan - beb, lu nye tarikh tu apsal besar sangat sey?

Suzi said...

Ni album re-rilis. Nebiula Prod asalnya nak guna duit untung rilisan nak cari duit rekoding album ASYIK. Tengok Langsuyr pulak dah lari ke Clockwork Rec. Lagipun, dah rugi first pressing CD ni salah printing (termasuk lagu Necrotic Chaos dalam album hehehe...). Semua returned back.

Lagu-lagu dalam rilisan ni banyak berkisar perihal tahyul yang mana sekarang Langsuyr dah tak teruskan. However, ianya agak unik masa tu sebab ada fuse keMelayuan dalamnya. Macam Tamar Jalis punya novel la gitu.

BENTARA said...

Alamak terkomen pakai account wife aku pulak... jangan confused lak weh heheheh...

matakucing said...

deaf,
tarikh tu aku tak dpt hidden ah..aku dah kodek2 camera tu tak mo ilang gak tarikh tu.

bentara,
oo Tamar Jalis eh best tu..patut la ada pontianak2, penanggal2, dukun2 tu sume. Ermm Bullet bile lagi??

Geng Metal said...

alemak ... wa dah tua aaa nk dengar muzik camni, boleh layan old skool nyer jer ..thehehe ... dulu layan gak ...ishhh ... janggut dah stat naik putih ni, slow sket aaa kemetalan gua ... akekeke... nnt mak mentua wa fenin kefala la pulaksss .. thehehe

speedrider said...

Nak CD ni boleh tak? sms 019-4544507 ye abang hensemmmm

speedrider said...

Nak CD ni boleh tak? sms 019-4544507 ye abang hensemmmm