Tuesday, July 15, 2008

LP Rock Klasik & Boston Tour 1997 T-shirt

Pagi Ahad merupakan hari yang aku paling tunggu2 sebabnya hari Ahad banyak citer kartun hehehe Tom & Jerry, Sponge Bob, Mr.Bean, Kamen Rider, Ultraman & macam2 lagilah. Pendek kata pagi sampai tengahari layan kartun aje :-p

Tapi klu tak pegi pasar karat tak best ar kira cam tak lengkap jer hidup ni. Dah jadi addict siot hahaha suka tengok suasana & perangai pengumpul barang2 antik. Ok tak mau citer banyak Ahad lepas aku turun flea Amcorp Mall ( AM ). Korang tau apa aku jumpa....hehe tengok bawah :

LP rock klasik yang memang jarang nak jumpa especially LP rock melayu. Memang rezeki aku nak dapat LP ni sume. Terlompat keriangan aku dibuatnya bile jumpa LP2 ni.

lawo eh...arrggghhhh

Asalnya aku nak cari LP Iron Maiden buat koleksi sebab aku tak ade lagi LP Iron Maiden ni. Memula jumpa Powerslave & EP Running Free kat LG floor pastu pusing2 dah takde LP Maiden aku gi naik 1st floor plak.


Belek punye belek, selak punya selak jumpa LP Scorpions-Blackout. Tersenyum gembira aku sebab memang dah lama aku cari LP ni sebab artwork dia tu memang klasik & cantik. yang aku dapat ni untuk pasaran UK.


original artwork cover album "Samarkand"

Pastu pergi pulak kedai lain belek2 jumpa LP Bloodshed-Samarkand. Fuhh berderau darah aku jumpa LP ni. Macam nak terguling2 jer kat koridor AM tu. Bloodshed merupakan salah satu band favourite aku.

Pada aku memang worth ar jumpa LP Bloodshed nie sebab album dorang memang susah dah nak jumpa even kaset pon dah tak ade dah. Bloodshed ni kira rare oo.

Album Samarkand dulu EMI ada re-released masa tahun 1997/98 dalam bentuk kaset & CD tapi aku cuma sempat grab kaset jer tapi artwork dia lain sikit.


"Hidup tanpa perjuangan adalah mati yang belum mati"..tag line album Q'abul

Kedai yang sama gak aku jumpa sekali LP Lefthanded-Q'abul. Dah jadi macam orang sewel aku dah kat kedai LP tu hahaha. Uncle tu cakap "ooo lu suka ini lock2 lama punya ha.. ini lefthanded banyak lock ooo...dia punya guitalist Man Bai" kata uncle tu. " Bukan Man Bai la uncle, Man Keedal la"aku cakap. "Oh ya ha..itu Man Bai Gelsang punya vocalist, aiya saya sudah tua maa".


bahagian belakang ada tampal lirik

Adoi pecah perut aku layan uncle tu. Selain Bloodshed & Lefthanded ada LP B.P.R-Bisa & Ramli Sarip-Keliru tapi aku skip dulu termasuklah Iron Maiden-Powerslave yang kat LG Floor tadi hehe.

Uncle tu cakap aku lambat sampai sebab pagi tu dia dah tolak LP Rusty Blade-Berat, Wings-Teori Domino & Search-Fenomena & Mentari Merah Di Ufuk Timur. Tepuk dahi aku dengar dia cakap cam tu. Sebab LP rock melayu ni memang susah2 sangat nak jumpa.


album ape eh aku tak ingat plak..cam Star Wars ekeke

Lepas grab LP2 tu sume aku terjumpa pulak Tshirt blackie ni, Boston-Tour 1997. Memula aku ingat baju Star Wars rupa2nya baju band. Ermm dengan tak cakap banyak aku grab terus hahaha.

bahagian belakang tour venue

Boston pada setengah orang dia tak glamour sangat kan sebab ramai orang suka cari band2 yang top2 aje cam Led Zeppelin, Deep Purple, Rainbow etc. pendek kata memilih band. Tapi pada aku aku suke cari t-shirt yang jarang2 orang pakai sebab ada value dia tersendiri sebenarnya & susah nak jumpa.

Ok jumpa lagi.

3 comments:

deaf_angel said...

ooo bloodshed Samarkand. Ni pada aku ko nye best buy of the day huhuhu..

BENTARA said...

BLackout best! Memang cover dia cantik. Dulu aku ingatkan cover tu muka Rudolph Schenker, rupa-rupanya bukan. Ada iras je.

Geng Metal said...

wah wah wah lu ni, banyak dpt collect barang lama bro, gua punya masa yg beli dedulu entah dah hancur jadi sambal kerabu agaknya ... har har har ..entah mana tah hilangnya ... ishhh lu jumpa kat pasar karat aaa ... nnt wa pi skodeng kat situ aaa ... hehehe, geram pulak gua tgk koleksi lu neyyy