Saturday, April 19, 2008

Review CD : Us And Them - Simphonic Pink Floyd

Korang minat muzik simfoni orkestra? Bestkan melayang je dengar muzik cenggitu kan. Tapi aku nak citer pasal lagu2 Pink Flyod yang digubah menjadi simfoni orkestra. Korang pernah dengar lagu Pink Floyd versi orkestra?.

Album Us And Them - Simphonic Pink Floyd diterbitkan pada tahun 1995 dibawah label Point Music & Euphoria production. Ia merupakan seleksi lagu2 hits dorang dari album klasik " The Dark Side Of The Moon" & " The Wall". Album ni adalah lagu2 yang diubah dari muzik asal menjadi sebuah instrumental simfoni orkestra.


Memula aku sangsi gak nengok album ni. Yelah memang tak pernah dengar pon even surf kat internet pon tak pernah jumpa. Aku terjumpa album ni kat flea market, RM15 jer hahaha worth arr.
Murah lorr.

Klu nak dengar lagu2 versi orkestra ni kene tym tertentu ( bagi aku la ). Hehe kene plak lepas mandi badan tengah fresh, sit back & rilexs enjoy the music. Bile aku start dengar track pertama jer terus melayang beb.. perghhh cam terapung2 jer, imaginasi, khayalan cam berada di alam pengembaraan epik siot.

Sebenarnya ini merupakan album projek peminat Pink Floyd itu sendiri iaitu Youth ( penerbit album ) & Jaz Coleman ( komposer ) bergabung dengan The London Philharmonic Orchestra. Bukan senang oi nak ubah muzik Pink Floyd sebab lagu2 dorang dah jadi masterpiece, so risiko la sape yang cover balik. Mesti kene buat lebih baik dari lagu asal.

Lagu2 yang terdapat dalam album ni :

  1. Time
  2. Brain Damage
  3. Another Brick In The Wall ( Part 2 )
  4. Comfortably Numb
  5. Breath
  6. Money
  7. The Greatest Gig In The Sky
  8. Nobody Home
  9. Us And Them
  10. Time ( The old tree with winding roots behind the lake of dream mix )

Korang boleh imagine tak cam ner lagu2 kat atas jadi simfoni orkestra...ergghhh ngeri siot. tapi garapan lagu2 ni memang superb siol. Penuh cerita, emosi ( cemas, sedih, sunyi etc ), klimaks & penuh attack.

Gabungan muzik orkestra klasik barat dengan timur tengah pey sound memang satu kelainan & jadi hasil seni yang hebat. Kire ada lenggok2 qasidah, syair2 arab sesuai ngan jiwa aku hahahaha.Gubahan muzik ni di buat oleh Jaz Coleman mengambil masa selama 4 weeks secara intensif untuk di siapkan.

Dengan kerjasama Roger Dean sebagai pengarah seni album nie. Roger Dean ni banyak buat design utntuk album2 YES - group 70's progressif rock. Artwork dia memang aku minat babi giler. Memang unik lukisan2 Roger Dean ni.

Artwork album ni dinamakan "Dragon's Dream" so bila digabungkan ngan muzik simfoni Pink Floyd ni dah jadi cam score filem epik siot. Kire cam scoring soundtrack untuk filem "Dragon's Dream" la.

So sape2 peminat berat Pink Floyd & muzik skor cuba dapatkan album nie. Aku garenti berbaloi beb. Collectable item siot. RARE!!

p/s : teringin nak dengar lagu2 Bloodshed dibuat versi simfoni orkestra.

2 comments:

deaf-angel said...

ko nye blog very the variety..gerek.

matakucing said...

tq deaf..
"ku dihalamn rindu" lah yg memanggil aku menulis blog.