Tuesday, April 1, 2008

Review CD : Support Our Local Acts! "The Story of Malaysia's Independent Music Scene"

Kali ni aku nak review cd pulak. Album "Support Our Local Acts!" ( SOLA ). Ianya adalah album kompilasi tapi ni bukan sembarangan album tau. Album ni merupakan susur galur perkembangan muzik underground / bebas atau independent & lebih mesra lagi sekarang muzik "indie" ( yeke..tp bagi aku indie tu kire "movement" la ).

here the history of Malaysia's Independent music scene


Cd ni adalah himpunan kugiran2 bebas yang pernah & masih menghidupkan / berjuang dalam scene independent. Kira nyer mereka inilah yang berkarya dengan hasil daya kreativiti & idea mereka sendiri secara bebas tanpa kongkongan kapitalis industri seni arus perdana.

Dengan falsafah Do It Youself ( D.I.Y ) mereka terus berkarya tanpa had dari segi penciptaan lagu, rakaman, penghasilan kulit album, merchandise & pemasaran demo2 tape, EP & album sume secara D.I.Y .


bahagian dalam album


Album ni ada 2 cd, di bahagikan kepada 2 chapter. Kat bawah nie senarai kugiran2 & lagu2 yang terlibat dalam album kompilasi ni :

Cd 1 ( Chapter One )
  1. OAG - 60's TV
  2. Silkhannaz - Gerbang Kayangan
  3. ACAB - Unfairground
  4. The Pilgrims - Pilgrim In The Region
  5. Projekt AK - Bring It Back
  6. Chronic Mass - Togetherness
  7. Flop Poppy - Rest Of My Life
  8. Basic Right - Within My Community
  9. Butterfingers - Chrome
  10. Koffin Kanser - Legalize

Cd 1 kebanyakannyer kugiran pelopor / penggerak terawal muzik independent / underground. Kire Otai2 la dorang ni.

Cd 2 ( Chapter Two ) :

  1. Vociferation Eternity - Meadow's Yearn
  2. Roots N Boots - Made In Malaysia
  3. Pop Shuvit - Old Skool Rocka
  4. The Suspects - Kami Yang Disyaki
  5. Gerhana Ska Cinta - Fight For Your Right
  6. Couple - Tentang Kita.
  7. They Will Kill Us All - Running Into Spaces *
  8. Auburn - Kurnia Chinta *
  9. Hujan - Bila Aku Sudah Tiada *
  10. Komplot - Konflik Metropolis *

Cd 2 pulak kebanyakannya mengetengah kan kugiran2 generasi baru. Sume genre muzik ada dalam album SOLA nie. Black Metal, Grunge, Alternative Pop, Ska, Street rock/punk/Oi, Hardcore, reggae sume ade. Variasi la selection lagu2 dalam album nie.


hari ini dalam sejarah

SOLA ni pon ada cerita skit pasal sejarah perkembangan muzik independent ni. Best oo baca memang menarik menggamit nostalgia siot. Teringat zaman masa sekolah2 dulu tym demam muzik alternative, jamming masa balik sekolah. Perghh best.


diskografi kugiran

Selain sejarah muzik independent ada gak diselitkan foto2 & biografi kugiran yang terlibat. Nostalgia siot gambar2 tu. Kira gambar lama dorang ni, zaman muda2 remaja hehehe.



front & back print pressing ( digipack )

Album ni di terbitkan oleh Malaya Record & Universal Music. Released pada December 2007 yang lepas. Aku nampak je album SOLA ni kat rack kedai cd tanpa membuang masa aku terus grab hehehe khazanah nie, collector items ooo. So far dari segi pressing inlay dia mmg terkesan konsep dia. Memang old skool hahaha.

Aku harap ada vol.2 sebab banyak lagi band2 yang tertinggal yang patut ada pada album SOLA ni. Support Our Local Acts!! \m/

P/s : saja guna font ni hehehe nampak lain skit.

2 comments:

BENTARA said...

aku adalah ex-bassist dalam satu band in this compilation.

Teka apa nama band aku? hhehehe

matakucing said...

oh adakah jawapanya Voci
hail hail

tq sudi melawat

kernmaut dah semakin variety nampak??