Wednesday, April 2, 2008

Review CD : Single "Butterfingers - 1000 Tahun ( mahu hidup )"


Nah dah sampai semalam cd yang aku order last week. Ni ada lah cd single terbaru & terkini oleh band pioneer independent music scene; Butterfingers yang bakal keluar album baru " K e m b a l i ".

cover depan dia..lawa eh

1000 tahun ( mahu hidup )ni single pertama butter sebelum released album penuh K e m b a l i pada 060708 ( hoho best nyer..). Kat cd single ni ada 1 lagu iaitu single 1000 tahun ( mahu hidup ) - edit radio & video clip - versi garaj.



panas lagi..eekeke

Cd ni butter distribute secara D.I.Y & tak ada jual kat mana2 cd store,yang setau aku lah. Klu nak bli contact direct butter by hand or by post. Harga siling cd ni RM 15 ( RM10 cd + RM 3 Pos charges + RM 2 Fuel ).


lirik di sertakan..layan

Setiap belian dapat poskad 1000 tahun ( mahu hidup ) berserta dengan lirik lagu. So senang la nak layan. Lirik dia pon best ooo.. sinis skit. hahaha tu lah Butterfingers.

Dari segi lagu aku rasa butter kali ni lebih padu, lebih jitu. Guitar line yang agak ribut & comot, bassline yang melekat,drum beat yang "raw" & vocal lebih terserlah & jelas. Melodi lebih mengasyikan & sound still as i known; "butter's sound", kotor, comot tapi padu!


empayar grunge malaya...KEMBALI

Cd ni limited edition & cume ada 1000 copy sahaja & mungkin takkan diulang cetak. Hahaha cd single yang perlu dimiliki untuk rujukan sejarah masa depan & aku sudah pon memilikinya. PADU!!

p/s : tengah tunggu next single, terus-terang

No comments: