Saturday, April 19, 2008

Review CD : Foo Fighters - The Colour And The Shape 10th Anniversary

10 tahun rasa cam lama erk tapi pejam celik pejam celik tau2 dah 10 tahun. Ermm cam album ni gak " The Colour And The Shape " dari Foo Fighters. Hehe sape tak kenal band & frontman FF nie erk Dave Grohl ex- drummer Nirvana.



Baru2 ni aku tersempak cd ni kat Rock Corner, Subang Jaya apa lagi terus grab la. Album ni dikeluarkan khas untuk menyambut ulangtahun ke-10 tahun yang mana telah diterbitkan pada tahun 1997. Dulu masa memula keluar aku grab kaset jer. Yela mana mampu nak beli cd tym sekolah dulu. Kumpul duit belanja siot.



Kaset ni kire first pressing US pey tau sebab dulu bile released je album ni terus grab kat Oisayman, Banting. Balik sekolah terus pi beli hahaha memang best tym sekolah dulu. Harga dulu klu tak silap RM13 kot, aku pon dah lupe.

Line up album ni pulak Dave Grohl ( Guitars, Drums & Vocals ), Pat Smear ( Guitars, Backing Vocal ), Nate Mandel ( Bass ) & William Goldsmith ( Drumms ).



Untuk 10th Anniversary special edition ni dorang remastered balik dari original tapes & ada tambahan 6 bonus tacks lagi. Kat bawah ni track list dia :
  1. Doll
  2. Monkey Wrench
  3. Hey, Johnny Park!
  4. My Poor Brain
  5. Wind Up
  6. Up In Arms
  7. My Hero
  8. See You
  9. Enough Space
  10. February Stars
  11. Everlong
  12. Walking After You
  13. New Way Home
  14. Requiem**
  15. Drive Me Wild**
  16. Down In The park**
  17. Baker Street**
  18. Dear Lover**
  19. The Colour And The Shape**

Tracks yang bertanda ** diambil dari B-side & BBC Session. Bagi aku album ni merupakan landmark bagi Foo Fighters sebab album ni show their true sound, style & attitude Dave Grohl yang mana dia memang nak lari dari imej Nirvana.

Lagu2 dia memang mantap dari segi arrangement, melodi, riff dia memang menengat siol, laju & drum beat yang padu & sore Dave Grohl memang menonjol tym ni. Kire Foo Fighter berjaya mencipta sound trade mark sendiri. Arrghhhhh best siol.



Hampir semua drums track dalam album ni dimainkan oleh Dave Grohl sendiri yang mana dulu kecoh dia tak puas hati ngan drummer dia, William Goldsmith sebab tak cukup power & sesuai untuk muzik Foo Fighters. Yelah Dave Grohl kan drummer dulu so paham2 je la kan.


So ni antara album yang patut disimpan sebagai collector items. Album yang menonjolkan kreativiti & matang.

Foo Fighters bernafas dengan ego & attitude tersendiri.

1 comment:

Abdul Rahman said...

haha, baru sekarang aku nk komen. tu pun ko sedar/tak. cd nih aku beli gak. mahal beb. adala rm70-80. kaset pun ada gak tapi dh season. dalam nih byk lagu best2. layan. diorg (foofighters) tertekan agaknya org asyik compare album the colour nih ngn album lelain.