Wednesday, April 22, 2009

Rosli Mohalim - RS cd



Ok sambungan siri gitaris berapi, tuari dah review cd Rockestra Man Keedal & yang ni pulak cd Rosli Mohalim (EP/Single) - RS. Cd ni aku dapat dari kawan aku mr. Ozzy (thanks yer..) dia beli masa kat Jom Heboh kat Bukit Jalil tahun lepas..dekni memang follow tour Jom Heboh ni hahaha..jangan marah yer mr Ozzy.

Album ini dirakamkan di Studio Sinar milik Mus MAY. Album ni diterbitkan sendiri oleh Rosli Mohalim. Sebanyak 4 buah lagu telah dirakam dalam album ni iaitu :
  1. Dimanakah Salahku feat Ameng Spring (Rosli Mohalim/Rosli Mohalim&Rosalina)
  2. Aku Ingin Berkata feat Zamani Slam (Rosli Mohalim/Rosli Mohalim&Rasalina)
  3. Satu Malam feat Yabang Jinbara (Rosli Mohalim/Rosli Mohalim)
  4. Terasa feat Nura (Rosli Mohalim/ Rosalina)


Track pertama merupakan sebuah lagu ballads yang dinyanyikan oleh Ameng Spring. So bila dah Ameng Spring nyanyi korang mesti tau kan cam ner bentuk lagu ni. Lebih kurang macam lagu2 Spring. Agak mendayu2 gitu tapi sungguh pun begitu petikan solo pada lagu ni agak menarik. Terserlah skills & tone dari seorang gitaris band rock lagenda, Sweet Charity. Vokal Ameng tetap Steady. Oklah jugak (tp aku tak suka ngantuk)

Siapa minat Santana?? angkat kaki. Yearghhh ramai kenalkan Santana ni, walaupun korang tak angkat kaki. Ok lagu ni ada pinjam riff & melodi/sound Santana. Lagu ini pada aku menarik & catchy. Elemen latin dicampur gaulkan dengan melodi melayu & diselitkan lick2 serta solo yang lazat & garing (<--- eddie gua pinjam ayat lu) menjadikan lagu yang santai (untuk pendengaran seisi keluarga) sesuai dengan range vokal Zamani.


inlay dia cenggini..ada lirik

Track ke-3 mengajak aku bergelek. Yearghh bukan gelek dangdut ala2 Herman Tino (rules ooo dekni) tapi gelek ala Betty Benafe ;). Lagu yang menyuntik eleman timur tengah (arab) ini mengingatkan aku pada lagu Zakiah- Sweet Charity. Aku rasa sambungan Zakiah kot hehe dengan diselitkan juga elemen perkusi menjadikan antara lagu yang best betul2 cam kat negeri Turkistan, Gohead Gostan & kawasan2 berhampiran. Dinyanyikan oleh Yabang Jinbara memang masyuk sore dia tapi takde luarbiasa sangat sebab sebelum ni masa dengan Jinbara pon dia ada nyanyi lagu2 berbentuk cam ni.

Track ke-4 kembali ke rentak ballads. Flow & bentuk lagu ni tak banyak beza ngan track-1 & sama seperti lagu2 ballads 90-an. Dinyanyikan oleh Nura seorang pendatang baru. Ok not bad sore dia. Takde yang istimewa sangat lagu ni. Sesuai untuk yang ingin melayan perasaan.


poster yang ditandatangani oleh Rosli Mohalim

Secara keseluruhannya album yang biasa saja sebab takde lagu2 yang heavy & keras macam lagu2 heavy Sweet Charity (Berita Gempa, Ribut 10:59, Hilang Gelap Terbitlah Terang etc) seperti yang aku harapkan. Patut kene selitkan gak lagu2 heavy seketul dua. Namun mungkin ini cubaan Rosli Mohalim sebagai pencipta lagu yang versatile dengan mevariasikan genre muzik kedalam satu album atau mungkin untuk cuba lari dari konsep Sweet Charity.

Mutu rakaman agak mendap mungkin ada kesilapan semasa proses adunan oleh Mus May (mungkin) atau radio aku yang kokak hehehe tak pon telinga aku yang sumbat. Apapun album ini boleh boleh didapati dengan menghubungi sendiri Rosli Mohalim (roslimohalim@yahoo.com). Oh yer album ni juga disertakan minus one untuk 4 lagu di atas. Sapa yang suka berkaraoke bolehlah layan.

Ok jumpa lagi nanti senang aku review pulak album Samad.

9 comments:

berteromber said...

aku ada tertengok Rosli kat TV1 kot...rancangan pagi ahad beberapa bln lepas buat promosi cd ni...x silap aku dia bawak lagu yg pompuan nyanyi tu...aku tak berapa tertarik sangat...biasa2 je lagu dia..sayang sungguh...patutnya dia boleh buat lebih dari tu

deaf-angel said...

tu hari masuk sokkabar spore interview dia suami isteri..pasal isteri dia meniaga kueh all that..
mana aku taruk , kalo jumpa aku tampal

hf said...

..Personally,
CD ni hanya untuk simpanan tanda menyokong otai2 riliskan album je..

tiada apa yang menari sangat untuk di perdengarkan...

matakucing said...

semua,
memang menghampakan gak la album ni..patut dah taraf gitaris lagenda buat sesuatu yang lebih dari album ni...ermm mungkin sekadar bereksperimen. Nanti nak selongkar balik kaset shahrul-transfigurasi, hillary-d'album & Samad.

eddie dewanaga said...

lagi menarik kalau dia bikin sebijik 2 hard rock track dalam ni, lagu gelek tu mcm identity dia kot, tapi mungkin Sweet Charity punya 'Zakiah' dan 'Syarifah Aloyah' lagi garing... kalau gigit bunyi 'krupp krapp krupp krapp!!'

matakucing said...

eddie
patut keluar cam album solo arwah samad, shahrul ke.

speedrider said...

kenapa YABANG JINBARA?
kenapa bukan YABANG KHALIFAH?

pelik, tapi sedap (pinjam ayat Wonderpets)

matakucing said...

speedrider,
ntah la ker time rakam tu dia still Jinbara lagi kot..ker salah print.

Zulhelmi said...

Yabang asal jinbara