Friday, April 17, 2009

Man Keedal - Rockestra cd

Ok dah lama nak citer pasal cd Man Keedal - Rockestra ni cuma baru ni la berkesempatan nak review sikit. Almaklum lah curi2 masa kat opis hehehe oh ye mak & abah aku dah beransur sihat. Terima kasih buat kawan2 yang mendoakan kesihatan mak & abah aku. Tq kawan2


Cover album telah ditandatangani oleh Man Keedal sendiri

Ok ni merupakan cd single Man Keedal yang berkonsepkan Rock + Orkestra = Rockestra. Terdapat 2 lagu dari album Lefthanded yang telah diolah kembali oleh Man Keedal kedalam bentuk Rockestra iaitu :

  1. Sentuhan Keedal - (versi asal-album Seruan)
  2. Semangat Lamina - (versi asal-album Fanatisme)



Sentuhan Keedal dalam album sangat menarik bila dengar intro jer dah macam sebijik Malmsteen. Memang kuat pengaruh Malmsteen dalam permainan Man Keedal. Cuma lagu ni tak de diiringi drum & bass hanya simfoni orkestra & persembahan solo Man keedal sahaja. Walaupon begitu olahan semula lagu ini sangat menarik & dramatik. Solo bergulung2 & syahdu sekali.



Namun lagu Semangat Lamina pula agak kurang menarik sebab Man Keedal hanya diiringi simfoni orkestra. Lain macam jugak bila dengar lagu ni tanpa bass & drum seperti dalam versi asal. Orkestra dalam lagu ni pun agak janggal seperti kedengaran terlalu "digital".


mini poster

Selain 2 lagu tersebut ada disertakan bonus track minus one untuk kedua2 lagu. Dimana korang boleh berkaraoke ngan lagu2 diatas tadi. Kira macam permainan "Guitar Hero" la. Tengok korang boleh "pukul" solo Man keedal ker tak. Ada berani?? Dan sememangnya ini adalah cd khas sebagai rujukan untuk gitaris2 yang ingin belajar bermain gitar gaya Man Keedal .


Poster pon di tandatangani oleh Man Keedal..besar ooo poster ni

Secara jujurnya album yang menarik konsepnya tetapi kurang "ummmph" la sebab elemen orkestra dalam album ni tak kedengaran seperti "hidup" & agak kaku sedikit sebab arrangement orkestra dibuat secara digital (oh yer sebagai info orkestra ini disusun oleh Trabye ex-bassist Metalasia) .Jika rakaman ini dibuat menggunakan kumpulan simfoni orkestra sebenar pasti lagi baik, hidup & menusuk kalbu.


oh yer sebelum terlupa cd ini aku perolehi dari seorang rakan, En. Watari yang telah bertemu sendiri Man Keedal. Cd ini diedarkan secara D.I.Y oleh Man Keedal sendiri.

12 comments:

deaf-angel said...

thanks for the review
aku nampak kat muzika geylang serai cd ni.. tapi takde autographed ler hehe.

sentuhan kidal tu lama tu...pertandingan muzik2 tv3 dulu ada lagu ni

eddie dewanaga said...

satu lagi pencapaian artis rock kita yg boleh dibanggakan... cuma orkestra digital bukan set 45 pieces punya mungkin kurang rasa...

bro Keedal ni memang kuat bau Malmsteen dia, bukan sahaja dari segi muzikal, dressing pun...

*teringat lagu 'sudi-sudikah dikau' dari lefthanded, gua penah nyanyi lagu ni masa org kawen kat skudai kiri, jb... man dayak bilang,

"huru hara jadiknya lagu ni...!"

hahaha...

berteromber said...

1st time nengok Man Kidal masa zaman sebelum BOTB dan Search kat kenduri kawin...Aksi gigit gitar dia tu yg buat gua ingat sampai sekarang...

sayangnya album solo dia gua kurang berminat..wa harapkan laju mcm malmsteen...tapi dia bagi 70's mcm blackmore...

Portdy said...

salam,

sayang eh sound okestra digital mesti perit nak dengar.

tapi kalu enhance bebetul pun boleh jadik sedap macam lagu November Rain _ GNR yang rasanya tak fully okestra.

Man Keedal kena buat satu album full kedua dan show dia punya talent bebetul. Dia boleh buat lebih baik daripada album 1st yang sound 70s dan boleh kuar dari kpompong malmsteen.

Gua suka guitar work Man Keedal dalam album2 lama Ella. Melodi Solo man keedal + sound Ella yang poppish senang diingati.

deaf-angel said...

lermekk

lefthanded dan kawan2 kat stadium negara nampak cam best je ler..

mata-kucing ko gi?
buat review please ngan setlist haha

matakucing said...

portdy,
aku tak pernah dgr lagi album sulung keedal dulu..ermm banyak elemen 70's? yes man Keedal kene keluar dari kepompong Malmsteen.

Deaf,
tak tau lagi gi ker tak..banyak betol show rock sekarang..tgk priority cam ner hehehe

matakucing said...

eddie,
kalau tu jam ada henpon kamera pasti gempak tgk lu nyanyi lagu tu

berteromber,
tp sayang eh dia terlalu taksub ngan malmsteen..

Portdy said...

tu la wa bilang tadi bro,
pengaruh kuat sangat...

ada dua influence Man keedal yang ketara 1. Malmsteen 2. Ritchie "man in black" more.

tapi kalu dengar sekarang ni Man keedal dah ada lah stail sendiri contoh lagu Ella- Ku merindu - simple tapi tepat.

ape pun suka dengar solo lagu "Pencinta" dan "Lagenda Cinta" dari Lefthanded...tapi tak pasti samada Arwah Samad atau Man keedal yang cipta..

matakucing said...

portdy,
baguslah kalau dah stail sendiri tak perlu la ikut malmsteen & blackmore lagi..even dulu pon amy search pernah kutuk man keedal sebab tak de identiti sendiri..ada keluar kat paper ker majalah dulu.

speedrider said...

masalah betul.. orang Penang jugak yang melepas benda-benda macam ni kalau DIY.

matakucing said...

speedrider,
kalau ko nak cd ni ko leh contact warga LRO dia guna nick watari_81. Ko pm dia mungkin dia boleh tlg. Aku dapat pon dari dia

AD said...

HAHAHAH... AKHIRNYA AKU JUMPA BLOG KO NI... LAMA JUGAK X JUMPA ABG MAN...- KAMARUL AIDI A.K.A watari_81