Pagi ni aku dikejutkan dengan 1 sms dari seorang rakan : "Ijan dari S2W baru pulang kerahmatullah pagi ni. Zaini baru call bagitau". Aku terkedu. Aku terus call Zaini untuk kepastian & beliau mengesahkan berita itu. Aku termanggu sekejap sebab baru beberapa 2 minggu lalu berjumpa arwah di Amcorp Mall. Dan itulah pertama kali aku berjumpa dengan arwah yang sungguh ramah. Aku hanya kenali melalui forum Lagenda rock, Sayap2Wings & blog beliau .
Kebetulan pulak beberapa minggu yang lalu aku dikejutkan juga dengan berita pemergian 2 orang rakan forum Lagenda Rock yang telah kembali ke rahmatullah. Dan semuanya pergi dalam usia yang muda. Ermmm ajal tak kira masa, umur & keadaan. Bila hendak dicabut nyawa tu kita tak tahu & takde siapa pon yang tahu. Itu urusan Yang Kuasa. Aku insaf, aku bertanya sendiri. Adakah aku ada buat persediaan?? selama ni aku lalai sering kali alpa, mengejar keseronokan hingga melupakan-Nya. Memang benarlah "Beribadatlah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari, berkerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup 1000 tahun lagi".
Al-fatihah untuk kawan2ku yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh mereka ditempatkan bersama2 golongan orang beriman. Amin.
Paul McCartney at the O2 – reviewed
11 hours ago
12 comments:
alfatihah..
dunia ini tempat tumpangan sementara.. akhirat jua lah tempat yg kekal untuk selame-lamenyer...
ninggal sebab ape? sakit ker?
Ina lilah wa ina ilayhi raji'oon
Al-Fatihah
alfatihah kepada sahabatku, ijan
bro.. ini Ijan yg guna nickname Carvedijan tu ke...??
Innalillah...
hey Deaf, life is so fragile, huh...!
muor,
takpasti..dgr2 sakit jantung/sesak nafas
berteromber & speed,
al fatihah
eddie,
yup..salah sorang pengasas web sayap2wings
roshizal ibrahim aka ijan aka carvedijan menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 7.15 am dalam perjalanan ke hospital tengku ampuan rahimah (htar), klang.
allahyarham berumur 35 tahun dan meninggalkan sorang balu dan dua orang anak yang berumur 9 & 7 tahun.
punca kematian beliau mengikut bedah siasat ialah kerana lemah jantung.
allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam lipat kajang, klang selepas solat zohor tadi.
sebagai wakil dari pihak keluarga allahyarham, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon supaya segala kesilapan dan kekurangan allahyarham sepanjang persahabatan di blogspot ini mahupun di dunia nyata harap diampunkan.
dan kepada sesiapa yang ingin menuntut hutang daripada allahyarham, bolehlah menuntut daripada pihak keluarganya yang beralamat di no. 15, jalan sri mersing 30, taman sri andalas, klang.
wassalam..
semoga Arwah berada dalam golongan mereka yang beriman dan semoga Allah sentiasa melindunginye di sana. Amin.
wei sabar ek
thanks semut..slamat dtg
al-fatihah.
kpdNya juga kita kembali~
inas,
yup..terima kasih singgah
Post a Comment