Saturday, June 20, 2009

aku HIV positif

Situasi 1 :
"Hai aku Abdullah..aku HIV positif"..sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Situasi 2 :
"Terima kasih di atas pelawaan saudara untuk makan malam di rumah saudara, tapi saya HIV positif".

Situasi 3 :
"Boleh aku pinjam baju kau, tapi aku HIV positif".

apa reaksi anda??
Situasi 1 -adakah anda akan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan? ya/tidak
Situasi 2 -adakah anda akan meneruskan pelawaan anda? ya/tidak
Situasi 3 -adakah anda akan meminjamkan baju itu? ya/tidak

Jika jawapan anda TIDAK, anda ada masalah pemahaman tentang HIV. Jika jawapan anda YA anda sememangnya seorang yang peka.

HIV tak berjangkit melalui SENTUHAN (secara langsung atau tidak langsung), peralatan makanan (sudu, garfu, pinggan, mangkuk, cawan dsb) & pakaian yang digunakan oleh pesakit HIV/AIDS. Ingatlah meraka adalah manusia biasa. Malah lebih hebat kerana mereka bergelumang melawan virus itu.

**Abdullah - hamba Allah adalah umum. Tiada kaitan dengan mereka yang bernama Abdullah.

9 comments:

Dr. Bentara said...

apsal gelap je ni bro

Takilala said...

aku jawab Ya tadi

berteromber said...

saspen tajuk...

err...aku pun jawap ya

eddie dewanaga said...

tajuk entry mendebarkan gua...
dalam minda berpusing pelbagai soalan, apa2 pun semoga gua dan semua kawan2 gua kat dunia blogging ni terus diberkati Yang Maha Esa.

gua jawap Ya, gua mulai sedikit sebanyak tahu mengenai penyakit ini dari rancangan 3R dan drama Gol dan Gincu...

deaf-angel said...

ada cerita kakak melayu islam ni. dia jangkit dari suami dia.

dia HIV positif dan dah develop AIDS, so dia dah kena warded dah,

dia cakap tiap2 hari dia kat spital, yang datang tengok dia ialah sukarelawan dari pertubuhan kristian, takde sukarelawan Islam datang tengok dia.

bila sukarelawan ni semua datang, dorang akan beri bantuan cam kupon makan untuk rumahtangga, cam rumah ada beras tak? takde beras dorang kasi. So lumrah manusia, kita mesti kadang2 terhutang budi kat orang yang berbaik kat kita.
Sebab tu missionary Kristian score points pasal dorang tactics memang baik punye.

jadi kakak ni cuma cakap la, patut orang islam mesti lebih prihatin tentang HIV dan AIDS, tapi ada setengah kita menuduh HIV dan AIDS ni sebagai angkara maksiat dan kita tak mau come forward atau learn more about the disease. Kita anggap sapa ada HIV atau Aids sebagai geng jahat dan kita fuckcare. So orang melayu islam kena ubah mentaliti.

Aku sendiri, waktu go thru Aids test, memang dapdup dapdup jugak haha. Siot je eh.

geng metal said...

emmm .. apasal black-out neh bro? Jawapan wa ya ...

eiza in the house.. said...

alamak nape tetiba dunia ku gelap..
bro ko tak bayar letrik ker?..cepat2 la pasang lampu..karang mata eiza bertambah alrabunan...huhu

za pun jawap ya pd soalan bro dia ats tu..

rimanilzah said...

ini jawapan jujur. aku pernah salam dg org yg hiv positif. lepas salam aku cuci tangan bersih-bersih. itu saja.

menghukum kerja tuhan. jgn ambil alih kerja yang bukan kerja kita.

yaz said...

Salam..

utk pengetahuan, saya HIV positif.. mmg rakyat Malaysia cukup cetek pengetahuan mereka bila bercakap tentang HIV. Mereka hanya tahu yang HIV = AIDS, AIDS = HIV. satu tanggapan yang salah sama sekali!!