Thursday, May 29, 2008

Tribute to Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Ermm hari ini dalam sejarah genaplah 35 tahun pemergian seniman agung tanahair, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.



Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura. Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim dan Che Mah Hussein.

Memula dulu P.Ramlee start ngan main ukele, pastu tukar main gitar & seterusnya biola dibawah bimbingan cikgu Kamaruddin. Pastu beliau masuk plak nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 & pada masa ni lah beliau guna hufur "P" ( Puteh ) & gelaran P.Ramlee tu kekal sampai akhir hayat beliau.

Pastu klu tak silap filem pertama beliau ialah "Chinta" pada tahun 1948 yang mana sebagai penjahat dan nyanyian latar & filem terakhir beliau pula ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 ( best siot filem nie..hahaha zam zam ala kazammmmm...dussshhh ). Idola beliau dalam lakonan kalu korang nak tau ialah dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan ( ermm betul gak..klu nengok filem tamil lakonan dua orang ni..persis cam P.Ramlee ). Klu tak silap lagu "Air mata Kuala Lumpur" merupakan lirik terakhir tulisan beliau sebelum kembali ke rahmatullah.

Banyak filem2 beliau tak jemu2 untuk ditonton. Bak kata pepatah "Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas" atau bahasa mudahnya "evergreen". Cuba tengok siri2 Trilogi cam Bujang Lapok, Do Re Mi, Ali Baba Bujang Lapok, Ahmad Albab etc best kan...gelak giler klakar. walaupon dah tengok banyak kali tapi tak boring erk.

Pada aku permergian beliau merupakan kehilangan sorang bintang yang tiada tolok bandingan & tiada penggantinya sehingga kini. One & only P.Ramlee the legend.

3 comments:

deaf-angel said...

ko dah baca buku yusnor ef? its a good book le.
Aku baca dah lama jugak buku ni..quite sad especially the last time arwah ni gi rumah yusnor ef or something like that.

matakucing said...

oh yusnor ef?
boleh bagi tajuk buku tu
cam interesting jer bunyi

deaf-angel said...

p ramlee yang saya kenal

quite some time dah buku ni, a few years back.
dia detailed everything pasal P ramlee kat spore pasal seems dorang members dulu or something like that.