Tuesday, June 17, 2008

Iron Maiden - No Prayer For The Dying Limited Edition?

Oho aku kembali..huhu dah lama rasa aku tak updated blog nie.. sebenarnya banyak aku nak cerita tapi sekarang tengah kejar dateline nak setelkan koje kat opis yg melambak ni.

So aku curi2 la masa sikit kat opis ni tulis blog syer ngan korang sume hahaha...( bos takde ). Ok last Sunday aku gi jumpa kawan pastu singgah jap la flea market Amcorp Mall, PJ. Pusing2 singgah jap kat gerai used cd.

Belek2 jumpa plak cd Iron Maiden - No Prayer For The Dying. Memula aku pon confused gak sebab cover dia lain skit. Klu tak silap aku original cover dia takde gambar orang pegang lampu minyak & ada tulisan kat atas keranda batu tu kan. Tapi tak pe la aku grab jer sebab aku pon tak de lagi album nie.


Album ni merupakan album ke-9 Iron Maiden released pada 1 Oct 1990 & pernah menduduki tempat ke-2 carta UK. Pada aku album nie memang bagus walaupon album nie tak se"glamour" album Iron Maiden yang lain.

Sebab ape aku kata tak se"glamour" ialah rata2 fan2 Iron Maiden yang aku tanyer dorang akan cakap " Klu ko nak dengar Maiden ko cari la album The Number Of The Beast, Powerslave, Somewhere in Time & Seventh Son Of A Seventh Son". Jarang sekali dorang sebut album ni.





Secara jujurnya aku rasa album ni ada tarikan & hook dia yang tersendiri. Lagu2 macam Holy Smoke, No Prayer for The Dying, Public Enema Number One, Fate Warning & Mother Russia dah jadi favourite pada aku. Bring your Daughter...To The Slaughter dah boring dengar la huhuhu.

Tapi yang aku agak surprised ada lg 1 cd bonus disertakan sekali (memula aku pon tak perasan dah sampai umah baru tau )..kira aku bli ni 2 cd limited edition punyer issue kot..hahahaha.. worth ar best.



Kalau tengak dari gambar cd ni ialah cover untuk single "Holy Smoke" kan? Untuk CD 2 ni ada 4 tracks. Lagu2 kat cd 2 ni adalah lagu2 dari B-side UK single Holy Smoke :

  1. All In Your Mind
  2. Kill Me Ce Soir

Dan lagi 2 tracks adalah dari B-side UK Single Bring Your Daughter...To The Slaughter :

  1. I'm A Mover
  2. Communication Breakdown

Semua adalah lagu2 cover version band2 rock. Aku tak sure lagu sape tapi yang aku tau Communication Breakdown tu lagu Led Zeppelin.



Oh sebelum terlupa cd ni diterbitkan oleh Castle Records, US ( musykil skit sbb biasa EMI kan..so para Maiden's fans yang tau..boleh citer tak pasal album nie ) Oklah lain kali aku cerita lagi ok.

6 comments:

deaf_angel said...

lama ko tak update eh

ni 1995 gitu USA release. Maiden kat Amerika asyik tukar2 rekod label. EMI pun ada release ni double cd jugak di waktu tu jugak. A good buy ni.
Ni album yang buat Bruce nak keluar pasal dia tak suka mutu rakaman dia.

BENTARA said...

dulu EMI punya versi melambak jua. Aku pernah ada complete set, dari 1st - Fear Of The Dark. 2CD versi. Malangnya aku dah jual kesemuanya. Aduh...

welkem back to blogging!

matakucing said...

ermm yup thanx for the info geng
aku baru tadi check kat ebay..mmg USA released 1995..ramei gak yg bid eh dari 1st iron maiden - fear of the dark.

betul gak deaf..sound dia cam kurang skit..tp lagu2 dia best2.

deaf & bentara,
mmg skrg aku tgh giler sibuk. maybe nxt month aku kembali memblog huhuhu.

matakucing said...

korang tau tak lagu band mana yg di cover version kan oleh Iron Maiden

deaf_angel said...

mm aku rasa semua info bleh dapat kat sini, click je mana singles yang ada cover versions ko nak

http://www.maidenfans.com/imc/?link=singles&url=index&lang=eng

deaf_angel said...

matakucing
cepat wei kembali memblog

aku suka style ko tulis, dan apa ko tulis pun relevan ngan taste aku jugak huhu