Tuesday, June 30, 2009

Idea

Aku tak de idea la nak update blog aku ni..ermmm keje banyak weii haha "syoknya" la. Kadang2 tensen ngan kerja yang melambak2 bagai nak giler ni tapi syukur aku masih ada lagi pekerjaan berbanding ramai lagi kat luar tu yang masih tiada pekerjaan tetap & masih mencari pekerjaan. Komplen tetap komplen tapi perasaan syukur tu tetap kena ada.

Nanti time tengah surut kerja2 aku aku update eh. Banyak benda aku nak update ni. Almaklumlah aku menulis time waktu opis jer hahaha kadang2 memang nak menulis tapi "feel" tu tak de ar hehehe so terbengkalai.

Thursday, June 25, 2009

Cakar-cakar

Ntah kenapa sejak malam tadi aku gusar jer..tido pon kejap2 bangun..ermm tak sedap hati lak..nape yer..ada sesuatu yang tak baik nak jadi ker??..kebetulan pulak pagi ni dapat sms tentang sorang rakan telah kembali kerahmatullah.

Haihh...gusar tu tak tamat selepas dengar berita sedih tu tapi still ada lagi..jantung aku ni rasa macam dicakar2...Ya Allah kenapa yer ngan aku ni?? aku tepon umah..abah kata takde apa2..tepon kakak aku..ok jer..ermmm perasaan aku jer kot. Wallhua'lam harap takde benda2 buruk jadi kat keluarga & kawan2 di sekeliling aku.

Pergi

Pagi ni aku dikejutkan dengan 1 sms dari seorang rakan : "Ijan dari S2W baru pulang kerahmatullah pagi ni. Zaini baru call bagitau". Aku terkedu. Aku terus call Zaini untuk kepastian & beliau mengesahkan berita itu. Aku termanggu sekejap sebab baru beberapa 2 minggu lalu berjumpa arwah di Amcorp Mall. Dan itulah pertama kali aku berjumpa dengan arwah yang sungguh ramah. Aku hanya kenali melalui forum Lagenda rock, Sayap2Wings & blog beliau .

Kebetulan pulak beberapa minggu yang lalu aku dikejutkan juga dengan berita pemergian 2 orang rakan forum Lagenda Rock yang telah kembali ke rahmatullah. Dan semuanya pergi dalam usia yang muda. Ermmm ajal tak kira masa, umur & keadaan. Bila hendak dicabut nyawa tu kita tak tahu & takde siapa pon yang tahu. Itu urusan Yang Kuasa. Aku insaf, aku bertanya sendiri. Adakah aku ada buat persediaan?? selama ni aku lalai sering kali alpa, mengejar keseronokan hingga melupakan-Nya. Memang benarlah "Beribadatlah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari, berkerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup 1000 tahun lagi".

Al-fatihah untuk kawan2ku yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh mereka ditempatkan bersama2 golongan orang beriman. Amin.

Saturday, June 20, 2009

aku HIV positif

Situasi 1 :
"Hai aku Abdullah..aku HIV positif"..sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Situasi 2 :
"Terima kasih di atas pelawaan saudara untuk makan malam di rumah saudara, tapi saya HIV positif".

Situasi 3 :
"Boleh aku pinjam baju kau, tapi aku HIV positif".

apa reaksi anda??
Situasi 1 -adakah anda akan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan? ya/tidak
Situasi 2 -adakah anda akan meneruskan pelawaan anda? ya/tidak
Situasi 3 -adakah anda akan meminjamkan baju itu? ya/tidak

Jika jawapan anda TIDAK, anda ada masalah pemahaman tentang HIV. Jika jawapan anda YA anda sememangnya seorang yang peka.

HIV tak berjangkit melalui SENTUHAN (secara langsung atau tidak langsung), peralatan makanan (sudu, garfu, pinggan, mangkuk, cawan dsb) & pakaian yang digunakan oleh pesakit HIV/AIDS. Ingatlah meraka adalah manusia biasa. Malah lebih hebat kerana mereka bergelumang melawan virus itu.

**Abdullah - hamba Allah adalah umum. Tiada kaitan dengan mereka yang bernama Abdullah.

UFO

Sepanjang aku hiatus aku telah pergi ker angkasa lepas, banyak benda berlaku & aku telah jumpa ngan UFO. So layan lagu ni yang jadi setlist aku sepanjang 2 minggu lepas .

Profession of Violence

Hey babe what we gonna do
No look behind me glances
Straight time this time
Well take our chances
Darling it's been so long
Every lonely hour
What the sinner pulls the trigger
And the world turns sour

*whisper in the wind
Locked in silence
Profession of violence
Whisper on the wind
Locked in silence
Profession of violence

Try to pick up the pieces
Maybe move away
But the lifer
Was only yesterday
Down the halls of justice
The echoes never fade
Notches on my gun
Another debt is paid

* repeat




versi 2005 with orkestra


Friday, June 19, 2009

Wednesday, June 3, 2009

Beku



Blog ini akan "berehat" seketika. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger atas sokongan anda. Maaf di atas kesulitan. Sekian terima kasih.

aku akan kembali
-matakucing-