Wednesday, May 21, 2008

Review CD : Napalm Death - Scum ( 20th Anniversary Edition )

Ok aku kembali menulis... setelah lama menyepi..kali ni aku nak citer plak pasal album pecahan muzik keras & berat. Album yang bertunjangkan muzik Grindcore, Napalm Death - Scum.

the classic grindcore album

Album Scum ini merupakan album pertama dari Napalm Death diterbitkan pada 1987 dibawah label independent Earache. Album ni pada aku merupakan satu album yang betul2 raw sbb "Scum" started a truly violent revolution within the world of extreme music. Whoaa speaking omputih aku hahahaha.

Pada awalnya dorang ada keluarkan demo “Hatred Surge” pada 1984/85 klu tak silap. Rentetan dari kejayaan demo itu, terus lahirnya album Scum ni. Pada awalnyer line up Napalm death adalah Justin Broadrick ( guitar / vocal ), Nik Bullen ( bass / vocal ) & Mick Harris ( drums ). Mereka inilah founder Napalm Death.



Dalam album Scum ni mengandungi sebanyak 28 tracks with 2 different line up. 28 tracks with 2 line up ?? iye....tak tipu. Memang puas layan head bangging dengar album ni. Dengar riffing guitar yang berat, laju ketukan drum yang padu, laju giler ( tak tercabut ker kaki ngan tangan drummer ek..ekeke ), bass line yang menggegar serta vocal growl yang berkarat.

Kat bawah ni aku listkan tracks yang terkandung dalam album Scum :
  • Multination Corporations ( 1:05 )
  • Instict Of Survival ( 2:26 )
  • The Kill ( 0:22 )
  • Scum ( 2:38 )
  • Caught...In A Dream ( 1:47 )
  • Polluted Minds ( 0:58 )
  • Sacrificed ( 1:06 )
  • Seige Of Power ( 3:59 )
  • Control ( 1:23 )
  • Born On Your Knees ( 1:48 )
  • Human Garbage ( 1:32 )
  • You Suffer ( 0:01 )

Untuk tracks di atas ni line up terdiri daripada Justin Broadrick ( guitar / vocal ), Nik Bullen ( bass / vocal ) & Mick Harris ( drums ). Lagu2 tersebut kebanyakannya dirakam antara tahun 1982-1986 dicipta oleh Justin & Nik.

  • Life? ( 0:43 )
  • Prison Without Walls ( 0:38 )
  • Point Of No Return ( 0:34 )
  • Negative Approach ( 0:32 )
  • Success? ( 1:08 )
  • Deceiver ( 0:28 )
  • C.S ( 1:14 )
  • Parasites ( 0:23 )
  • Pseudo Youth ( 0:42 )
  • Devine Death ( 1:21 )
  • As The Machine Rolls On ( 0:42 )
  • Common Enemy ( 0:16 )
  • Moral Crusade ( 1:32 )
  • Stigmatized ( 1:03 )
  • M.A.D ( 1:34 )
  • Dragnet ( 1:01 )

Untuk tracks ni pulak line up dia Lee ( Lead Growls ), Mick Harris ( drums ), Jim ( grinding bass ), Bill ( guitar ). Hanya tinggal Mick Harris saja yg tinggal setelah Justin Broadrick & Nik Bullen keluar dan menubuhkan band Industrial metal ( Jesu, Godflesh ).

Sempena 20th anniversary Scum disertakan sekali DVD "Scum Story" kira macam dokumentari sejarah album ni la. Ada interview terbaru dengan Mick Harris. & kat dvd ni dia tunjuk la studio tempat rakaman Scum dijalankan. Ada gak demostrasi Mick Harris pukul drums kat satu studio lama. Best nengok dia belasah drum kit tu...cam nak tercabut kaki aku nengok hahahaha...tapi memang laju oo power dekni pukul.


Klu dengar album ni sambil buat keje mesti pantas dan cergas cerdas hahaha. dulu masa aku blajar dulu..klu malam nak buat assigment klu dah ngantuk pasanglah album ni..gerenti tak ngantuk punyer..hahaha. Dulu aku ada kaset jer memula beli dulu kawan yang recommend. Memula tak masyuk sangat...bising jer lebih ar album ni..album ape nie.

So bila dah lama hari2 paksa dengar...wei best siot album nie..laju, padu, bising, riffing yang mencemaskan, cam ribut kene plak grinding bassline dia pastu campur plak stroke drum grinding yang laju tak berenti..perghh melekat terus...& lunyai kaset tu aku kerjakan.

Tapi yang aku respect ialah disebalik imej & muzik dia yang ganas, lirik dia bersih. Tak de la mencarut2 tak tentu pasal. Isu yang diketengahkan kebanyakannya kritikan sosial, cerita pasal penindasan negara maju terhadap negara2 dunia ke-3, kebuluran, pengangguran, kemiskinan dll.

Aku recommend kat sape2 yg nak dengar muzik berat yang kejam..carilah album nie. Aku jamin korang boleh rasa "kemanisan" muzik canai ni ( grindcore ).

p/s : lagu terpendek album ni ialah You Suffer ( 0:01 ) aku rasa nilah lagu terpendek kat dunia & lagu terpanjang Seige Of Power ( 3:59 ).

6 comments:

Dr. Bentara said...

you suffer!

gila pendek... ntah dia sebut betul entah idak tu...

matakucing said...

"you suffer but why"
tu lirik dia tp apa dia sebut aku pon tak tau hahahaha...masa memula dulu aku try ikut lirik.. baru 2 rangkap..tau2 dah lagu ke 4..cis

deaf-angel said...

napalm death..tak pernah dengar aku padahal ni dah lama dari dulu..

dengar ceta ni band pernah datang msia? ko gi?

anyway matakucing Wings tu hari aku baca memang best giler..
lain kali je la pegi haha

matakucing said...

yup mmg dah lama..dorang turun kl 2x..first 2001 kat mn aku da lupe..aku tak gi terlajak tdo..ekeke 2007 aku gi kat ruums, kl..promosi album baru " Smear Campaign "...mmg best..opening act klu tak silap..restraint, silkhannaz & langsuyr..tp langsuyr tgk tak puas..sbb lead guitar dia tak de..hehehehehe

Dr. Bentara said...

langsuyr punya gitaris bertapa itu hari kekekek///

deaf-angel said...

oh dah dua kali.. nanti lain kali kalo datang lagi...aku kalo tak keja , aku ngah kat kl, aku nak gi nengok...experimen..haha