Monday, August 27, 2012

Foo Fighters : Back and Forth



Rockumentari ini mengupas jatuh bangun Dave Grohl & bandnya Foo Fighters sepanjang 16 tahun dalam penglibatan dalam industri muzik. Rockumentari yang diarahkan oleh James Moll ini mengandungi temuramah santai dengan ahli-ahli FF dan orang perseorangan yang pernah terlibat dengan FF dan footage-footage vintage persembahan FF sepanjang karier mereka.

Dimulakan dengan zaman Nirvana, kegemilangan Nevermind, kematian tragis Kurt Cobain yang telah sedikit mematahkan semangat Dave Grohl untuk bermuzik. Kemudian disambung dengan kisah permulaan FF yang mana beliau merakam demo secara intensif selama 5 hari, menjaja demo & mencari line-up untuk band barunya. Turut disertakan kisah kontroversi disebalik keluarnya drummer asal; William Goldsmith yang kecewa dengan Dave Grohl kerana memadam semua drum tracks beliau ketika rakaman album ke-2 FF tanpa pengetahuan beliau.

Kemudian disusuli pula pengunduran Pat Smear, kemasukan Frenz Stallz (Scream-band lama Dave Grohl) dan kisah FF hampir berkubur kerana ego & kesibukan Dave Grohl dengan side-project serta kisah FF hampir kehilangan Taylor Hawkin yang OD ketika di London hinggalah kisah kejayaan FF bermain di Wembley Stadium dihadapan lebih 80000 peminat mereka dan sesi rakaman Wasting Light.

Rockumentari yang digarab dengan baik ini mengaulkan hampir semua kisah-kisah pahit, manis & emosi sehingga menyentuh jiwa kepada sesiapa yang menontonnya terutama peminat tegar Nirvana-Dave Grohl-FF. Turut diselitkan bonus features disebalik sesi rakaman Wasting Light. Memang best dapat tengok sesi rakaman yang santai seolah berparti bersama keluarga, cara rakaman analog, setup studio, vokal tacks, gitar tracks, mixing bla bla bla. Highly recommanded.



Sunday, August 26, 2012

Foo Fighters : Wasting Light




1) DVD FF back and Forth, Tshirt WL, cd & Dave Grohl biography


2) inlay, booklet, cd & piece of master tape

Wasting Light album studio ke-7 Foo Fighters membawa pendengar seperti kembali kepada zaman awal kemunculan Foo Fighters ; debut 1995 self-titled Foo Fighters & landmark The Colours and The Shape dari segi sound energetik dan attitude "punk-rawk"nya. Dirakam secara analog (ye analog) di garaj rumah dave Grohl bersama penerbit lagenda; Bucth Vig. Dengan kemasukan semula gitaris Pat Smear menjadikan sound FF lebih besar & loud.

Album ini mempunyai pengaruh dari 70's rock-metal-punk hinggalah ke alternatif rock. Ada bauan Ledd Zepp pada "Rope", Motorhead pada "White Limo" & FF's own sound pada "Walk" & "These Day".  Boleh dirasai Dave Grohl benar-benar meletakkan "jiwa"nya disebalik bait-bait lirik & lontaran vokalnya pada rilisan ini. Album ini istimewa kerana ianya :

1. menampilkan Bob Mould (Husker Du) berduet di dalam lagu "Dear Rosemary". (para peminat hardcore mesti tahu siapa Bob Mould).
2. menampilkan Krist Novoselic (ex-Nirvana) bermain akordian & bass didalam lagu "I Should Have Known" (rindu pada sound bassnya hehe)
3. penyatuan semula Butch Vig bersama ahli ex-Nirvana; Dave grohl, Krist Novoselic yang kali terakhir mereka bersama ketika sesi rakaman Nirvana-"Nevermind".
4. kemasukan semula Pat Smear ke dalam FF yang mana beliau merupakan individu penting yang menjadikan sound FF lebih "jahat".

"I Should Have Known" merupakan klimaks album ini. Lagu ini merupakan tribute Dave Grohl kepada Kurt Cobain dan kisah silam sepanjang bersama mendiang. Keseluruhannya album yang menarik untuk dilayan dari tracks pertama hinggalah terakhir tanpa menekan butang "skip" & pastikan ianya dipasang pada maximum volume heh!.

p/s : setiap pembelian album ini (imported) disertakan cebisan master tape sebagai cenderahati ;) (tengok gambar terakhir)





**video the making ni terkandung dalam DVD back and Forth yang akan direview nanti

Saturday, August 25, 2012

Siouxsie and The Banshees- The Scream


Setelah menempa nama dan fanbase yang kuat akhirnya Siouxsie and The Banshees merakamkan album pertama berjudul "The Scream" dibawah label Polydor. Dengan kejayaan singles pertama "Hong Kong Garden" yang mendapat sambutan memberangsangkan Siouxsie and The Banshees meletakkan album ini antara album terpenting dalam sejarah muzik amnya & Punk khususnya . Dianggotai oleh Siouxsie Sioux-vokal, John Mckay-gitar/saxophone, Steven Severin-bass & Kenny Morris-drums.


Album ini energy dia lain macam skit..dimulakan dengan tracks "Pure" bunyinya agak creepy memberi dimensi baru muzik gothik yang ketika itu mungkin masih teramat baru (walaupun mereka memainkan muzik post-punk). Permainan gitar John Mckay menjadi rujukan pemuzik baru selepas mereka. Sebagai contoh dengarkan lagu "Carcass", "Mirage" & "Metal Postcard (mittageisen)" riffnya seperti gabungan Velvet Underground bertemu Jefferson Airplane.  Vokal Siouxsie agak unik dan penuh karismatik. Mungkin ada pengaruh Bowie sedikit jika diamati tapi lebih energetik.

   

Album klasik ini boleh dijadikan rujukan pada peminat yang baru hendak berjinak dengan muzik Gothik dan  Seattle kerana album & band ini merupakan akar dan asas muzik tersebut. Yang nak try mempelbagaikan genre muzik korang pon boleh dengar album ni. Rekomended.


Friday, August 24, 2012

hanyut



tunggu filem ni pulak ;)

Kill Rock Star


Kill Rock Star merupakan kompilasi yang terdiri dari pelbagai artis dari Olympia, Washington & yang pernah perform di International Indie Pop Convention pada 1991. Diterbitkan oleh label Kill Rock Star yang dimiliki oleh Slim Moon sehingga 2006 dan kini diambil alih oleh Ian Mckaye (Minor Threat/Fugazi) kalau tak silap. Artist yang terlibat dari pelbagai genre seperti indie pop, indie rock, riot grrl,  abrasive punk, post punk, hardcore punk, noise rock, grunge & underground act terbaik ketika itu di Washington.


Antara barisan band yang terlibat dalam kompilasi ini terdiri dari band-band legend seperti Bratmobile, Bikini Kill, Heaven to Betsy, 7 year Bitch, Unwound, Mecca Narrow, Melvins, Courtney Love (band eh bukan balu K.Cobain), Fitz of Depression, jad Fair, Kicking Giant, Witchy Poo, Steve Fisk, Infamous managerie, Kreviss,Some Velvet Sidewalk & The Nation of Ulysses.



Album ini juga melibatkan Nirvana (favourite band aku) dengan mengetengahkan lagu "Beeswax". Lagu ini kemudian dimuatkan pada kompilasi Nirvana-Incesticide yang merupakan kompilasi rarities & b-side yang telah dikeluarkan pada 1992 melalui Geffen Records. Pada sesiapa penggemar scene underground amerika khasnya & Seattle scene amnya album ini perlu ada dalam simpanan kerana ianya menunjukkan salah satu susurgalur muzik Seattle.



Thursday, August 23, 2012

Garbage



Kalau tak kenangkan raya maunye aku turun tengok dorang kat Fort Canning Park, SG 21 Ogos lepas...antara favourite band aku ni heh! Shirley Manson still hot macam dulu :) setlist pun best..kira semua complete ah..

Setlist Fort Canning Park,Spore :
1. Supervixen
2. I Think I’m Paranoid
3. Shut Your Mouth
4. Metal Heart
5. Stupid Girl
6. Queer
7. Why Do You Love Me
8. Control
9. #1 Crush
10. Cherry Lips (Go Baby Go!)
11. Blood For Poppies
12. Special
13. Big Bright World
14. Milk
15. Battle In Me
16. Push It
17. Only Happy When It Rains

Encore:
18. Automatic Systematic Habit
19. Not Your Kind of People
20. Vow

Butterfingers : Malayneum


Ini merupan album ke_4 Butterfingers setelah membina reputasi sebagai band inggeris tempatan terbaik dengan menghasilkan benchmark album seperti 1.2 miligrams, Butter worth Pushful & Trancendence. Namun Malayneum merupakan satu lagi landmark album dalam scene muzik tempatan. Album ini lebih asli, original dan minimal .

Album ini dianggap sebagai album "bunuh diri" kerana tiada lagi jeritan vokal ala-Cobain oleh Emmet seperti 3 album terawal kuat dengan bauan seattle music nya, grungy tunes, padat dengan resonant feedback & amarahnya. Ini album rock yang matang dan advance dari segi penulisan lagu, susunan muzik, serta lirik yang luas dan dewasa serta skill permainan yang tinggi.



Gaya penyampaian vokal Emmet lebih rileks & jelas berbanding sebelum ini. Kini beliau benar-benar "menyanyi" dari "menjerit". Album ini menyerlahkan tahap permainan mereka. Jika diamati permainan mereka agak teknikal, kemas & minimal. Minimal dari segi sound gitar dan solo yang hanya cukup-cukup untuk lagu, tiada lagi meleret-meleret dengan sound effect yang mengarut.

Bass dan drums memang betul-betul melekat. Goove dia memang menyerlah di keseluruhan album. lebih banyak solo bass & trick drums yang menarik dari Loko. Ditambah pula dengan permainan programming/sample oleh Azmir menambah perisa arah tuju muzik Butterfingers. Selain itu album ini lebih kuat bauan folknya dengan menyelitkan elemen akustik pada lagu seperti "Pretty Rain" & "Mating Season".



 Jika diamati album ini mengambil pengaruh kuat karya seniman Tan Sri P.ramlee; "Tuah". Ianya dapat didengar melalui tracks pertama; "Malayneum" intronya meminjam melodi ketika scene Melor memanggil Tuah. Begitu juga tacks "Pacific" yang mana scene ketika Tuah & rakan-rakan melawan lanun ketika kecil. 

Pada aku ini merupakan karya terbaik mereka & aku sangat-sangat menggemarinya. Walaupun mereka tak sekerasseperti karya awal mereka namum album ini lebih berat berbanding album sebelum ini. Album yang ke"depan".  





Tuesday, August 21, 2012

3 Syawal

dah masuk hari ke-3 raya, memang tahun ni feel dia lain macam sebabnya terasa vibe balik kg setelah 3 bulan ada projek di Sabah & Sarawak. haha baru rasa penangan lagu balik kg tu heh! ANyway nanti (aku tak janji bila) kang aku update pasal travel aku di Sabah & Sarawak hehe insyallah minggu depan dah nak posting ke kedah pulak..Selamat bergembira di hari lebaran :)

Saturday, August 18, 2012

Ketupat bawang serunding daging

Raya?.. Selamat hari raya ngeeee...

p/s : tahun ni spesel skit sebab 1st time rasa balik kg setelah 3 bulan menjelajah borneo

Sunday, May 27, 2012

Nirvana


Rilisan terakhir Nirvana adalah kompilasi "live" terbaik mereka ; From The Muddy Banks Of The Wishkah iaitu pada 1996 kemudian pada 2002 Nirvana tampil dengan kompilasi Nirvana. Album yang menampilkan seleksi lagu-lagu terbaik/hit singles  mereka yang sepatutnya dirilis pada 2000 namun atas isu saman menyaman antara Courtney Love (balu Kurt Cobain) dengan ahli Nirvana; Krist Novoselic & Dave Grohl ke atas hak cipta lagu "You Know You're Right.

Sepatutnya "You Know You're Right" terkandung dalam boxset "With The Lights Out" seperti yang dikehendaki oleh Krist & Dave, namun Courtney Love mahu lagu ini dimaksukkan kedalam satu cd bukan kedalam boxset tersebut kerana melihat potensi lagu ini sebagai singles. Setelah turun naik mahkamah akhirnya Krist & Dave akur & akirnya album ini dirilis pada 2002.

"You Know You're Right " merupakan sesi rakaman terakhir Kurt Cobain bersama Nirvana. Ianya dirakam pada hari ke-3 setelah Kurt tidak muncul-muncul di Robert Lang's studio selama 2 hari. Pada hari pertama & kedua iatulah Dave Grohl  merakamkan demo koleksi lagu-lagu beliau dan lagu-lagu tersebut dimuatkan kedalam album pertama Foo Fighters. Lagu ini (vokal & muzik) dirakam hanya sekali "take" saja. Kemudian Kurt hanya menambah beberapa part untuk solo dan Kurt terus berlalu pergi.

Selain lagu tersebut kompilasi ini juga mengandungi sebuah lagi unreleased tracks; "Pennyroyal Tea" yang mana ianya versi remix/alternate mix yang sepatutnya dirilis sebagai singles pada March 1994 namun ianya tidak sempat diedarkan sebab kematian Kurt Cobain dan tidak terdapat dimana-mana official released mereka selain di kompilasi ini.


Tracks lain yang terkandung dalam album ini; "About A Girl" dari Bleach 1989 yang mana lagu ini popular selepas MTV Unplugged In New York, "Been A Son" b-side Blew EP yang mana ianya hanya untuk pasaran UK, "Sliver" sub pop singles, 4 singles dari Nevermind "Smells Like Teen Spirit", "Come As You Are", "Lithium" & "In Bloom", singles dari In Utero; " Heart Shaped Box" & "Rape Me" serta "Dumb" dan 2 promo tracks dari MTV unplugged in New York; "All Apologies" & "The Man Who Sold The World".

apalagi layan video la pulak :)


Sunday, May 20, 2012

Mudhoney: Super Fuzz Big Muff plus Early Singles


Masih lagi mood  Seattle band/music, kali ni nak cerita pulak pasal Mudhoney, antara pelopor awal Seattle sound.Ini merupakan salah satu album klasik Seattle; Superfuzz Bigmuff pada asalnya diterbitkan pada 1988 di bawah label Sub Pop (label bebas yang terkenal di Seattle). Asalnya Ep ini mengandungi 6 buah lagu namun Sub Pop meriliskan semua pada 1990 dengan menambah beberapa tracks dari singles terawal mereka.

Mengambil nama dari distortion pedal lagenda boleh digambarkan sound keseluruhan album ini. Sarat dengan distortion, noise, resonant  feedback yang mana ianya menjadi trademark bagi Mudhoney. Namun ianya tetap bermelodi. Gabungan riff metal, hard rock, garage sound & punk dari Steve Turner & Mark Arm membuatkan lagu-lagu Mudhoney pelbagai rasa & wajah. Berada ditengah-tengah antara metal & punk..


Dengarkan saja tracks pembukaan "Touch Me I"m Sick" & "In N' Out Of  Grace" pasti akan terasa hendak bermoshing & stage diving. Sila beri perhatian pada permaianan drums Dan Peters yang sungguh energetik & gila.Dan Peters merupakan senjata rahsia Mudhoney, sebab tu Kurt Cobain jemput dia jadi sessionist  sebelum berjumpa Dave Grohl kerana tertarik dengan gaya permainan beliau yang agresif..

Untuk riff & sound yang berat boleh try tracks seperti "If I Think", "Burn It Clean" & "Chain That Door" walaupon tak seberat riff  metal sebenar tapi nya lebih dekat kepada sound "sludgy" Black Sabbath (memang pengaruh Black Sabbath kuat dalam album ni). Permainan & sound  bass Matt Lukin memang kena pada lagu-lagu tersebut.


Mungkin pada yang pertama kali mendengar Mudhoney rasa seperti nak menghempas saja album ini kerana ianya agak bising & bingit serta serabut. Namun jika diteliti & diamati album ini amat menarik untuk dilayan. Itu pengalaman pertama aku mendengar Mudhoney haha. Walaupon aku peminat tegar muzik seattle  namum mereka agak lambat untuk dihadam tapi selepas dah dapat tune nya, sound mereka adalah "sound asli" muzik seattle. Rekomended untuk di cuba :)




Saturday, May 5, 2012

Singles OST




Sapa kaki movie mesti tau filem ni kan. Singles antara sebuah filem paling hot era 90-an especially pada peminat Seattle Scene. Diarahkan oleh Cameron Crowe  bergenre komedi romantik menamplkan Bridget Fonda & Matt Dillon ini berkisar komedi romantik yang menjadikan Seattle sebagai latar belakang filem ini. Tapi aku bukan nak cerita pasal filem tu tapi soundtracks dia.

OST ini menampilkan nama-nama besar dari Seattle scene seperti Soundgarden, Alice In Chains, Mudhoney, Pearl Jam, Screaming Trees, Mother Love Bone. Tak ketinggalan juga otai Seattle The Jimi Hendrix Experience & The Love Mongers serta Chris Cornell, Smashing Pumkin & Paul Westerberg ex-The Replacement Bila tengok saja barisan lagu -lagu & artis pada soundtrack ini sememangnya filem & OST Singles ini memperkenalkan, meluaskan & menaikkan lagi "Seattle Scene" di media arus perdana terutamanya dari muziknya.

Pada sesiapa yang nak kenal band-band & muzik Seattle tu cam ner, album ini amat direkomanded. Selain itu kalau tengok filem ni ianya menampilkan Pearl Jam, Alice in Chains & Soundgarden sebagai cameo. Tapi aku lebih sukakan soundtracksnya berbanding filemnya. Hehe sebab aku kenal soundtracks nya dulu baru tengok filemnya. Pada aku filemnya biasa-biasa saje.



Sunday, April 29, 2012

Babes In Toyland - Sparkling Machine




"Sparkling Machine" adalah debut pertama Babes In Toyland, sebuah punk rock band dari Minnesota. Album yang diterbitkan oleh penerbit lagenda Seattle, Jack Endino ini penuh dengan luapan perasaan , emosi yang tak stabil, marah, sakit hati dan sebagainya. Ianya terselah pada lirik-lirk, tajuk lagu serta cara penyampaian vokal  Kat Bjelland yang perit seolah-olah tekak dicucuk dengan dawai berduri. Ditambah pula dengan muzik yang berkecamuk (pertembuingan sludgy metal + punk rock era Iggy Pop & Siouxsie and the Banshees).

Ini terselah jika anda mendengarkan lagu-lagu seperti "Dust Cake Boy", "Paint In My Heart", "He's My Thing" & "Fork Down Throat" membuatkan perasaan anda merasa seperti ditoreh-toreh dengan pisau sama seperti sound gitar yang kering, pounding drumming serta grinding bassline yang berselirat. Album ini telah menjadi "blue print" pada  muzik underground ketika itu selain Babes In Toyland menjadi pemangkin pergerakan "Riot Grrrl" di sana.

Walaupun berasal dari Minnesota tetapi mereka banyak bergerak/tour bersama-sama band-band Seattle seperti Mudhoney, 7 year Bitch & Nirvana serta band-band seperti Sonic Youth, L7 & Dinasour Jr. Album yang boleh dikategorikan sebagai KLASIK pada penggermar alternative music scene.



Saturday, April 21, 2012

Temple Of The Dog





Ok sejak akhir-akhir ni aku tiap-tiap hari layan Chris Cornell (Soundgarden) nyer solo album; Unplugged in Sweden. Memang layan album tu. Salah satu dari album tu ada lagu Call Me A Dog,. Lagu tu bukan dari album solo beliau tapi dari Album Temple Of The Dog. Ia adalah band yang beliau tubuhkan tribute kepada seorang kawan baik beliau; Andrew Wood (Mother Love Bone, ex-Malfunkshun) yang mati akibat OD heroin.

 Temple Of The Dong turut dibarisi oleh Matt Cameron-drummer (Soundgarden/Pearl Jam), Jeff Ament-bassist (ex-Mother Love Bone / Pearl Jam), Stone Gossard-rythm guitar (ex-Mother Love Bone / Pearl Jam) & Mike McCready-lead guitar (Pearl Jam) serta Eddie Vedder-vokal (Pearl Jam). Berbeza dengan Soundgarden album ni lebih kepada slow rock & melodic. Sesuai dengan mood tribute tu sendiri lagu-lagunya agak slow tapi masih boleh layan lagi la. Bergantung pada masa korang dengar album ni la hehe Pada sesiapa yang biasa dengan Seattle Sound nyer band mesti tak de masalah nak hadam album ni sebab flownyer sama dengan trademark Seattle Sound itu sendiri.

Tapi tak la semua lagu dia mellow, ada jugak yang heavy macam Pushin' Forward Back & Wooden Jesus. Hunger Strike menjadi singles pertama yang mana ianya menampilkan Eddie Vedder yang pertama kalinya merakamkan suaranya kedalam album (pada masa tu Pearl Jam masih lagi diawal penubuhan-mereka menggunakan nama Mookie Blaylock).

Album ini boleh dikatakan sebagai klasik. Pada penggemar muzik Seattle pasti album ini wajib ada dalam simpanan sebabnya ianya satu-satunya album TOTD & line up terdiri dari 2 band lagenda; Soundgarden & Pearl Jam.. Sempena ulantahun Pearl Jam ke-20, TOTD telah reunion pada beberapa siri jelajah PJ20 tahun lepas. Pada penggemar baru boleh cuba album ni sebab album ni makin dilayan makin sedap.






Saturday, April 14, 2012

Foo Fighters : Monkey Wrench single



Lagi pasal Foo Fighters haha lepas geram tak dapat tengok live..tak la sebenornya dah lama nak review & sepatutnya di akhir tahun dulu tapi postpone hehe..Ok takde apa nak cerita sangat ni adalah single pertama FF-Monkey Wrench dari album kedua dorang "The Colour and The shape". Mengandungi 3 buah lagu; "Monkey Wrench", "Up In Arms(slow version)" & "The Colour and The Shape". Pada sesiapa yang tak tahu video muzik ini adalah arahan Dave Grohl sendiri. Menurut buku The Dave Grohl Story, beliau mendapat idea daripada mimpi beliau kemudian pada keesokkan harinya beliau terus mengadaptasikan mimpi itu kedalam video klip ini. Pada sapa yang tak pernah dengar lagu..layan jer videoklip ni (yg official tak jumpa plak) .


Friday, March 30, 2012

Dari Jemapoh Ke Manchestee




Sebuah filem Hishamudin Rais ini berkisar era tahun 70-an dimana 2 orang anak muda berhasrat untuk meninggalkan kampung halaman mereka yang sungguh membosankan: Jemapoh untuk mencapai impian masing-masing. Mahfiz seorang anak yang ingin mencari bapanya seorang kelasi kapal yang dikhabarkan berada di Liverpool . Yadi aka georgie seorang peminat fanatik pemain bola sepak Manchester United; George Best ingin bertemu idolanya di Manchester.

Pengembaraan mereka bermula selepas mereka mengambil kereta yang sepatutnya dihantar kepada pemiliknya selepas dibaiki untuk memulakan pengembaraan mereka ke Manchester tanpa kebenaran. Pada awalnya perjalanan mereka penuh keseronokan namun timbul konflik antara Yadi & Mahfiz apabila bertemu watak-watak lain antaranya seorang punkster yang cedera ditembak selepas kejadian huru hara yang berlaku di satu gig. Namun kehadiran punkster itu banyak membantu mereka dalam merealisasikan impian mereka walaupon Yadi tidak bersetuju.

Selepas itu mereka bertemu pula dengan Nina, seorang gadis yang hampir menjadi pelacur setelah terpedaya dengan tawaran kerja oleh seorang bapak ayam. Sekali lagi konflik antara yadi & mahfiz bertambah tegang. Ini kerana mahfiz seolah tidak lagi memperdulikan Yadi & mendengar saja cadangan Nina. Walaupon begitu konflik itu reda setelah mereka semua telah mengenali hati budi masing-masing.

Ini merupakan road movie yang tidak hanya berkisar tentang pengembaraan semata-mata tetapi jika diamati cerita ini menyelitkan isu "double standard", alam sekitar, persahabatan dan kritikan sosial secara sinikal. Turut menampilkan Kassim Selamat "La Obe" sebagai cameo dalm filem ini. Ini merupakan filem untuk anak muda dimana mesej utamanya ialah "Anak muda mesti berani". Berani mencabar diri untuk memajukan diri, mengenal dunia & kehidupan, mengambil risiko bagi mematangkan diri. Antara filem melayu yang menarik. Rekomended!

Y2K - Pizza Salsa




Ini bukan sebarangan pizza. Pizza yang dah pupus dipasaran hehe. Yang terkini telah di rebranding menjadi Domino Pizza heh. Tak2 itu karut hehe ini merupakan album band punk tempatan Y2K. Mengambil resam pizza; crustynya adalah Punk tetapi topping nya pelbagai. ianya bukan terhad perisa tipikal punk sahaja malah merangkumi pelbagai perasa seperti nu-metal+hip hop+metal+hardcore+anime+balada. Variasi kan?

Digaulkan sekali dengar elemen humour menjadikan Y2K band yang fun. Ini terserlah apabila mendengarkan tracks yang terkadung dalam album ini dan menyaksikan mereka "Live". sungguh menghiburkan. Kadang-kala aku berfikir kenapa nak buat band yang terlalu serious, terlalu berpandukan fahaman tertentu padahal muzik yang ringkas & menghiburkan itu lebih baikkan?. Pada aku tiada istilah "boleh" atau "tidak boleh" cuma ada "sedap" atau "tidak sedap" sahaja dalam menghasilkan muzik.

19 track yang menghiburkan serta packaging yang sangat menarik & kreatif menjadikan Y2K band yang perlu dikenali (muziknya) namun sayang band ini sudah kurang aktif beraksi di sirkit gig tempatan (ataupun sudah berkubur?)

Thursday, March 29, 2012

Buttercups opps.. Butterfingers Butter Late Than Never



Sekali pandang macam buttercup nak buat biskot kan..haha tapi ni bukan mentega tapi album Butterfingers-Butter Late Than Never. Album ini adalah album kompilasi. Bukan kompilasi yang recycle lagu-lagu biasa macam kebanyakan kompilasi yang bersepah kat pasaran tapi lebih kepada seleksi lagu demo, B-side, unreleased track & rarities. Ini adalah album ke-4 mereka selepas 1.2 miligram, Butterwoth Pushfull & Trancendence.

Jarang kita jumpa koleksi lagu sebegini, baik artist mainstream & underground. Aku rasa cuma Butterfingers jer kot buat cam ni (kalau ada sila betulkan) secara official. Seperti yang disebutkan memula tadi pada sesiapa yang sukakan alternate version, bunyian yang "kasar" inilah albumnya. Mengandungi versi demo lagu seperti "to gether","stolen","e" &"epitome" dan rakam live bagi lagu "silk" yang mana dirakamkan di THR - Alternative Rock Show (kalau tak silap) & "faculties of the mind" yang diambil dari konsert di Std melawati, S.alam. Selain tu jugak ada 2 unreleased tracks; "spoilt (in the end)" & "sad sunday evenin' blues" yang aku kira agak folky berbanding lagu-lagu yang lain.

Album ini pun dah jadi rare sebab dah out of print even kaset pon susah dah nak carik. Album yang dijamin "handal" ini merupakan koleksi wajib penggemar Butterfingers.

Tuesday, March 27, 2012

Foo Fighters : Kehidupan selepas Nirvana






Agak lama juga tak memblog. Mood agak bercelaru. heh biasa! kehidupan dan juga alasan. Ok kali ni nak citer pasal band yang tak jadi show kat Singapore tuari; Foo Fighters. Macam korang dah sedia maklum band yang ditunjangi oleh Dave Grohl (ex drummer Nirvana). Lepas Kurt Cobain mati, ahli kumpulan Nirvana yang lain membawa haluan masing-masing. Krist Novoselic terus senyap dari aktiviti bermuzik. Namun Dave Grohl terus aktif dengan menyertai pelbagai band seperti Tom Pettyand the Heartbraker dan lain-lain.

Foo fighters lahir dari kecintaan mendalam Dave Grohl terhadap muzik. Muzik adalah makanan beliau. Pada asalnya FF bukanlah band serious: ianya lebih kepada projek suka-suka beliau. Namun selepas rakaman ini siap ( asalnya hanya dalam bentuk kaset) beliau merasakan FF perlu menjadi band serious. Lalu beliau mencari line up untuk terus bersama-sama beliau menggerakkan FF. Dan orang yang pertama beliau tawarkan ialah Krist Novoselic untuk bermain bass, namun Kris menolak atas alasan masih lagi bersedih atas kematian Kurt & tak mahu peminat FF yang datang menyaksikan show FF semata-mata hanya mahu melihat bekas ahli Nirvana beraksi.

Kemudian Dave Grohl menjemput bekas ahli Sunny Day Real Estate: Nate Mandel (bass) & William Goldsmith (drummer) & Pat Smear (ex Nirvana) untuk melengkapkan line up FF. Sewaktu line up ini terbentuk album ini telah pun siap. Album ini dirakam selama 6
hari di Robert Lang Studio (studio terakhir sesi rakaman Nirvana-You Know Your Right). Semua instrumen (gitar, bass, drums & vocal) dilakukan sendiri oleh Dave Grohl. "This is a Call" merupakan singles pertama FF. Berjaya menerjah carta-carta lagu seperti Billboard.

Atas sambutan yang memberangsankan FF melancarkan hit singles seterusnya seperti "I'll stick Around", "Big Me" & "For All The Cow". Jika dikira album ini lebih menekankan kepada sound gitar yang kuat & ini telah menjadi trademark muzik FF untuk album-album seterusnya. Dulu masa berita album ni kuar kat Pancaindera melompat gembira aku bila baca tajuk "Kehidupan selepas Nirvana". Hehe terus gi Klang kedai kaset Alleycats tanya album ni. Siap bawak keratan sokabar tu lagi.

Aku very the happy la bila beli kaset tu. Memang kaset tu jer la berputar kat radio & walkman all the time. Bawak gi sekolah siap tunjuk lagi haha memang best time tu. Syer dengar ngan member-member pakai walkman. siap cari lirik lagi tulis kat buku latihan. Sekarang dah upgrade ke cd. Kekuatan album ini terletak pada melodi yang simple & catchy serta gitar yang kuat. Pada sapa yang suka bunyian yang agak raw & nak kenal muzik FF , aku syorkan cari album ni.



This is A Call



Big Me