Tuesday, June 24, 2008

Review : LP Rainbow - Long Live Rock 'n' Roll

Kali ni aku nak citer pulak pasal album klasik hard rock / heavy metal, Rainbow-Long Live Rock 'N' Roll. Album nie merupakan antara album favourite aku eh...pada aku this is among the best hard rock / heavy metal album ever.

Rainbow start pada tahun 1975 formed by the former Deep Purple's guitarist, Ritchie Blackmore & the first lineup for Rainbow ialah Ritchie Blackmore-guitar, Ronnie James Dio-lead singer, Mickey Lee Soule-keyboardist, Craig Gruber-bassist & Gary Drisscoll-drummer.

Munculnya Rainbow adalah kerana si Ritchie Blackmore bengang ngan ahli2 Deep Purple especially ngan David Coverdale ( yang masa tu lead singer Deep Purple ) sebab nak memasukkan unsur2 funk/soul dalam muzik Deep Purple yang masa tu tengah recording album "Stormbringer" & yang paling dia bengang sekali ahli2 Deep Purple reject lagu cover ( "Black Sheep of the Family"-Quatermass ) yang digubah semula oleh R.Blackmore daripada dimasukkan kedalam album "Stormbringer".

illustrasi lukisan oleh Debbie Hall..lawo eh

Eh merepek plak aku ni..ok2 kita start citer pasal album ni. Album ni telah diterbitkan pada tahun 1978. Ianya merukapan album studio ke-3 Rainbow selepas Ritchie Blackmore's Rainbow (1975), Rising (1976).

Dan ianya merupakan lineup ke-4 dalam masa 3 tahun. Memang Rainbow banyak lineup bertukar2 siot. Yelah sebab siR.Blackmore ni berlagak nak mampos..huhuhu mana yg dia tak suka, dia tendang keluar. Line up album nie terdiri daripada Ritchie Blackmore-guitarist/bassist, Ronnie James Dio-lead singer, Cozy Powell-drums, Bob Daisley-bassist & David Stone-keyboardist.

artwork bahagian dalam LP....klasik! agak2 mat2 & minah2 rock tu idup lagi tak??

Ermm aku nak cuba review secara in details la sume lagu2 yang ada kat album ni..maaflah klu ada kekurangan tapi aku akan cuba review baikkk punyer..huhuh ikut kemampuan & pengetahuan muzik aku la eh..hehehe. Sebab aku biasa komen secara overall & tak terlalu teknikal..tak pandai sangat nak review giler2.




Ok aku start review ( takutttt.... :-p ) Side A :
  1. Long Live Rock 'N' Roll - Pada aku lagu ni dah jadi anthem para penggemar muzik rock. Dengan melodi yang cathcy, riff2 guitar yang kuat elemen blues nya, solo keyboard & guitar yang sikit kecoh menghangatkan lagi lagu ni. Dengar jer dah terus melekat siot terhangguk2 pala.Sape2 mat rock yang tak pernah dengar lagu ni bukan true rockers ah..hehehe." Long Live Rock 'N' Roll" dah jadi cam kata2 azimat eh.. sama gak cam "Rock Will Never Die!!".
  2. Lady Of The Lake - Intro lagu ni mengingatkan aku kat lagu "Dipintu Sepi-Search" original version. Ada persamaan skit, mungkin M.Nasir cilok skit kot idea..huhuhu. Riff guitar agak heavy kali nie ditambah pulak ngan bunyi keyboard yang menjadi latar lagu ni menjadi semakin menarik.
  3. L.A Connection - Kali ni agak slowdown skit..jelas pengaruh Deep Purple R.Blackmore tak padam langsung..yelakan dulu pon masa Deep Purple dia yang direct muzik D.Purple. Cuma yang menarik lagu nie ada selit riff2 rock n roll piano.
  4. Gates Of Babylon - lagu ni merupakan salah satu masterpiece agung R.Blackmore. kat sinilah nampak & jawapan kepada sikap ego & sombong guitarist sorang nie. Gabungan hard rock/heavy metal dengan muzik klasikal/orkestra menjadikan lagu ni nampak kompleks. Berat bassline Bob Daisley kali nie disamping stroke drum Cozy Powell & time signature yang berubah2 menjadikan lagu ni betul2 manguji kemahiran & fokus pemuzik. Scoring lagu ni dihasilkan R.Blackmore bersama Rainer Peitsch. Layan siot favourite tu.

sleeve LP belah dalam...ada lirik sekali.

Side B pulak :

  1. Kill The King - Lagu paling heavy dalam album nie... yeah "Kill the king..'till em down". Baik dari riff guitar, bassline, drum stroke & keyboard yang menggiler. Aku rasa macam dengar Maiden siot. Dapat aku bayangkan klu Maiden cover lagu ni isshh2. Dengan solo gitar berharmoni bersama2 keyboard, grinding bass yang padu & lagu serta ketukan drum double paddle, menjadikan lagu heavy metal terbaik pernah aku dengar. Lagu favourite gua.
  2. The Shed (Subtle) - Intro guitar solo R. Blackmore sudah cukup menggambarkan kuasa lagu nie. Riff2 guitar berkarat dengan solo scale blues pasti menangkap sanubari siot.
  3. Sensitive To Light - Gabungan skill lineup Rainbow album nie menjadikan lagu ni antara lagu heavy yang sedap dilayan. Mesra konsert gak terasa vibe livenya huhuhu kombinasi idea memang best.
  4. Rainbow Eyes - Touching giler tu yang aku mampu sebut. Satu2nya lagu ballad dalam album ni yang digabungkan dengan simfoni orkestra, elemen string menjadikan lagu yang paling mencengkam jiwa. Lagu ni menonjolkan vocal range Ronnie James Dio yang versatile. Setelah disajikan lagu2 heavy dengan gaya vocal hard rock yang high pitch, lagu nie menjanjikan satu kejutan dimana vocal Dio lebih lembut & jarang vocalist rock ada sore cam Dio ni. Scoring lagu ni pon dihasilkan R.Blackmore bersama Rainer Peitsch. Pon favourite gua ni.

Apa pon secara keseluruhan album nie merupakan "killer" album Rainbow. Gabungan idea R.Blackmore & Ronnie James Dio dalam penciptaan melodi & lirik menjadikan satu karya yang tiada tolok bandingnya. Disamping gabungan pemuzik handalan Cozy Powell, Bob Daisley & David Stone menyerlahkan lagi album ni.

Trivia sikit pasal Rainbow eh..

  • Lepas tour album nie Rainbow berpecah lagi yang mana Dio blah gi join Black Sabbath pada 1979. Sebab dia blah sebab kecewa ngan R.Blackmore sebab nak serapkan unsur popmetal untk album seterusnya.
  • R.Blackmore bermain bass untuk semua lagu kecuali "Gates of Babylon", "Kill the King", and "Sensitive To Light".
  • Rainbow hanya bertahan selama 9 tahun (1975-1984) & sepanjang tempoh tu seramai 17 pemuzik pernah menjadi line up Rainbow ( 3 singer, 4 drummer, 5 keyboardist, & 5 bassist ).
  • Selepas tour terakhir di Japan 1984 Rainbow terus berkubur & R.Blackmore rejoined Deep Purple & bertahan selama 10 tahun bersama Deep Purple (1984-1994)
  • Album ini diterbitkan pada 1978 dalam bentuk Vinyl / LP & telah dijadikan ke dalam format CD pada tahun 1987.

Tulah tadi review aku yang paling panjang setakat nie..huhuhu akhirnya aku berjaya melakukannya. Kalau ada tersalah info bolehlah komen eh..pergghh penat la huhu.

Ok jumpa lagi. Long Live Rock 'N' Roll!!

Monday, June 23, 2008

Koleksi : T-shirt Metallica Tour 1991-92

Ok sambung lagi skit..huhuhu line clear skit nie. Kali ni nak citer sikit pasal koleksi t-shirt blackie yang aku grab sekali masa beli cd Iron Maiden - No Prayer For The Dying , t-shirt tour Metallica - Off To Never Never Land 91-92.

agak2 hidup lagi tak orang tua ni??

Ni kira official merch tour Metallica masa rangka tour album "Metallica" atau lebih dikenali sebagai "Black album". Album terlaris Metallica & album yang mendapat sambutan hebat dikalangan peminat metal mainstream & album yang paling dikutuk hebat oleh pure metalhead pada ketika itu.

Ni design belakang baju ada print tour date & venue konsert dorang. Pada aku memang worth dapat baju tour sebab baju cam ni takkkan ada re-print balik.

Yang ni pulak tag kat baju. Eksklusif gak aku rasa ni sebab guna tag Metallica. Ada gak survey kat ebay..memang dorang guna tag ni. Kat ebay pon ada 2/3 design yang berlainan yang menggunakan tag ni untuk tour Black album .

Ok jumpa lagi.

Wednesday, June 18, 2008

Koleksi : Aliph Hi-cut Rider

Ok curi masa skit ni..bos keluar hawhawhaw...kali ni aku dapat lagi1 kasut sneaker Aliph model Hi-cut Rider...huhuhu gumbiranya rasa hati aku..sekian lama cari dapat gak Aliph Rider nie.

Memang tak disangka selama ni tengok ker kasut ni kat poster bilik aku..ermm bila la aku nak dpt kasut ni..Alhamdulillah akhirnya doa aku dimakbulkan..gembira sungguh aku dapat barang rare.

Terima kasih di atas pertolongan pada sorang kawan yang baru aku kenal lebih kurang sebulan dua yang lepas. Dikenali sebagai Mr.Aliph kerana beliau juga seorang collector kasut Aliph nie.

Memang puashati dapat kasut ni sebab condition dia 95% elok..kira baru lagi la..bau kedai gitu..hahaha..cuma ada la kekurangannya..tapi takpe ar dah 20 tahun pon.

Insyallah akan datang akan dapat lagi satu model Aliph..Aliph Terri. Yang Model Aliph Terri ni kasut sneakers khas untuk pompuan. Hopefully ada rezeki dapat lah.

So setakat ni jer eh..lain kali citer lagi panjang..& pencarian akan diteruskan utk mengumpul model2 Aliph yang lain pulak.

Tuesday, June 17, 2008

Iron Maiden - No Prayer For The Dying Limited Edition?

Oho aku kembali..huhu dah lama rasa aku tak updated blog nie.. sebenarnya banyak aku nak cerita tapi sekarang tengah kejar dateline nak setelkan koje kat opis yg melambak ni.

So aku curi2 la masa sikit kat opis ni tulis blog syer ngan korang sume hahaha...( bos takde ). Ok last Sunday aku gi jumpa kawan pastu singgah jap la flea market Amcorp Mall, PJ. Pusing2 singgah jap kat gerai used cd.

Belek2 jumpa plak cd Iron Maiden - No Prayer For The Dying. Memula aku pon confused gak sebab cover dia lain skit. Klu tak silap aku original cover dia takde gambar orang pegang lampu minyak & ada tulisan kat atas keranda batu tu kan. Tapi tak pe la aku grab jer sebab aku pon tak de lagi album nie.


Album ni merupakan album ke-9 Iron Maiden released pada 1 Oct 1990 & pernah menduduki tempat ke-2 carta UK. Pada aku album nie memang bagus walaupon album nie tak se"glamour" album Iron Maiden yang lain.

Sebab ape aku kata tak se"glamour" ialah rata2 fan2 Iron Maiden yang aku tanyer dorang akan cakap " Klu ko nak dengar Maiden ko cari la album The Number Of The Beast, Powerslave, Somewhere in Time & Seventh Son Of A Seventh Son". Jarang sekali dorang sebut album ni.





Secara jujurnya aku rasa album ni ada tarikan & hook dia yang tersendiri. Lagu2 macam Holy Smoke, No Prayer for The Dying, Public Enema Number One, Fate Warning & Mother Russia dah jadi favourite pada aku. Bring your Daughter...To The Slaughter dah boring dengar la huhuhu.

Tapi yang aku agak surprised ada lg 1 cd bonus disertakan sekali (memula aku pon tak perasan dah sampai umah baru tau )..kira aku bli ni 2 cd limited edition punyer issue kot..hahahaha.. worth ar best.



Kalau tengak dari gambar cd ni ialah cover untuk single "Holy Smoke" kan? Untuk CD 2 ni ada 4 tracks. Lagu2 kat cd 2 ni adalah lagu2 dari B-side UK single Holy Smoke :

  1. All In Your Mind
  2. Kill Me Ce Soir

Dan lagi 2 tracks adalah dari B-side UK Single Bring Your Daughter...To The Slaughter :

  1. I'm A Mover
  2. Communication Breakdown

Semua adalah lagu2 cover version band2 rock. Aku tak sure lagu sape tapi yang aku tau Communication Breakdown tu lagu Led Zeppelin.



Oh sebelum terlupa cd ni diterbitkan oleh Castle Records, US ( musykil skit sbb biasa EMI kan..so para Maiden's fans yang tau..boleh citer tak pasal album nie ) Oklah lain kali aku cerita lagi ok.