Saturday, August 18, 2012

Ketupat bawang serunding daging

Raya?.. Selamat hari raya ngeeee...

p/s : tahun ni spesel skit sebab 1st time rasa balik kg setelah 3 bulan menjelajah borneo

Sunday, May 27, 2012

Nirvana


Rilisan terakhir Nirvana adalah kompilasi "live" terbaik mereka ; From The Muddy Banks Of The Wishkah iaitu pada 1996 kemudian pada 2002 Nirvana tampil dengan kompilasi Nirvana. Album yang menampilkan seleksi lagu-lagu terbaik/hit singles  mereka yang sepatutnya dirilis pada 2000 namun atas isu saman menyaman antara Courtney Love (balu Kurt Cobain) dengan ahli Nirvana; Krist Novoselic & Dave Grohl ke atas hak cipta lagu "You Know You're Right.

Sepatutnya "You Know You're Right" terkandung dalam boxset "With The Lights Out" seperti yang dikehendaki oleh Krist & Dave, namun Courtney Love mahu lagu ini dimaksukkan kedalam satu cd bukan kedalam boxset tersebut kerana melihat potensi lagu ini sebagai singles. Setelah turun naik mahkamah akhirnya Krist & Dave akur & akirnya album ini dirilis pada 2002.

"You Know You're Right " merupakan sesi rakaman terakhir Kurt Cobain bersama Nirvana. Ianya dirakam pada hari ke-3 setelah Kurt tidak muncul-muncul di Robert Lang's studio selama 2 hari. Pada hari pertama & kedua iatulah Dave Grohl  merakamkan demo koleksi lagu-lagu beliau dan lagu-lagu tersebut dimuatkan kedalam album pertama Foo Fighters. Lagu ini (vokal & muzik) dirakam hanya sekali "take" saja. Kemudian Kurt hanya menambah beberapa part untuk solo dan Kurt terus berlalu pergi.

Selain lagu tersebut kompilasi ini juga mengandungi sebuah lagi unreleased tracks; "Pennyroyal Tea" yang mana ianya versi remix/alternate mix yang sepatutnya dirilis sebagai singles pada March 1994 namun ianya tidak sempat diedarkan sebab kematian Kurt Cobain dan tidak terdapat dimana-mana official released mereka selain di kompilasi ini.


Tracks lain yang terkandung dalam album ini; "About A Girl" dari Bleach 1989 yang mana lagu ini popular selepas MTV Unplugged In New York, "Been A Son" b-side Blew EP yang mana ianya hanya untuk pasaran UK, "Sliver" sub pop singles, 4 singles dari Nevermind "Smells Like Teen Spirit", "Come As You Are", "Lithium" & "In Bloom", singles dari In Utero; " Heart Shaped Box" & "Rape Me" serta "Dumb" dan 2 promo tracks dari MTV unplugged in New York; "All Apologies" & "The Man Who Sold The World".

apalagi layan video la pulak :)


Sunday, May 20, 2012

Mudhoney: Super Fuzz Big Muff plus Early Singles


Masih lagi mood  Seattle band/music, kali ni nak cerita pulak pasal Mudhoney, antara pelopor awal Seattle sound.Ini merupakan salah satu album klasik Seattle; Superfuzz Bigmuff pada asalnya diterbitkan pada 1988 di bawah label Sub Pop (label bebas yang terkenal di Seattle). Asalnya Ep ini mengandungi 6 buah lagu namun Sub Pop meriliskan semua pada 1990 dengan menambah beberapa tracks dari singles terawal mereka.

Mengambil nama dari distortion pedal lagenda boleh digambarkan sound keseluruhan album ini. Sarat dengan distortion, noise, resonant  feedback yang mana ianya menjadi trademark bagi Mudhoney. Namun ianya tetap bermelodi. Gabungan riff metal, hard rock, garage sound & punk dari Steve Turner & Mark Arm membuatkan lagu-lagu Mudhoney pelbagai rasa & wajah. Berada ditengah-tengah antara metal & punk..


Dengarkan saja tracks pembukaan "Touch Me I"m Sick" & "In N' Out Of  Grace" pasti akan terasa hendak bermoshing & stage diving. Sila beri perhatian pada permaianan drums Dan Peters yang sungguh energetik & gila.Dan Peters merupakan senjata rahsia Mudhoney, sebab tu Kurt Cobain jemput dia jadi sessionist  sebelum berjumpa Dave Grohl kerana tertarik dengan gaya permainan beliau yang agresif..

Untuk riff & sound yang berat boleh try tracks seperti "If I Think", "Burn It Clean" & "Chain That Door" walaupon tak seberat riff  metal sebenar tapi nya lebih dekat kepada sound "sludgy" Black Sabbath (memang pengaruh Black Sabbath kuat dalam album ni). Permainan & sound  bass Matt Lukin memang kena pada lagu-lagu tersebut.


Mungkin pada yang pertama kali mendengar Mudhoney rasa seperti nak menghempas saja album ini kerana ianya agak bising & bingit serta serabut. Namun jika diteliti & diamati album ini amat menarik untuk dilayan. Itu pengalaman pertama aku mendengar Mudhoney haha. Walaupon aku peminat tegar muzik seattle  namum mereka agak lambat untuk dihadam tapi selepas dah dapat tune nya, sound mereka adalah "sound asli" muzik seattle. Rekomended untuk di cuba :)




Saturday, May 5, 2012

Singles OST




Sapa kaki movie mesti tau filem ni kan. Singles antara sebuah filem paling hot era 90-an especially pada peminat Seattle Scene. Diarahkan oleh Cameron Crowe  bergenre komedi romantik menamplkan Bridget Fonda & Matt Dillon ini berkisar komedi romantik yang menjadikan Seattle sebagai latar belakang filem ini. Tapi aku bukan nak cerita pasal filem tu tapi soundtracks dia.

OST ini menampilkan nama-nama besar dari Seattle scene seperti Soundgarden, Alice In Chains, Mudhoney, Pearl Jam, Screaming Trees, Mother Love Bone. Tak ketinggalan juga otai Seattle The Jimi Hendrix Experience & The Love Mongers serta Chris Cornell, Smashing Pumkin & Paul Westerberg ex-The Replacement Bila tengok saja barisan lagu -lagu & artis pada soundtrack ini sememangnya filem & OST Singles ini memperkenalkan, meluaskan & menaikkan lagi "Seattle Scene" di media arus perdana terutamanya dari muziknya.

Pada sesiapa yang nak kenal band-band & muzik Seattle tu cam ner, album ini amat direkomanded. Selain itu kalau tengok filem ni ianya menampilkan Pearl Jam, Alice in Chains & Soundgarden sebagai cameo. Tapi aku lebih sukakan soundtracksnya berbanding filemnya. Hehe sebab aku kenal soundtracks nya dulu baru tengok filemnya. Pada aku filemnya biasa-biasa saje.



Sunday, April 29, 2012

Babes In Toyland - Sparkling Machine




"Sparkling Machine" adalah debut pertama Babes In Toyland, sebuah punk rock band dari Minnesota. Album yang diterbitkan oleh penerbit lagenda Seattle, Jack Endino ini penuh dengan luapan perasaan , emosi yang tak stabil, marah, sakit hati dan sebagainya. Ianya terselah pada lirik-lirk, tajuk lagu serta cara penyampaian vokal  Kat Bjelland yang perit seolah-olah tekak dicucuk dengan dawai berduri. Ditambah pula dengan muzik yang berkecamuk (pertembuingan sludgy metal + punk rock era Iggy Pop & Siouxsie and the Banshees).

Ini terselah jika anda mendengarkan lagu-lagu seperti "Dust Cake Boy", "Paint In My Heart", "He's My Thing" & "Fork Down Throat" membuatkan perasaan anda merasa seperti ditoreh-toreh dengan pisau sama seperti sound gitar yang kering, pounding drumming serta grinding bassline yang berselirat. Album ini telah menjadi "blue print" pada  muzik underground ketika itu selain Babes In Toyland menjadi pemangkin pergerakan "Riot Grrrl" di sana.

Walaupun berasal dari Minnesota tetapi mereka banyak bergerak/tour bersama-sama band-band Seattle seperti Mudhoney, 7 year Bitch & Nirvana serta band-band seperti Sonic Youth, L7 & Dinasour Jr. Album yang boleh dikategorikan sebagai KLASIK pada penggermar alternative music scene.



Saturday, April 21, 2012

Temple Of The Dog





Ok sejak akhir-akhir ni aku tiap-tiap hari layan Chris Cornell (Soundgarden) nyer solo album; Unplugged in Sweden. Memang layan album tu. Salah satu dari album tu ada lagu Call Me A Dog,. Lagu tu bukan dari album solo beliau tapi dari Album Temple Of The Dog. Ia adalah band yang beliau tubuhkan tribute kepada seorang kawan baik beliau; Andrew Wood (Mother Love Bone, ex-Malfunkshun) yang mati akibat OD heroin.

 Temple Of The Dong turut dibarisi oleh Matt Cameron-drummer (Soundgarden/Pearl Jam), Jeff Ament-bassist (ex-Mother Love Bone / Pearl Jam), Stone Gossard-rythm guitar (ex-Mother Love Bone / Pearl Jam) & Mike McCready-lead guitar (Pearl Jam) serta Eddie Vedder-vokal (Pearl Jam). Berbeza dengan Soundgarden album ni lebih kepada slow rock & melodic. Sesuai dengan mood tribute tu sendiri lagu-lagunya agak slow tapi masih boleh layan lagi la. Bergantung pada masa korang dengar album ni la hehe Pada sesiapa yang biasa dengan Seattle Sound nyer band mesti tak de masalah nak hadam album ni sebab flownyer sama dengan trademark Seattle Sound itu sendiri.

Tapi tak la semua lagu dia mellow, ada jugak yang heavy macam Pushin' Forward Back & Wooden Jesus. Hunger Strike menjadi singles pertama yang mana ianya menampilkan Eddie Vedder yang pertama kalinya merakamkan suaranya kedalam album (pada masa tu Pearl Jam masih lagi diawal penubuhan-mereka menggunakan nama Mookie Blaylock).

Album ini boleh dikatakan sebagai klasik. Pada penggemar muzik Seattle pasti album ini wajib ada dalam simpanan sebabnya ianya satu-satunya album TOTD & line up terdiri dari 2 band lagenda; Soundgarden & Pearl Jam.. Sempena ulantahun Pearl Jam ke-20, TOTD telah reunion pada beberapa siri jelajah PJ20 tahun lepas. Pada penggemar baru boleh cuba album ni sebab album ni makin dilayan makin sedap.






Saturday, April 14, 2012

Foo Fighters : Monkey Wrench single



Lagi pasal Foo Fighters haha lepas geram tak dapat tengok live..tak la sebenornya dah lama nak review & sepatutnya di akhir tahun dulu tapi postpone hehe..Ok takde apa nak cerita sangat ni adalah single pertama FF-Monkey Wrench dari album kedua dorang "The Colour and The shape". Mengandungi 3 buah lagu; "Monkey Wrench", "Up In Arms(slow version)" & "The Colour and The Shape". Pada sesiapa yang tak tahu video muzik ini adalah arahan Dave Grohl sendiri. Menurut buku The Dave Grohl Story, beliau mendapat idea daripada mimpi beliau kemudian pada keesokkan harinya beliau terus mengadaptasikan mimpi itu kedalam video klip ini. Pada sapa yang tak pernah dengar lagu..layan jer videoklip ni (yg official tak jumpa plak) .