Showing posts with label konsert. Show all posts
Showing posts with label konsert. Show all posts

Saturday, August 24, 2013

i see, i hear, i feel it


image: metallica.com

Intro : Ecstacy of Gold
1)Hit
2)Master
3)Fuel
4)Harvester

Kirk solo

5)Fade
6)Ride
7)Cyanide

Rob solo

8)Welcome
9)Sad
10)Orion
11)One
12)Bell
13)Blackened
14)Nothing
15)Enter

Encore :
16)Creeping
17)Batery
18)Seek

End.

Rasanya tak de ape sangat nak rebiu..ramai dah rebiu kan..so ni cuma highlight je la eh :

-Masa intro lagu Ecstacy of Gold tu ade tunjuk sedutan filem The Good The Bad & The Ugly dari screen layar yang begitu HD scene Tuco lari kat kubur cari tempat simpan gold tu.

-Yang remark merah tu antara lagu yang nak sangat aku dorang main..nampaknya termakbul bila tengok setlist Koreanye konsert..ade tukar la sikit-sikit..tapi "Whiplash" pulak tak kesampaian nak tengok live depan mata...Orion tu maybe tukar kat Spore main "..Ktulu" kot ...aku rasalah.

-Screen layar yang begitu HD agak membantu utk pemegang tiket greenzone..tapi mata aku banyak tertumpu kat stage walaupon nampak semuttttt je dorang.

-Sound? dari tempat greenzone tu kira masih baik jugaklah tapi vibe koir beramai-ramai dah hilangkan sikit rasa frust disebabkan bunyi yang agak "bright" dan kadang0kadang agak "boost" skit especially time solo.

-Fade To Black main original version, siap akustik gitar part intro tu kan..so rasa jakun jugak la kan...tak sangka dorang main siap akustik gitar plucking tu...senyuman menguntum.

-Parking?? dorang memang buat duit giler-giler..RM60 tinggal kunci or RM100 kunci pegang. Nasib dapat parking depan balai polis H.S Lee..RM5 je...sib baik abg polis tu bagi masuk hahaha janji tak melebur duit kat parking cekik darah tu haha.

-Official Tshirt...tak menarik sangat..lagipun memang tak niat pon nak carik selai..RM100..so skip la..yang bootleg nye Tshirt so many design..tapi nasib tak tergoda kih kih kih.

-Aku tak "tape" konsert ni...so sad..dan rasa rugi sangat...gara-gara konfident recorder dah masuk dalam beg..langsung tertinggal..so rekod dalam memori kepala hotak je lah .

-Yang tiket mahal tu untung lah dapat belon gedabak besar Metallica, plectrum, dan drum stick...aku jeles hahaha.

so pada sesiapa yang tengok kat singapore malam ni..enjoy the show..aku budget "Call of Ktulu" ade..tggu review dari abang-abang dari sana. 

Friday, October 7, 2011

ngerock lagi

aku suka la album baru Whitesnake-Forevermore. Macam dengar 1987 nyer album lak vibenyer. See u at Std Putra, Bukit Jalil.(venue bertukar dari yang asal.info klik sini ) Rock on \m/



Tuesday, December 14, 2010

masuk istana lagi??


(klik kasi besar)

LoQue bikin kacau lagi. Dulu ngan Butterfingers, kali ni buat kacau ngan band Monoloque & Ana Rafali. Rasa-rasanya nak kena masuk istana lagi la nak nengok kekacauan itu. Kira2 budget ok gak ni. Amacam.. ada sapa mau follow?

Friday, December 18, 2009

Rock The World 9 vs Radio Rosak


2 Festival muzik terbesar tahun ini bertembung dalam tarikh yang sama; Rock The World 9 vs Radio Rosak. Rock The World kembali dengan edisi ke-9 menampilkan lebih 40 band bebas Malaysia dengan dibahagikan kepada 3 stage. Radio Rosak pula merupakan edisi sulung turut menampilkan band2 bebas Malaysia disamping headliner oleh lagenda rock Malaysia Search & Wings (Double Trouble). Klik flyers untuk details.

Thursday, October 15, 2009

Ara Music Fest vol. 2



sapa ada duit lebih berkepuk2 boleh la join program ni. 2 hari ala2 woodstock (katanya la..gua pon bukan faham woodstock2 ni). Klik flyers jer la gua malas citer banyak.

No Use For A Name Live in KL



Legendary punk rock band from US, No Use For A Name will be performed at KL-Live, Jalan Sultan Ismail, KL. Click flyers for more info.

amacam, ada berani?? gua rasa teruja nak tengok.

Thursday, October 1, 2009

Wings up close & personal



Jom layan abang2 sayap beraksi memecahkan lemak dengan bersauna di Hard Rock Cafe, KL
**flyers dicilok dari blog speedrider



ada jual tshirt eksklusif limited edition RM45
[link]

Wednesday, August 13, 2008

Sifu beraksi lagi..

(pix:www.istanabudaya.gov.my)
Sebelum ni ada aku terbaca kat sokkabar yang mana Sifu M.Nasir nak buat konsert solo kat Istana Budaya (IB) tapi cam tak confirm jer. Boring2 aku selak2 la website IB ermm memang benarlah M.Nasir nak buat konsert solo pada Oktober akan datang ni.
3 malam berturut2 start dari 24 Okt-26 Okt. Nama konsert tu "Konsert Alam Muzik M.Nasir". Oho best2 ni aku rasa nak tengok la konsert solo sifu ni. Memang sebelum ni aku tak pernah pon tengok konsert dia secara live. Memang lama benar sifu tak buat konsert solo eh selepas Konsert Akar tahun 90-an dulu, pastu yang last Konsert Andalusia tahun 2000 kot.
So bolehlah kumpul duit belanja skit2 hehe lepas raya lak tu. harap2 tak cancel sebab takut gak kene macam Man Keedal, last minit konsert solo dia kat IB cancel. Ermm haru beb.