Sapa kaki movie mesti tau filem ni kan. Singles antara sebuah filem paling hot era 90-an especially pada peminat Seattle Scene. Diarahkan oleh Cameron Crowe bergenre komedi romantik menamplkan Bridget Fonda & Matt Dillon ini berkisar komedi romantik yang menjadikan Seattle sebagai latar belakang filem ini. Tapi aku bukan nak cerita pasal filem tu tapi soundtracks dia.
OST ini menampilkan nama-nama besar dari Seattle scene seperti Soundgarden, Alice In Chains, Mudhoney, Pearl Jam, Screaming Trees, Mother Love Bone. Tak ketinggalan juga otai Seattle The Jimi Hendrix Experience & The Love Mongers serta Chris Cornell, Smashing Pumkin & Paul Westerberg ex-The Replacement Bila tengok saja barisan lagu -lagu & artis pada soundtrack ini sememangnya filem & OST Singles ini memperkenalkan, meluaskan & menaikkan lagi "Seattle Scene" di media arus perdana terutamanya dari muziknya.
Pada sesiapa yang nak kenal band-band & muzik Seattle tu cam ner, album ini amat direkomanded. Selain itu kalau tengok filem ni ianya menampilkan Pearl Jam, Alice in Chains & Soundgarden sebagai cameo. Tapi aku lebih sukakan soundtracksnya berbanding filemnya. Hehe sebab aku kenal soundtracks nya dulu baru tengok filemnya. Pada aku filemnya biasa-biasa saje.
1 comment:
Wow bro...lu siap ada tshirt untuk movie ni gak! Ini, emang hardcore fan of Seattle Sound ni...anyway bagi aku movie dia pun ok gak,tapi hype pada movie ni lebih kpd OST nya hahaha
Post a Comment