Showing posts with label review cd. Show all posts
Showing posts with label review cd. Show all posts

Sunday, November 1, 2015

Satu Tekanan Irama







Tak pernah ada album ni..dulu pernah reissue kan? Tahun bila tak ingat...EMI buat...tp tak tau dia punya pressing dia cane...booklet dia sume. Album ni pun cuma tau lagu hit Sentuhan Kecundang, Pusara Dilebuhraya ngan Hanya Satu Persinggahan. Zaman muzik-muzik dulu.

Tapi bila dengar full album ni...memang best la band ni..advance muzik dorang...beza dengan band-band rock zaman 90an..susunan muzik kuat progressivenya...nak nak lagu heavy dorang macam Fantasi Los Angeles, Ego dan instrumental Ekamatra. Tapi paling aku suka part akustik gitar dalam album ni..sebijik-sebijik bunyi dia keluar.. memang power Shahrul ni.

Ini album best..cuma tak bestnya untuk lagu-lagu heavy vokal Rahmat macam tak sesuai sangat kot.. apa pun solo Sentuhan Kecundang paling best dan lazat.

Tuesday, August 6, 2013

The Clash : London Calling

   
 



Sebut je The Clash mesti ramai yang tahu dorang ni lagenda punk..kira yang terawal saing-saing SEX PISTOL dan THE RAMONES. Mereka antara produk punk yang berjaya merevolusikan muzik punk dan attitude punk itu sendiri. Berani mencampur adukkan muzik lain kedalam acuan punk yang tipikal. Mungkin mereka digelar murtad dalam pegangan punk hahaha .Walau apapun The Clash is among my favourite band ni pon tengah kumpul dorang punya diskografi dan buku-buku pasal dorang.

Album ini memang solid dan berstyle dengan variasi pelbagai jenis muzik. Dari asas pop ke attitude punk dicampur pula dengan sound Dylan, rockability, rock n roll, ditambah pula reggae, ska, rocksteady digaul rata dengan Bowie, 70's pop revival dan sedikit jazz serta funk nah inilah album yang diangkat sebagai revolusi muzik punk. Semuanya dalam satu album klasik mereka ini.

Dengarkan saja "London Calling" yang kuat jati diri punk mereka, kemudian dibawa pula layan rockability oleh "Brand new Cadillac" kemudian rasai alunan jazzy dan bluesy dengan "Jimmy Jazz". Tak cukup dengan itu layan pula "The Guns of Brixton", "Revolution Rock", Wrong Em' Boyo" yang agak kuat ska dan reggae nya dan tak lupa "Train in Vain" yang sangat funky. Ni album killer tak de lagu filler...boleh pasang tanpa skip-skip..memang enjoy layan album ni..baik jalan kaki, bawak moto, bawak keta, time jamm.

Pada sesiapa yang baru nak kenal The Clash album ni sangat aku rekomen la..gerenti tak menyesal..cuba try. Mag tu gezek jer..special issue pasal The Clash..all about The Clash..nanti ade masa review la mag tu.

Monday, August 5, 2013

Touch OST




Ni lagi nak citer pasal projek solo Dave Grohl (DG), mungkin ramai yang hanya tau DG ni adalah ex Nirvana, drummer hebat, frontman Foo Fighters saje kan tapi selain membikin muzik bersama Foo Fighters dan beberapa nama lain dia juga pernah buat music score for film or OST. Touch adalah hasil kerja DG. Filemnya memang aku tak pernah tengok best ke tak..tapi soundtracks dia memang best..aku suka..haha mungkin biaskan sebab aku minat DG pasal dia musician pujaan aku hahaha tapi tunggu dulu..Touch adalah sisi lain dari tipikal DG yang aku kenal. First mula dengar dulu macam tak percaya yang ni adalah muzik dari DG..lain sangat...dari segi permainan beliau (oh yea DG memainkan semua alat muzik dalam album ini-pendek kata semua dia tapawww) agak variasi skit..ada jazzy skit, blues skit, ambience skit.

Semua lagu instrumental kecuali 3 lagu "How Do You Do", "Saints in Love", dan "Touch" duet DG dengan Louise Post. Macam-macam korang boleh dengar dari romantik, aksi, suspend, keajaiban, gembira, sedih, lucu semua boleh rasa bila dengar album ni. Kira boleh bayangkan la scene dalam filem tu cane bila dengar lagu-lagu dalam ni hahaha. Aku rasa lagu 'Walking After You" dari album Foo Fighters "The Color and The Shape" tu kesinambungan dari lagu "Touch" kot...sebab OST ni kuar sebelum DG rekod 2nd album FF tu.. mungkin kot sebab mood dia lebih kurang sama..romantik gitu.

Ni nak try cari mubinya pulak..sebab ade Bridget Fonda hihi kalau nak dengar sisi lain DG try la album ni.



Monday, July 29, 2013

Butterfinger : Selamat Tinggal Dunia


"Selamat Tinggal Dunia" merupakan satu tajuk yang mungkin satu kontroversi suatu ketika dahulu. Adakah ini adalah album penutup sekaligus menguburkan kugiran Butterfingers?. Mungkin ianya simbolik kepada pembebasan mereka dari bersama EMI atau ianyanya sekadar mengambil salah satu tajuk lagu dari album ini. Ini merupakan album yang rebel, marah dan kritis dan lebih melayu jatidirinya. Kenapa lebih melayu? sebab seolah-olah mereka memanipulasi semangat Hang Jebat kedalam album ini.

Album yang kembali kepada bunyi asas rock, lebih spontan,mentah dan sedikit eksperimentasi dengan efek bunyi  dan keyboard dan lantang pada lirik-liriknya. Dengarkan saja "Selamat Tinggal Dunia","Merpati Sejoli", "Cuai" dan Tentang-tentang" pastinya anda dapat tahu mereka sedang 'memerangi' media (akhbar, majalah, radio dan tv)  di Malaysia yang mana ketika itu industri muzik dibanjiri dengan artis-artis dari Indonesia sehingga karya artis tempatan dipinggirkan. Dengan tonasi  suara Emmet yang pelat menjadikan album pertama berbahasa melayu ini unik walaupun ianya mendapat kritikan hebat. 

'Hanyut" agak eksperimental dan agak funky. Dengan efek bunyi sape dan solo gitar yang berselirat lagu ini harus diberi perhatian juga selain "Urusan Seri Paduka Baginda" yang mengetengahkan dan memanipulasikan bunyian gamelan dengan kesan bunyi. Lirik dalam lagu ini banyak mengangkat prosa-prosa melayu klasik. ianya amat jelas pada lagu "Daulat Tuanku" yang ianya amat sesuai dan bertepatan dengan cerita lagu tersebut. Ini antara album revolusi dalam rock melayu.


Saturday, July 27, 2013

Efek Rumah Kaca : Kamar Gelap




Kamar Gelap merupakan debut kedua band indie pop/rock dari Indonesia, Efek Rumah Kaca (ERK). Album yang dirilis pada 2008 ini melonjakkan nama mereka di persada muzik Indonesia. ERK bukan seperti band indie pop/rock biasa, mereka merupakan suara-suara marhain yang mengangkat isu-isu sosial, politik, kenegaraan, cinta, alam sekitar, protes dengan menggunakan muzik yang enak didengar dan lirik yang bijak. Adakalanya ianya terus terang dan adakala secara sinis tersirat disebalik melodi pop yang mencangkuk.

Dengan pengaruh Brit pop, folk, dan distorsi yang cukup rasa dan berlemak membuatkan ERK menjadi band yang perlu diambil perhatiaan. Ianya sangat menarik minat aku untuk mengenali mereka (jiwa dan muzik ERK) secara dalam. Dengarkan lagu rancak seperti "Kau dan Aku Menuju Ruang Hampa", "Mosi Tidak Percaya", "Banyak Asap Disana" dan "Menjadi Indonesia" hinggalah ke "Lagu Kesepian" yang begitu melankolik dengan lirik yang segar tapi tidak leleh pastinya iannya album yang menghiburkan dari Choli, Andrian dan Akbar.

Album yang diulas ini adalah versi re-issue dimana diselitkan 3 buah videoclips dan foto-foto dari fotografer, Angki Purbandono. Sekiranya anda ingin mengenali dan mengkaji keadaan sosiologi tentang masyarakat Indonesia umumnya dan golongan marhain khasnya,album ini dapat memberi gambaran kepada anda melalui lirik-lirik mereka. Keren!! silakan.


Sunday, June 2, 2013

Stone Temple Pilots : Core



Stone Temple Pilots (STP) merupakan antara band yang popular sekitar 90-an. Menjadi pujaan pada setiap remaja yang membesar pada zaman alternative. Core merupakan debut pertama mereka dan pada aku ia adalah album terbaik mereka berbanding Purple dan No.4. Sering dikecam sebagai band poser kerana mereka muncul ketika era "seattle sound" sedang hebat menjalar menakluk dunia pada ketika itu. Namun pada aku STP antara band yang mampu menarik minat untuk terus melekat dengan muzik bawaan mereka.

Melalui Core mereka sering dibandingkan dengan Pearl Jam dari segi gaya muzik terutama vokalnya yang seolah-olah mahu manjadi seperti Eddie Vedder. Namun pada aku Scott Weiland vokalnya lebih tinggi range nya berbanding EV yang lebih pada low baritone. Dari segi muzikalnya pula Core lebih kepada hard rock, arena rock, crunchy crispy guitar riff, booming bass dan lebih mesra radio berbanding Pearl jam yang lebih underground/collage sound dan lebih arty.

Dengarkan  3 tracks terawal "Dead & Bloated", "Sex Type Thing" & "Wicked Garden" ianya mampu menjadi cinta dengar pertama pada STP. "Creep" dan "Plush" tak perlu diperkenalkan lagi kerana ianya lagu hits mereka yang mesra MTV. Jangan dilupakan tracks lain yang pada aku amat menarik dan mudah untuk dicerna serta dilayan. Hanya masukkan cd , tekan play dan maximum volume pasti adrenalin anda merangsang saraf otak anda untuk bergoyang kepala dan menghentak kaki melayan Core.


**oh ye James Helfied menjadikan album ini sebagai rujukan ketika menulis Load/Reload (.....ok aku tipu je hihi)

Saturday, June 1, 2013

The Afghan Whigs : Gentlemen




The Afghan Whigs (The Whigs) mungkin agak asing pada penggemar muzik ketika di era "grungemania" atau alternative music ketika 90-an tapi The Whigs merupakan antara band yang bagus ketika itu. Gentlemen adalah salah satu album terbaik dan menjadi kegermaran aku. Berbanding album-album mereka Gentlemen merupakan album yang gelap, kelam & berat dari segi lirikal yang lebih menjurus pada patah hati, penderaan mental, penggunaan dadah, kekecewaan dan ketidakpuasan seksual serta kemurungan. Ini kerana album ini merupakan album konsep dimana setiap lagu dan lirik ada berhubung kait antara satu sama lain.

Walaupun album ini berkonsepkan sedemikian tidak bermakna album ini tidak sedap untuk dilayan. The Whings bijak mencangkukkan antara melodi yang beremosi dengan susunan muzik yang pada aku agak berbeza dengan band-band yang ada pada ketika itu. Ia kedengaran tidak statik dan monotenus kerana setiap lagu berbeza moodnya. Jika diteliti pengaruh blues, sedikit Pink floyd, secubit shoegaze digaulkan secara rawak kedalam rock bawaan mereka dengan elemen melodi yang tragis dan melankolik serta sadis menyentap dan merobek jiwa mampu mengheret pendengar karam ke"dalam" album ini. Gentlemen, Debonair, What jail is Like dan When We Two Part mungkin boleh menjadi track pengenalan.

Pada yang memegang pada phrase " rock n roll must be fun" album ini bukan untuk anda . Ini untuk mereka yang bergelut dengan perasaan atau sekadar melayan emosi. Sex Drung and Distortion.

**aku suka sangat cover album dia.

Sunday, May 19, 2013

Nirvana : With The Lights Out boxset



"with the lights out, it's less dangerous, here we are now, entertain us"

ok dah bertahun dah nk review boxset ni..dah berkurun deaf tunggu sampai naik lempoh agaknya hahaha. Oklah ini kali kasi review la, khas buat kawan-kawan blogger. Boxset ni beri nama With The Lights Out salah satu baris lirik dari lagu Smells like Teen Spirit. Didatangkan dengan 3 cd  merangkumi studio outtakes, boombox rehearsal tapes, B-sides dan accoustics demo+ 1 dvd . Packanging dia sangat ohsem, dengan plat besi cover dorang bertiga bertuxedo dan bertali leher haha yang mana ia adalah cover dari majalah Rolling Stone. Agak kontra kan dengan attitude mereka? haha oklah short review :

Cd 1 : cd  merangkumi persembahan live, radio performance, reheasal dan lagu-lagu demo awal Nirvana dari tahun 1987-1989 zaman Bleach. Sebanyak 23 track dimuatkan dalam cd 1 ni antaranya "Heartbreaker", "Moby Dick"-live, "Pen Chap Chew", Even in His Youth", 'Dive" demo dan banyak lagi.

cd 2 : cd merangkumi solo accoustic demo "Opinion" & "Lithium", studio outtakes seperti "Verse Chorus Verse", b-sides seperti "Oh the Guilt" & "Curmudgeon", demo rough mix lagu-lagu era Nevermind "Play to play", "Drain You" & "Smells Like Teen Spirit" dan beberapa radio performance circa 1989-1992

cd 3 : cd menampilkan lagu-lagu era In Utero circa 1992-1994 yang mana ia merupakan antara sesi rakaman terakhir sebelum Kurt Cobain mati. Antara lagu-lagunya versi demo untuk "Rape Me", "Scentless Apprentice" dan "Heart Shape Box", B-side "Gallon of Rubbing Alcohol Flow Through The Strip", unreleased tracks 'Sappy a.k.a Verse Chorus verse" dan "I Hate Myself and Want to Die" serta solo accoustics demo "Do Re Mi", "Very Ape", "All Apologies" dan " You Know You're Right"

dvd : kompilasi footage-footage persembahan live ketika malam tahun baru di 
rumah ibu Kris Novoselic. time ni dorang banyak jamming lagu-lagu Led Zeppelin dan lagu era Bleach. Ada jugak footage persembahan promo album Bleach mereka di satu kedai muzik, persembahan pertama Dave Grohl sebagai drummer tetap Nirvana, Persembahan pertama kali Smells Like teen Spirit di khalayak ramai dan sesi santai jamming "Seasons in The Sun". 
Dia punya bookletnya banyak tunjuk macam Nirvana punya timeline la.. ade selit-selit gambar rare jugak. So boxset ni cuma banyak lagu-lagu demo je, versi kasar abis lagi-lagi kalau remark situ solo accoustics. Apapun ianya boleh dikatakan definitely pasal Nirvana or ianya hanya untuk mengkayakan lagi janda kurt, Courtney Love :p




untuk gambar sila klik sini


Saturday, May 18, 2013

The Stone Roses



versi cd-kaset ntah hilang kemana

Ok ini adalah debut the Stone Roses yang dirilis pada 1989 dibawah label Silverstone. Ini adalah album landmark pada pembentukan terma "Britpop". Aku bukanlah peminat tegar band berasal dari Manchester ini malah aku mengenali mereka ini melalui Oasis. Ternyata dengan memiliki album ini aku (membelinya secara random) aku terus jatuh cinta dengan muzik gaya mereka ini. Dengarkan saja track pembukaan "I wanna be Adored" sudah cukup untuk menarik pendengaran aku terus tekun mendengar dengan rasa keterujaan. Dengan sedikit perisa pyschedelicnya  dicampur pesona rocklick dan melodi pop yang rangup amat memukau pendengar baru seperti aku (pada waktu itu-circa 1996).

Kemudian diteruskan dengan tracks seperti " She Bangs the Drums", "Waterfall", "(Song For My) Sugar Spun Sister" & "Made of Stone" mampu membuat anda khayal dengan alunan dan arragement muzik yang sedap, melodi yang mencangkuk kedalam hati dan kepala. "Bye Bye badman" pula lebih punk attitudenya. kisah mengenai revolusi France 1968. Walaupun isu dan liriknya agak berat tapi iannya ditutup rapi dengan ryhm melodi vokal I.brown yang begitu poppish sekali. Tapi pada aku walaupun lagu-lagu mereka agak santai, senang, mudah dihadam namun mereka bukan lah semata-mata rock/pop yang biasa. Jika dikaji muzik mereka merangkumi, acid house, rave digabungkan sedikit perisa funk, punk pada attitudenya rock pada asasnya disamping pop yang bermelodi (dan sedikit melankoli) dan disudahkan dengan sedikit suntikan psychedelic menjadikan mereka idola untuk generasi selepas mereka seperti Oasis, Blur, The verve , Radiohead dan tak ketinggalan R.E.M.

Pengaruh-pengaruh atau gabungan muzik yang aku katakan diatas dapat didengar pada 2 track terakhir "I am the Resurrection" dan "Fools Gold". Dengarkan gitar lick yang rosak dan kreatif dari J.Squire, bassline yang simple tapi melekat dan drumming yang outstandding dicampurkan pula dengan bunyin bonggos, tamborin, perkusi memang jahat. Try this. 

Tuesday, April 30, 2013

Tool's Undertow



Ntah kenapa aku boleh sangkut ngan Tool ni. Banyak orang tanye "Tool? ko minat Tool? band lembik yang bosan tu? dengarlah Sodom ke Arc Enemy ke, Kreator ke? Slayer ke Maiden ke barulah truuuu". heh aku biasanya tersenyum sinis saje. Ye Tool tak laju macam band yang disebutkan tadi tapi cuma ape yang aku boleh kata ianya band yang "berat" sebab agak sukar untuk hadam dengan muzik bawaan  mereka.  Kalau nak senang muzik Tool boleh dikategori kan sebagai progressive metal. Muzik Tool ni agak kompleks sebenarnya, dengan flow nye yang agak dramatik dengan turun naik mood lagunya. Tool berbeza ngan Dream Theater (kalau ambil contoh genre progressive metal la) yang mana DT banyak solo drums, gitar, bass n keyboard dan lagunya turun naik ikut lirik lagu mereka tapi muzik Tool hanya cukup-cukup untuk lagu tu saja. Tak lebih tak kurang.

Undertow merupakan debut pertama selepas EP "Oppiate". Album yang melonjakkan nama mereka ke persada muzik metal dunia dan kini telah berusia 20 tahun selepas dirilis pada April 1993. Lagu-lagu seperti Prison Sex dan Sober merupakan lagu market mereka tapi banyak lagi lagu yang bagus dalam album ni antaranya, Intolerance, Crawl Away, Swamp Song, Flood dan Undertow. Suara vocalist, Kenan memang sedap dan terbaik. Aku admire sangat ngan suara dia coz dia pandai mainkan teknik vokal dengan mood melodi dan jadikan lagu Tool begitu dramatik dan beremosi. Cuba dengar Sober korang tau maksud aku. Sound album ni memang berat, padu, melekat dan tepat. Kombinasi yang baik dari Adam Jones, Paul d'Amour dan Danny Carey.

Pada aku album ni antara yang seronok dan mencabar untuk dilayan dan pada sape-sape yang nak try kelainan aku rekomen la album ni. Masa memula dulu aku beli memang menyumpah la haha susah betul nak hadam tapi lepas lama-lama jadi minat dan jadi favourite band pulak. Dan ada jugak orang kata bukan calang-calang orang dengar Tool cuma yang betul-betul passionate ngan art+muzik je boleh layan hahaha ade-ade saje. Oklah Sape -sape yang minat band progressive 70;s cam Rush ke, King Crimson ke, ELP ke mesti takde masalah kot cuma bezanya sound dia jadi lebih tebal, berat dan jahat serta kejam.

Saturday, March 9, 2013

Pixies : Surfer Rosa/Come On Pilgrim





Mengenali album ini adalah disebabkan oleh producer/engineernye; Steve Albini yang mana ianya banyak disebutkan oleh Kurt Cobain dalam mempengaruhi beliau dalam hala tuju "sound" album studio terakhir Nirvana : In Utero. Tapi Pixies juga merupakan pengaruh terbesar dalam membentuk lagu-lagu Nirvana khususnya ketika era Nevermind. Sufer Rosa merupakan album klasik Pixies. Melalui album ini telah melonjakkan nama mereka sebaris dengan lagenda muzik alternative ketika itu,REM. Album yang menggunakan format tenang pada versenya dan loud/heavy pada chorusnya dan terus naik hingga ke klimaks. Kekuatan album ini selain dari lagu yang simple juga terletak pada bunyi yang rawer, rougher dan lebih jujur selain lebih rock dan sedikit pop (pada melodinya).Antara tracks yang menarik dalam album ini "Gigantic", "Where is My Mind", Cactus", dan "River Eupharates" dan "I'm Amazed" Album yang diterbitkan oleh Steve Albini (Big Black) ini menjadi blue print dalam teknik rakaman album dalam sejarah muzik dunia sebaris dengan Phil Spector yang terkenal dengan teknik "wall of sound". Cd ini merupakan gabungan album Surfer Rosa dan Come on Pilgrim yang merupakan EP terawal mereka. Pada peminat alternative rock tak sah kalau tak ada album ni.Try this!



Payung Teduh : Dunia Batas




Selepas Efek Rumah Kaca, aku telah jatuh cinta dengan band ini, Payung Teduh; sebuah band yang menyenangkan dan menteramkan muziknya. Mungkin boleh dilabelkan sebangai pop, folk, akustik, keroncong & jazz. Thanks to brader faizal for recommended this "berlian" to me ;) . Album ini memang santai dan rileks. Gabungan elemen muzik akar indonesia; keroncong dan jazz digarap sempurna oleh Payung Teduh menjadikan muzik mereka mudah dicerna dan menarik dan kompleks. Tak perlu risau dan lemas ianya sesuai dilayan ketika memandu sambil menikmati matahari terbenam, merenung dan mengira bintang di langit biru malah ketika bangkit dari tidur dan memandu mahupun berjalan ke pejabat.Lirik yang simple, mudah dan melekat dengan alunan melodi vokal "jantan" yang dibaluti emosi amat terasa vibenye kedalam hati dan kepala.. Sesuatu yang patut dicuba!

Sunday, August 26, 2012

Foo Fighters : Wasting Light




1) DVD FF back and Forth, Tshirt WL, cd & Dave Grohl biography


2) inlay, booklet, cd & piece of master tape

Wasting Light album studio ke-7 Foo Fighters membawa pendengar seperti kembali kepada zaman awal kemunculan Foo Fighters ; debut 1995 self-titled Foo Fighters & landmark The Colours and The Shape dari segi sound energetik dan attitude "punk-rawk"nya. Dirakam secara analog (ye analog) di garaj rumah dave Grohl bersama penerbit lagenda; Bucth Vig. Dengan kemasukan semula gitaris Pat Smear menjadikan sound FF lebih besar & loud.

Album ini mempunyai pengaruh dari 70's rock-metal-punk hinggalah ke alternatif rock. Ada bauan Ledd Zepp pada "Rope", Motorhead pada "White Limo" & FF's own sound pada "Walk" & "These Day".  Boleh dirasai Dave Grohl benar-benar meletakkan "jiwa"nya disebalik bait-bait lirik & lontaran vokalnya pada rilisan ini. Album ini istimewa kerana ianya :

1. menampilkan Bob Mould (Husker Du) berduet di dalam lagu "Dear Rosemary". (para peminat hardcore mesti tahu siapa Bob Mould).
2. menampilkan Krist Novoselic (ex-Nirvana) bermain akordian & bass didalam lagu "I Should Have Known" (rindu pada sound bassnya hehe)
3. penyatuan semula Butch Vig bersama ahli ex-Nirvana; Dave grohl, Krist Novoselic yang kali terakhir mereka bersama ketika sesi rakaman Nirvana-"Nevermind".
4. kemasukan semula Pat Smear ke dalam FF yang mana beliau merupakan individu penting yang menjadikan sound FF lebih "jahat".

"I Should Have Known" merupakan klimaks album ini. Lagu ini merupakan tribute Dave Grohl kepada Kurt Cobain dan kisah silam sepanjang bersama mendiang. Keseluruhannya album yang menarik untuk dilayan dari tracks pertama hinggalah terakhir tanpa menekan butang "skip" & pastikan ianya dipasang pada maximum volume heh!.

p/s : setiap pembelian album ini (imported) disertakan cebisan master tape sebagai cenderahati ;) (tengok gambar terakhir)





**video the making ni terkandung dalam DVD back and Forth yang akan direview nanti

Saturday, August 25, 2012

Siouxsie and The Banshees- The Scream


Setelah menempa nama dan fanbase yang kuat akhirnya Siouxsie and The Banshees merakamkan album pertama berjudul "The Scream" dibawah label Polydor. Dengan kejayaan singles pertama "Hong Kong Garden" yang mendapat sambutan memberangsangkan Siouxsie and The Banshees meletakkan album ini antara album terpenting dalam sejarah muzik amnya & Punk khususnya . Dianggotai oleh Siouxsie Sioux-vokal, John Mckay-gitar/saxophone, Steven Severin-bass & Kenny Morris-drums.


Album ini energy dia lain macam skit..dimulakan dengan tracks "Pure" bunyinya agak creepy memberi dimensi baru muzik gothik yang ketika itu mungkin masih teramat baru (walaupun mereka memainkan muzik post-punk). Permainan gitar John Mckay menjadi rujukan pemuzik baru selepas mereka. Sebagai contoh dengarkan lagu "Carcass", "Mirage" & "Metal Postcard (mittageisen)" riffnya seperti gabungan Velvet Underground bertemu Jefferson Airplane.  Vokal Siouxsie agak unik dan penuh karismatik. Mungkin ada pengaruh Bowie sedikit jika diamati tapi lebih energetik.

   

Album klasik ini boleh dijadikan rujukan pada peminat yang baru hendak berjinak dengan muzik Gothik dan  Seattle kerana album & band ini merupakan akar dan asas muzik tersebut. Yang nak try mempelbagaikan genre muzik korang pon boleh dengar album ni. Rekomended.


Friday, August 24, 2012

Kill Rock Star


Kill Rock Star merupakan kompilasi yang terdiri dari pelbagai artis dari Olympia, Washington & yang pernah perform di International Indie Pop Convention pada 1991. Diterbitkan oleh label Kill Rock Star yang dimiliki oleh Slim Moon sehingga 2006 dan kini diambil alih oleh Ian Mckaye (Minor Threat/Fugazi) kalau tak silap. Artist yang terlibat dari pelbagai genre seperti indie pop, indie rock, riot grrl,  abrasive punk, post punk, hardcore punk, noise rock, grunge & underground act terbaik ketika itu di Washington.


Antara barisan band yang terlibat dalam kompilasi ini terdiri dari band-band legend seperti Bratmobile, Bikini Kill, Heaven to Betsy, 7 year Bitch, Unwound, Mecca Narrow, Melvins, Courtney Love (band eh bukan balu K.Cobain), Fitz of Depression, jad Fair, Kicking Giant, Witchy Poo, Steve Fisk, Infamous managerie, Kreviss,Some Velvet Sidewalk & The Nation of Ulysses.



Album ini juga melibatkan Nirvana (favourite band aku) dengan mengetengahkan lagu "Beeswax". Lagu ini kemudian dimuatkan pada kompilasi Nirvana-Incesticide yang merupakan kompilasi rarities & b-side yang telah dikeluarkan pada 1992 melalui Geffen Records. Pada sesiapa penggemar scene underground amerika khasnya & Seattle scene amnya album ini perlu ada dalam simpanan kerana ianya menunjukkan salah satu susurgalur muzik Seattle.



Thursday, August 23, 2012

Butterfingers : Malayneum


Ini merupan album ke_4 Butterfingers setelah membina reputasi sebagai band inggeris tempatan terbaik dengan menghasilkan benchmark album seperti 1.2 miligrams, Butter worth Pushful & Trancendence. Namun Malayneum merupakan satu lagi landmark album dalam scene muzik tempatan. Album ini lebih asli, original dan minimal .

Album ini dianggap sebagai album "bunuh diri" kerana tiada lagi jeritan vokal ala-Cobain oleh Emmet seperti 3 album terawal kuat dengan bauan seattle music nya, grungy tunes, padat dengan resonant feedback & amarahnya. Ini album rock yang matang dan advance dari segi penulisan lagu, susunan muzik, serta lirik yang luas dan dewasa serta skill permainan yang tinggi.



Gaya penyampaian vokal Emmet lebih rileks & jelas berbanding sebelum ini. Kini beliau benar-benar "menyanyi" dari "menjerit". Album ini menyerlahkan tahap permainan mereka. Jika diamati permainan mereka agak teknikal, kemas & minimal. Minimal dari segi sound gitar dan solo yang hanya cukup-cukup untuk lagu, tiada lagi meleret-meleret dengan sound effect yang mengarut.

Bass dan drums memang betul-betul melekat. Goove dia memang menyerlah di keseluruhan album. lebih banyak solo bass & trick drums yang menarik dari Loko. Ditambah pula dengan permainan programming/sample oleh Azmir menambah perisa arah tuju muzik Butterfingers. Selain itu album ini lebih kuat bauan folknya dengan menyelitkan elemen akustik pada lagu seperti "Pretty Rain" & "Mating Season".



 Jika diamati album ini mengambil pengaruh kuat karya seniman Tan Sri P.ramlee; "Tuah". Ianya dapat didengar melalui tracks pertama; "Malayneum" intronya meminjam melodi ketika scene Melor memanggil Tuah. Begitu juga tacks "Pacific" yang mana scene ketika Tuah & rakan-rakan melawan lanun ketika kecil. 

Pada aku ini merupakan karya terbaik mereka & aku sangat-sangat menggemarinya. Walaupun mereka tak sekerasseperti karya awal mereka namum album ini lebih berat berbanding album sebelum ini. Album yang ke"depan".  





Saturday, May 5, 2012

Singles OST




Sapa kaki movie mesti tau filem ni kan. Singles antara sebuah filem paling hot era 90-an especially pada peminat Seattle Scene. Diarahkan oleh Cameron Crowe  bergenre komedi romantik menamplkan Bridget Fonda & Matt Dillon ini berkisar komedi romantik yang menjadikan Seattle sebagai latar belakang filem ini. Tapi aku bukan nak cerita pasal filem tu tapi soundtracks dia.

OST ini menampilkan nama-nama besar dari Seattle scene seperti Soundgarden, Alice In Chains, Mudhoney, Pearl Jam, Screaming Trees, Mother Love Bone. Tak ketinggalan juga otai Seattle The Jimi Hendrix Experience & The Love Mongers serta Chris Cornell, Smashing Pumkin & Paul Westerberg ex-The Replacement Bila tengok saja barisan lagu -lagu & artis pada soundtrack ini sememangnya filem & OST Singles ini memperkenalkan, meluaskan & menaikkan lagi "Seattle Scene" di media arus perdana terutamanya dari muziknya.

Pada sesiapa yang nak kenal band-band & muzik Seattle tu cam ner, album ini amat direkomanded. Selain itu kalau tengok filem ni ianya menampilkan Pearl Jam, Alice in Chains & Soundgarden sebagai cameo. Tapi aku lebih sukakan soundtracksnya berbanding filemnya. Hehe sebab aku kenal soundtracks nya dulu baru tengok filemnya. Pada aku filemnya biasa-biasa saje.