Masih lagi mood Seattle band/music, kali ni nak cerita pulak pasal Mudhoney, antara pelopor awal Seattle sound.Ini merupakan salah satu album klasik Seattle; Superfuzz Bigmuff pada asalnya diterbitkan pada 1988 di bawah label Sub Pop (label bebas yang terkenal di Seattle). Asalnya Ep ini mengandungi 6 buah lagu namun Sub Pop meriliskan semua pada 1990 dengan menambah beberapa tracks dari singles terawal mereka.
Mengambil nama dari distortion pedal lagenda boleh digambarkan sound keseluruhan album ini. Sarat dengan distortion, noise, resonant feedback yang mana ianya menjadi trademark bagi Mudhoney. Namun ianya tetap bermelodi. Gabungan riff metal, hard rock, garage sound & punk dari Steve Turner & Mark Arm membuatkan lagu-lagu Mudhoney pelbagai rasa & wajah. Berada ditengah-tengah antara metal & punk..
Dengarkan saja tracks pembukaan "Touch Me I"m Sick" & "In N' Out Of Grace" pasti akan terasa hendak bermoshing & stage diving. Sila beri perhatian pada permaianan drums Dan Peters yang sungguh energetik & gila.Dan Peters merupakan senjata rahsia Mudhoney, sebab tu Kurt Cobain jemput dia jadi sessionist sebelum berjumpa Dave Grohl kerana tertarik dengan gaya permainan beliau yang agresif..
Untuk riff & sound yang berat boleh try tracks seperti "If I Think", "Burn It Clean" & "Chain That Door" walaupon tak seberat riff metal sebenar tapi nya lebih dekat kepada sound "sludgy" Black Sabbath (memang pengaruh Black Sabbath kuat dalam album ni). Permainan & sound bass Matt Lukin memang kena pada lagu-lagu tersebut.
Mungkin pada yang pertama kali mendengar Mudhoney rasa seperti nak menghempas saja album ini kerana ianya agak bising & bingit serta serabut. Namun jika diteliti & diamati album ini amat menarik untuk dilayan. Itu pengalaman pertama aku mendengar Mudhoney haha. Walaupon aku peminat tegar muzik seattle namum mereka agak lambat untuk dihadam tapi selepas dah dapat tune nya, sound mereka adalah "sound asli" muzik seattle. Rekomended untuk di cuba :)
2 comments:
well , syok gak ah sound dia cateye
syok kasi layan eh
Post a Comment