Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Friday, August 22, 2008

Koleksi : T-shirt Band Jul-Aug

Ok tak nak citer banyak hehehe layan gambor aje eh. Kat bawah ni koleksi terbaru t-shirt band yang aku dapat semasa menghabiskan masa merayau2 di bundle2 sekitar Klang, Shah Alam , Petaling Jaya, & Nilai. Haha sambil2 balik keje tu sambil2 survey2 tshirt eh.

Ni t-shirt Suicidal Tendencies (S.T / Suicidal) band heavy metal / hardcore punk US. Tak kenal?? old-timer dorang ni. Kalau tak silap t-shirt ni masa era 1991 masa tu dorang buat tour ngan Metallica. Band lama Robert Trujillo (1989-1996), dulu dia guna nama Stymee. Album paling top album "Light..Camera..Revolution!" 1990.

Ni pulak NOFX band punk rock dari LA, California. T-shirt atas tu logo masa dorang memperjuangkan berfahaman "Anarko" (Anarchy), tengok kat huruf "O" tu. NOFX pernah datang Malaysia Feb 2008 lepas tapi aku tak pergi lah pulak..Ermm melepas huhuhu. Lagu2 dorang pon best2 album paling top "Punk in Dublin" 1994. Aku kenal ngan muzik dorang masa beli album kompilasi "Punk-O-Rama vol.1"

Silverchair pulak 3 piece band Alternatif Rock dari Ostolia, sama macam ACDC. T-shirst ni official merch tour Australia 1995 sempena kelahiran 1st debut album "Frogstomp" yang proses menyiapkan album ni hanya memakan masa selama 9 hari. Pastu "boom" meletup album ni. Pada masa tu dorang baru berumur 15 tahun.Kecik2 dah top around the world eh.

Sape tak kenal Dream Theater kan, band progressive metal yang terkenal di dunia. T-shirt ni dikeluarkan sempena European Tour 1995 album "Awake". Berbaloi dapat t-shirt tour cam ni eh, aku suka sebab ianya takkan ada re-print balik. Kira vintage & rare la gitu.

T-shirt The Offspring ni official merch sempena kelahiran album "Smash" yang meletup pada tahun 1994 dibawah label Sony music selepas berhijrah dari label indiependent, Epitaph. T-shirt ni long sleeve eh & jarang aku jumpa kat bundle2 t-shirt long sleeve cam ni.

Jane's Addiction merupakan band yang berorientasikan punk, heavy metal, goth rock & pyschedelic rock yang ditubuhkan pada 1985. Unik gak muzik dorang ni pada aku. Tshirt ni memang jarang aku nampak orang miliki. Mungkin tak sepopular band2 lain tapi pada aku dorang tetap tersendiri. Flea Red Hot Chili Peppers pon pernah joined dorang. Cuba2 lah cari album dorang.

Detroit Rock City sape tak kenal lagu tu eh. Antara lagu KISS yang evergreen & paling best. T-shirt sempena world tour 1996-97 dikeluarkan dibawah label KISS ARMY. Belakang dia ada tulis motto KISS - I wanted the best, I got the Best. Aku dapat macam baru lagi baju ni. Saiz XL tapi aku dah kecikkan.
Tu jelah buat masa ni, tak seberapa rare pon t-hirt2 tu hehehe tapi dah minat nak wat cam ner hahaha. Ok see ya

Saturday, May 10, 2008

Eksperimentasi Fotografi pt 2

Lama aku tak update blog aku ni. Yela sibuk sangat dengan keje opis yang melambak ni. Hu hu kesian aku eh. Takpe pelan2 eh.

Ok aku nak citer eksperimentasi fotografi yg tak lagi radikal dari aku ni. Lama tak petik2 gambor, so layan je lah hasil terbaru yang baru siap cuci ( aku pakai kamera slr tau ).

Gambor ni aku amik tym tu pukul 0400 am tau. Ntah camner aku boleh terjaga pepagi bute, so tak tau nak buat ape aku snap ar gambor pokok ni.Aku snap dari tingkap bilik aku jer hehehe. Nak kuar seram ar tepi umah aku ni ada umah tinggal ekeke. Silap2 kang tersnap objek lain plak.

Ni pulak bunga2 kesayangan mak aku. Dia jaga betul bunga2 tu. Kadang2 aku jadi mangsa soh siram bunga2 dia tuh ekeke. Yang ni pon sebelah bilik aku, tym ni aku nak gi keje aku snap dulu.

Ni bunga ape eh..aku tanye mak aku pon dia tak tau. Pastu aku tanyer balik klu tak tau nama bunga apsal tanam? sebab cantik la mak tanam. hehe simple aje jawap nyer. Ni dlm kol 0700 am tapi belum kembang penuh la bunga dia.

Masa snap ni aku tengah explore teknik aperture & exposure. Ermm klu nengok dari hasilnyer tak brape jadi ar..kene bukak kitab la ni..huhuhu..tapi still dapat gak ape yang aku harapkan walaupon tak fully 100% sebagaimana yang aku imagine.

Yang pulak masa aku gi Tapah town, perak. Kadang aku suke gak gi merayau klu off day. Aku suke gi pekan2 lama ni sebab suasana dia klasik. Bangunan dia, kedai2, stesen bas/teksi, pejabat pos etc sume old skool.

Ok lah nanti lain kali aku post plak gambar2 lain. Nak cari ilmu lagi ar pasal foto shot nie especially for slr camera.. jeles je nengok gambar2 yang cantik kat sleeve album / mag especially mag National Geographic. Best2 gambor dia eh. Next assigment aku nak beli filem hitam putih pulak nak amik gambar cam ross halfin & charles peterson ekeke.

Friday, April 18, 2008

Eksperimentasi Fotografi

Ramai orang suka nengok gambar kan. Tak kira la gambar ape pon pandangan setiap individu tu lain kan. Ada cerita, motif, feel, passion tersendiri kan bile kita nengok sesuatu gambar tu kan.

Kat bawah ni antara gambar pertama yang aku snap. Kire tym nie aku baru je nak jinak2 dunia tembak2 gambar ni. Aku snap gambar ni guna 2nd hand kamera Canon EOS 500N ( kire aku pey first baby ar ) yang aku beli kat Cash Converter.

Aku minat tembak2 gambar ni cume tak blajar abis lagi la. Aku pon blajar selftough jer. Nengok buku, tenet & tanyer2 org. Dan kawan aku sorang dak Singapore tu pon pengaruh aku ngan hobi nie. Hahaha thanx ye Enchek Hairi.

Nilah antara hasil ekperimentasi fotografik yang belum radikal lagi dari aku :

Peacefull jer nengok gambar ni kan..ni aku tembak kat Pantai Kelanang, Banting. Ni pondok nelayan / fisherman ni. Syok oo ni tempat.

Aku suke nengok gambar pokok bakau ni..nampak misterious la cam org kene sumpah siot. Aku ingat klu malam jumaat kliwon mesti tukar jadi hantu kot.. hahaha dongeng aku je tuh.

Nampak warm gambar nie..aku suke tone dia..not bad eh hehehe amatur beb ( perasan plak aku ni)

Ni plak kat Stesen komuter, Klang kat jalan nak gi Istana Diraja Klang. Slalu klu nak g memana klu aku malas nak drive sendiri aku naik train kat sini aje.

Tulah antara eksperimentasi fotografi yang tak berapa radikal dari aku. Dan aku still lagi blajar teknik2 fotografi radikal ni. Hobi yang aku rasa peacefull sangat. Keep it Up !