Showing posts with label apa-apa aje. Show all posts
Showing posts with label apa-apa aje. Show all posts

Tuesday, September 29, 2015

The Best of The Beast


"Kau dan aku..sudah ditakdirkan bertemu
Dan tiba-tiba kita jatuh cinta"

Hahaha tak bley blah tetiba nyanyi lagu Spring kihkihkih...tapi ok kot sebab dari kaset ni aku jatuh cinta ngan IM hahahaha... kuat sentimental value kaset ni.. kumpul duit blanje sekolah (klise kan ayat hahaha) ..2 minggu.. cukup duit...balik sekolah singgah kedai Ooi Say Man kat pekan Banting. Balik umah pasang kat walkman...baca lirik sambil tgk kamus...hahaha memori la. Satu2nya kaset IM yang aku ade..elok lagi...x de fungus. Cerita lama hampir 20 tahun.

Friday, September 25, 2015

Oh berpaling


Ok citer dah basi...kihkihkih..semua dah review kan..so malas nak citer.. ;)

*p/s : adakah aku termasuk dalam kategori giler format ?

Sunday, August 4, 2013

bye bye july



birthdaynye hadiah..sangat-sangat suke


31 julai lepas adalah hari besar aku..alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk bernafas dan memperbaiki diri kearah yang lebih baik..a zillion thanks to all friends new and old, adik beradik, anak-anak buah yang comel dan mak dan abah yang sentiasa support anaknya yang nakal ni hahaha... mak cakap.."kau lahir masa tu nak raya..2 hari nak raya tak silap..kelam kabut bapak kau carik mak bidan..kayuh beskal arwah atuk".. haha tersentuh dengar la mak nye cerita. Pada yang wish dan bagi present tu...hohohoho aku suka sangat-sangat hadiah tu..sayang korang semua... rasanya besday ni la paling banyak hadiah.. ;p

So selain happy dapat present tu.. banyak jugak yang best during July dan Ogos ni antaranya :

1- Universal music dah confirm akan released Nirvana-In Utero nye 20th anniversary isssue. Ohhhhhhh aku suka giler la bila dapat tau berita ni..memula dulu cuma rumours je.. >>link sini<< memang ohsemmm byk rare contenst dvd semua..tak tahan super deluxe nyer edition... 3cd +1 dvd . Hopefully ade versi Albini nyer original mix..i wish la kan..sebab versi tu la Geffen reject dan suruh Nirvana rakam balik album tu...dan ade tshirt macam Nevermind tuari..aku pun dah berkira-kira budget hahaha.. ikat perut.. raya tetap macam biasa cuma cut budget skit untuk aku..apedehal..bujang kan.

2- Banyak giler konsert bulan depan, The Good Vibes Festival -17th..line up? The Smashing Pumpkins (ohhh yeahhh walaupon tinggal Billy sorang jer), Ash (wohoooooo this band memang down memorylane la..the most band yang aku suka dan membesar dengan lagu-lagu dorang masa memula belajar gitar) dan Modest Mouse (ni lagi tak jangka organiser bawak dorang masuk...phewww) memang berbaloi... ni aku pegi. Pastu Linkin Park-19th..sempena world tour dorang..main kat Bukit jalil..yang ni maybe aku skip kot huhuhu sorry LP..sad but true. Then Metallica-21st..yang ni memang dah kecoh kan.. rata-rata blogger semua citer pasal ni kan kan kan..suka baca blog yang citer pasal ni..excited giler gitu..ade yang frust pon ade..yelahkan short notice..tau tau kedebukkkk dorang turun sini..dengan raya lagi kn..so budget ketat kot.. yang ni pon aku gi..

3-dah dengar album-album yang tertangguh, antaranya Soundgarden King Animal-ni kira macam kat tengah-tengah..antara sound SG yang lama dengan new sound mungkin dekat dengan Down The Upside nye sound. Alice In Chains-The Devil Put Dinasour Here ni still AIC nyer sound..cuma lebih stonner...susah nak dengar mood macam "Man in The Box'' dan "Dam The River" mahupon '"Would" dan last The Smashing Pumpkins Ocenia-kira ok pe? aku suka sangat album baru SP ni..sound dia advance dari 3 album awal..mungkin agak loose skit..but very nice..line up baru ni pon boleh tahan..aku rasa lagi teknikal kot cara permainan dorang.

4-Ok ni pun dah ujung-ujung puasa kan..mesti time ni tengah sibuk-sibuk buat persiapan raye kan..so yang berbelanja tu..beringat ingat skit.. kawal budget korang..yang mungkin balik kg..bawak kenderaan sendiri tu..hati-hati memandu..yang naik public transport..jangan lupa baca doa naik kenderaan...tiket pastikan jangan tertinggal pulak..dan tak lupa zakat fitrah..sempat lagi ni.

k dah tu aje..hahaha dah membebel pulak aku ni.

Monday, May 13, 2013

Monday, April 22, 2013

Monday Madness : tool


Happy 20th anniversary "Undertow". I really like this album and the band, Tool \m/.

Tuesday, March 19, 2013

lorr ade kat sini rupanyeee




ada yang dah baca, ada yang belum baca, ada yang di selak-selak aje, ada yang di belek-belek aje, ada yang khatam dua kali, ada yang khatam sekali, ada yang khatam separuh, ade yang balut plastik lagi, ade yang dah lunyai, ade yang tebal, ada yang nipis ada-ada aje kih5.

**kemas-kemas tuari lupa pernah beli buku-buku tu ;)..ada lagi nih tengah selongkar lagi sebab nak buat rak special untuk buku-buku. tulah letak sepah-sepah.



Thursday, January 24, 2013

seattle #1


Bila la bos nak "posting" aku kat sini? heh. Aku doa boss dapat la projekt tu huhuhu. kasi lobi baik punye boss. oh seattle!

Saturday, January 12, 2013

alive

Heh dear blogger fren, ape khabar..haha sekian lamanya baru nak meng-updated blog ni. Agak struggle juga sekarang, macam-macam benda nak kasi selesai. Anyway memang dah lambat pon nk wish "welcome 2013" keh5. Since kerja asyik kena posting merata tempat dengan pelbagai cabaran & "task" kerja yang agak mencabar ia banyak membantu aku belajar erti "survival" sebenar.

Kena belajar dari start dari 0 balik. Walaupon penat (kena uruskan sendiri) tapi ianya amat berbaloi. Semua itu ilmu. Belajar erti sabar, cekal, berdikari, berkomunikasi, belajar mengenali kehidupan (cara hidup, sosial, budaya, masalah isu setempat,  makanan, adat resam, kerpecayaan agama & politik ---->haha).

Bila aku dah hadapi semua benda-benda tu rasa syukur sangat-sangat dengan kehidupan aku, Rupanya ada lagi orang yang susah lagi susah, lagi cekal, lagi kental, lagi "lasak", lagi struggle, lagi keras jiwa dorang untuk mencari sesuap nasi. Ya rezeki Allah tu ada dimana-mana saja, yang penting usaha, doa & tawakal; "Man jadda wajada". Aku memang respect kat manusia-manusia itu walaupun rezeki mereka hanya cukup-cukup makan tpi wajah kegembiraan tidak pernah lekang dari raut wajah mereka, Mungkin itulah yang dikatakan rezeki & kehidupan yang berkat dariNya.

;) 



Thursday, August 23, 2012

Garbage



Kalau tak kenangkan raya maunye aku turun tengok dorang kat Fort Canning Park, SG 21 Ogos lepas...antara favourite band aku ni heh! Shirley Manson still hot macam dulu :) setlist pun best..kira semua complete ah..

Setlist Fort Canning Park,Spore :
1. Supervixen
2. I Think I’m Paranoid
3. Shut Your Mouth
4. Metal Heart
5. Stupid Girl
6. Queer
7. Why Do You Love Me
8. Control
9. #1 Crush
10. Cherry Lips (Go Baby Go!)
11. Blood For Poppies
12. Special
13. Big Bright World
14. Milk
15. Battle In Me
16. Push It
17. Only Happy When It Rains

Encore:
18. Automatic Systematic Habit
19. Not Your Kind of People
20. Vow

Tuesday, August 21, 2012

3 Syawal

dah masuk hari ke-3 raya, memang tahun ni feel dia lain macam sebabnya terasa vibe balik kg setelah 3 bulan ada projek di Sabah & Sarawak. haha baru rasa penangan lagu balik kg tu heh! ANyway nanti (aku tak janji bila) kang aku update pasal travel aku di Sabah & Sarawak hehe insyallah minggu depan dah nak posting ke kedah pulak..Selamat bergembira di hari lebaran :)

Sunday, March 25, 2012

Check lIst

Aloha takde apa sangat nak citer heh cuma next month; April banyak pulak konsert best. Harap-harap dapat pergi salah satu konsert-konsert tu. Hahaha Tapi budget ketat skit bulan depan. Banyak priority nak kena settle kan dulu. At least ada sapa-sapa yang nak support silakan. heh!!
1) The Cranberries -4 Apr 2012 - Std Negara 2) Cromok - Reunion Trashing KL - - 8 Apr 2012 3) Marky Ramones Blitzkerieg - Std Bukit Jalil - 28 Apr 2012 2) KL Metal Camp 5 - 29 Apr 2012
Tengok nanti cam ner bla bla bla bla..

Friday, February 24, 2012

rmmmmm errrkkkkkkk hurrrrrrkkkkk

Foo Fighters CANCELLED!!! :(

sumber : asiaone
.
.
.
.
.
.
.
gigit pen dengan penuh perasaan grrrr hahahahaha

Sunday, February 19, 2012

Warna Ungu Warna Janda

Sebenarnya takde apa sangat nak cerita, cuma ada beberapa perkara yang saja nak kongsi:

1- Insyallah mak & abah bulan 6 ni pergi umrah. Alhamdulillah termakbul doa aku nak tengok mak & abah gi tanah suci Mekah. Terima kasih Ya Allah. Thanks to kak Ngah & bang Ngah yang support duit tambang. Aku & adik beradik lain support perbelanjaan lain2. Insyallah moga-moga tahun depan naik haji pulak. Amin.

2- Preparation to Singopore for Dave grohl & company's concert-Foo Fighters. Next week errr next 2 weeks sebenornya ha ha ha. Maybe aku gerak solo, redah jer. Member2 yang berkobar2 dulu tu tak jadi pergi pulak. Passport OK, tiket OK, transport tak confirm lagi nak naik bas/train.

3- Baru habis buku Phil Spector : The Rise & Fall The Wall of Sounds. Lepas ni start Dave Grohl Story pulak haha kasi warm up sikit, dan buku-buku yang menunggu "Q" untuk di baca Micheal Stipe biografi, Taking Punk To The Masses : From Nowhere to Nevermind & Hafalan Shalat Delisa.

4- Foo fighters menang 5 awards kat Grammy baru2 ni untuk album Wasting Lights (Best Rock Album, Best Rock Performance, Best Rock Song, Best Hard Rock/Metal Performance & Best Long Form Music). Tahniah. Lagi projek Dave Grohl; Sound City filem pertama arahan Dave Grohl & mungkin akan menyusul album baru (soundtracks) bersama producer Butch Vig (lagi).

5- "Assignment" still berjalan walaupon agak perlahan; still dalam proses menulis & memilih & menyusun bahan tugasan. Haha agak bercelaru sikit tentang arah tuju sebab macam2 idea berputar dikotak fikiran aku ni. Harap2 tahun ni dapat keluarkan satu :)

Friday, January 13, 2012

mesej dari Mr. Yong Tau Foo

Tengahari tadi dapat mesej dari someone yang menggelarkan dirinya mr. Yong Tau FOO, bunyinya cenggini :

"... cat eye, foo fighters 2 march kat PADANG. Dorang release 20,000 tiket dulu tapi boleh fit 50k crowd. Tiket 138. Only asia show selain jepun.Smalam news ff konfem spore 3hr show. Fyi kalo ko tak tahu."

Whoaaaaaaa...aku pon punya la yippie melompat kat opis tadi. Tersenyum lebar aku sampai member aku pelik. Ko ni dah knape? kena loteri ker dol??. "Tak, ko tgk ni ha FOO FIGHTERS turun spore la..". Yeah yeah yeah ini memang dreams come true. Dah lama aku angan2 nak tengok FF live depan mata. Ini band aku follow dari awal hingga sekarang. Tak dapat tengok NIRVANA (R.I.P) dapat tgk former line up Dave Grohl & Pat Smear pon jadilah.

Macam tak percaya, balik check kat FB ramai dah "tag", bukak web FF memang konfem, bukak sistic absolutely konfem. Tengah berkira2 budget ( tix bus, tix show & misc ) ingat ujung bulan ni baru dapat beli tiket. Dah ada 2 member nak join sekali. Insyallah moga dipermudahkan urusan. AMIN.

Terim kasih mr Yong Tau FOO kerana menceriakan hari ku dengan sms mu ha5.