Ini merupan album ke_4 Butterfingers setelah membina reputasi sebagai band inggeris tempatan terbaik dengan menghasilkan benchmark album seperti 1.2 miligrams, Butter worth Pushful & Trancendence. Namun Malayneum merupakan satu lagi landmark album dalam scene muzik tempatan. Album ini lebih asli, original dan minimal .
Album ini dianggap sebagai album "bunuh diri" kerana tiada lagi jeritan vokal ala-Cobain oleh Emmet seperti 3 album terawal kuat dengan bauan seattle music nya, grungy tunes, padat dengan resonant feedback & amarahnya. Ini album rock yang matang dan advance dari segi penulisan lagu, susunan muzik, serta lirik yang luas dan dewasa serta skill permainan yang tinggi.
Gaya penyampaian vokal Emmet lebih rileks & jelas berbanding sebelum ini. Kini beliau benar-benar "menyanyi" dari "menjerit". Album ini menyerlahkan tahap permainan mereka. Jika diamati permainan mereka agak teknikal, kemas & minimal. Minimal dari segi sound gitar dan solo yang hanya cukup-cukup untuk lagu, tiada lagi meleret-meleret dengan sound effect yang mengarut.
Bass dan drums memang betul-betul melekat. Goove dia memang menyerlah di keseluruhan album. lebih banyak solo bass & trick drums yang menarik dari Loko. Ditambah pula dengan permainan programming/sample oleh Azmir menambah perisa arah tuju muzik Butterfingers. Selain itu album ini lebih kuat bauan folknya dengan menyelitkan elemen akustik pada lagu seperti "Pretty Rain" & "Mating Season".
Jika diamati album ini mengambil pengaruh kuat karya seniman Tan Sri P.ramlee; "Tuah". Ianya dapat didengar melalui tracks pertama; "Malayneum" intronya meminjam melodi ketika scene Melor memanggil Tuah. Begitu juga tacks "Pacific" yang mana scene ketika Tuah & rakan-rakan melawan lanun ketika kecil.
Pada aku ini merupakan karya terbaik mereka & aku sangat-sangat menggemarinya. Walaupun mereka tak sekerasseperti karya awal mereka namum album ini lebih berat berbanding album sebelum ini. Album yang ke"depan".
3 comments:
album ini menandakan bermulanya era pembawaan muzik psychedelic butterfingers...diteruskan dgn album melayu mereka seperti Selamat Tinggal Dunia dan Kembali
adi,
yup dorang mmg advanced..berlian
taknak jual ke cd ni bro? hehe. soalan serious ni.
Post a Comment