Thursday, January 29, 2009

LP OST Rozana...Cinta' 87

Korang ingat lagi tak citer Rozana...Cinta'87? Yer sapa yang lahir & membesar di era kegemilangan rock 80-an mesti tau citer ni kan. Last week before cuti CNY aku singgah kedai rekod2 buruk. Cari2 jumpa pulak LP ost Rozana...Cinta'87.



Cover dia kecik jer, pakai cover kaset jer. Kalau dapat full print lagi rare.



Bahagian dalam LP pon sama pakai kaset punya label. Lagu2 kat dalam OST ni :

Side A :
  1. Cinta...Berbagai Keanehan.
  2. Dendang Semasa.
  3. Gadisku.
  4. Pelangi Senja.
  5. Ku Sedari.
Side B :
  1. Cinta...Indahya Perasaan.
  2. Diari.
  3. Cinta Remaja.
  4. Carilah Pedoman Hidup.
  5. Semalam Satu Cerita.


OST ni diterbitkan oleh M.Nasir & lagu2nya pon dicipta oleh M.Nasir juga. Berkonsep Pop 80-an. Kakak aku nampak LP ni terus diambilnya dia kata dulu ada simpan kaset tu tapi dah hilang mana ntah. Kira fenomena gak la lagu2 dalam album ni kata kakak aku. Siap bawak walkman kat sekolah dengar ramai2.



Tapi cam ner nak dengar turntable tak de har har har. Ada tak sesiapa yang boleh tolong rip kan ke cd?? Sebab lagu Gadisku tu bukan versi Search tapi versi M.Nasir. Oh ye aku ada review VCD citer ni dulu. Pergi sini ; http://mata-kucing.blogspot.com/2008/03/review-filem-rozana-cinta87.html

Ray Ban Wayfarer ii*

Last 2 week balik keje aku singgah jap flea market. Tu pon dah dekat pukul 4 pm redah jer la Ujan lak tu. Round2 jumpa pulak kacamata lama ni; Ray Ban Wayfarer ii*. Aku bukanlah peminat tegar kacamata tapi bila dah jumpa wayfarer ni aku bukan main suka apatah lagi dengan harga yang cukup murah.



Ni wayfarer ii model lama sekitar tahun akhir 1980-an (tak sure sangat). Bingkai tortise (betulker aku eja ni) kaler cam kayu2/batu2 skit.



Bahagian tepi ada ribet Ray Ban.



Bahagian dalam sebelah kanan ada tulis B&L Ray Ban USA*. Bahagian atas kanan bingkai ada no siri ; B&L 5418*. Kat besi plate tu ada punch no.5



Bahagian tepi sebelah kiri ada tulis Wayfarer ii* & ada punch no.5 kat plate.


Kat cermin ada chop B&L

Masa memula jumpa memang berkeladak Wayfarer ni. Aku ingatkan wayfarer biasa tup2 tengok Ray Ban. Apalagi grab aje. Tapi nak kene repair sebab bingkai tepi tu dah terkepak & bengkok. Agak2 sapa2 yang kaki wayfarer; rare tak model ni. Tapi segan pulak nak pakai sebab sekarang dah trendy la.

Wednesday, January 21, 2009

Selingan

Terbaca email dari sorang kawan kepada kepada kawan rasa cam menarik pulak isi email tu. Aku rasa korang pon pernah baca gak ken. Ermm takpe tak de masalah kalau dah pernah baca. Ianya tentang fungsi minda/otak manusia. Baca lah yer.

I CAN READ IT! CAN YOU?

Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna.

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

Friday, January 16, 2009

Kampung Boy : Yesterday & Today pt.3 last kopek

Sambungan dari part 1 & part 2







Satu lagi permainan yang jadi kegilaan dedulu ialah layang2 atau wau. Biasa time awal tahun tengok peralihan angin monsun. Bila musim lelayang kalau dongak atas langit confirm bersepah2 lelayang kat atas. Port? kat padang ler hahaha masing2 dengan lelayang & wau yang pelbagai design. Ada bentuk kapal terbang, burung merak, kapal layar, sotong, ketam ishh banyak ler.

Semua lawan2 sapa paling tinggi hahaha paling kejam salut tali lelayang ngan kaca..sapa tergesel memang putus ler jawabnya. Kene main jejauh.





Ni korang panggil ape eh, kalau tempat aku "meracik". Biasa ni tangkap ayam hutan atau burung wak wak. Tapi nak kene sabar ler..nyamuk pe sume tu kene tahan ler hahaha. Sekarang dah tak de dah kebun sawit dah jadi umah dah. Ermmm sayang tul.





"Polis sentri" mainan paling lasak sekali. Ganas pon yer gak sebab kalau main ni mesti baju comot2 & koyak2. Happening ah main polis sentri ni. Actually aku sebenarnya baru tau polis sentri tu sebenarnya "Police & Thief" . Tu pon lepas dengar lagu The Clash. Haha siot.



"Rounders" ni ala2 baseball la. Dulu biasa main pakai bola tenis. "Bat" (betul ker aku eja - pemukul) buat sendiri pakai kayu papan buat umah atau gi tebang pokok kat kebun belakang umah. Siap lukis2 pakai cat lagi "bat" tu. Dulu biasa main umah wak Idah.



Lagi satu permainan wajib kat sekolah rendah dulu, "Galah Panjang". Gelanggang badminton, takraw & bola tampar ler selalu jadi port. Sebelum masuk kelas jer kene seround. Time rehat kena seround. Risiko gak baju koyak keh keh keh.





Lelain tu permainan budak2 pompuan ler. Atas tu "Ting-Ting" dulu aku main gak ngan kakak2 & abang serta tak ketinggalan jiran2 pon turut joined. "Batu Seremban" pon top kalau time bulan pose. Ye la kalau nak main galah panjang ker mesti haus tekak. So Batu seremban la alternatifnya.





"Masak-masak" selalu kakak aku main & paksa aku jadi anak..citt kadang bengang jer siap curi2 amik beras, sardin, kacang panggang buat masak. Kadang jadi kadang tak. Kalau tak jadi siap korek lubang kambus barang2 tadi tapi kene pandai2 ler jangan sampai mak nampak. Kalau tak berdesing telinga.

"Congkak" dulu main kat atas tanah jer. Korek lobang pastu ambik biji getah buat buah dia. Selalu jer aku kalah kalau main congkak ni keh keh keh.



"Enjit-enjit" ni kalau susah nak tido la. Enjit punya enjit tau2 tertidur. Best kan permainan dedulu. Aku bertuah dapat merasa semua tu. Cuma budak2 sekarang dah tak rasa ke "best" an permainan dedulu. Suma dah layan PSP, X-Box etc. Ermm ruginya budak2 sekarang kan.

Layan Tengok Kasut



Sapa2 yang nak layan shoegazing show leh layan gig Mogwai kat KL Convention Centre, KL. Gig ni sempena "The Hawk Is Hawling Asia tour". All info refer kat flyers tu eh. Gerenti "terbang2" punya.

**aku agak2 lighting dia mesti best time gig ni.

Monday, January 12, 2009

Finally... Butterfingers I sesi Istana Budaya



Dah keluar dah flyers Butterfingers perform kat Istana Budaya di panggung Lambang Sari. Butterfingers dapat slot 2 hari (4 sesi). Ermm memula takut gak kene "prank" cam Man Keedal & M.Nasir.Apapon tiket pon dah jual sejak Jumaat lepas so aku pon dah call ngan Istana Budaya memang confirm, tinggal nak beli tiket jer ni .

Jadual persembahan :

Saturday

17/01/09

1996 - 2001 Unplugged

With guest band Bunkface

2:30pm - 4:00pm

RM 35 per entry

Saturday

17/01/09

Mari Hidup Kembali (Sessi Gitar Kapok)

Dengan band jemputan Hujan

8:30pm - 10:00pm

RM 35 per entry


Sunday

18/01/09

Transcendence 10-year Anniversary Rock Out

2:30pm - 4:00pm

RM 35 per entry

Sunday

18/01/09

Mari Hidup Kembali (Sessi Gitar Karan)

8:30pm - 10:00pm

RM 35 per entry

Special package price of RM 120 for all four shows


Untuk lebih info gi lawati www.butterfingers.com.my . Ni mesti pergi sebab lepas show ni Butterfingers akan "hiatus" selama 5 tahun & akan kembali pada 2014. Lama tu eh ntah2 aku nak berdua tak pon bertiga keh keh keh.

**Ermm nak gi show yang mana ni?

28 turn to 30

Sejak dalam jangkamasa nak berenti merokok ni..ermm dah setahun lebih gak ler.. badan aku semakin memboyak2 ler. Makin berisi makin boroi makin bulat. Dan sekarang aku kene save up skit nak beli seluar baru. Ermm dulu pakai saiz 28 maintain jer dari lepas sekolah & sekarang nak pakai saiz 28 lagi?? kirim salam jer lah mau tercabut butang seluar hehehe. So kene pakai saiz 30 pulak ler gamaknya. Adoiii :(

Saturday, January 10, 2009

Kampung Boy : Yesterday & Today pt.2

Ok sambungan dari komik Kampung Boy : Yesterday & Today.





Permainan dulu2 banyak eh. Ikut musim cam gambar atas tu. Kalau musim guli siaplah poket penuh ngan guli, seluar jangan cakap terlondeh jer manjang hehehe. Musim getah gelang tangan penuh ngan getah gelang. Dah macam mami jarum huhuhu.





Tapi paling best ni ler..laga biji getah ngan buat helikopter. Dulu masa abah & mak noreh getah aku selalu ikut. Aku suka kopek cebisan getah yang kat tempat torehan tu. Gumpal2 jadi bola. Macam2 saiz ada tapi bau dia busuk skit tapi paling best tu la buat helikopter.







Kat kampung aku panggil "Tolop". Di buat dari buluh ni biasa main petang2. Lepas tengok citer Combat & perang mula sorang2 bunyi siren hehehe. Bila dah bersahutan semua berkumpul main perang2 ler haha. Peluru dia pakai kertas sokabar jer basahkan dengan air gentel2 kasi bulat cam peluru.





Kondang-kondi ni pon best tapi dulu main selalu gaduh aje hahaha main tipu. Siap ada yang nangis lagi hehehe. Tapi pemukul paling best dulu abang ali la dulu. Jauh siot dia pukul.





Baling terup/kotak rokok ni pon best haha pastikan selipar yang nak buat baling tu keras punya. Kalau pakai selipar jepun tak yah ler..melayang jer lebih tapi hasil tak dak. Hanya terup/kotak rokok yang kat luar bulatan jer boleh ambik.





Lagi satu laga spider tapi aku tak rasa laga spider ni..laga semut hitam ada aku main gak. Cabut sesungut dia letak dalam kotak mancis, time battle baru kuarkan hehehe jahat kan seksa binatang jer.



Time musim gasing ni lagi happening. Kat koridor sekolah pon boleh main ermmm dalam kelas pon jadi gak layan. Paling kejam main gasing pangkah. Modal kene lebih bawak gasing spare 2,3 biji sebab kang kena pangkah pecah. Memang kejam. Tapi paling skillful letak gasing atas tapak tangan huhu aku tak buat takut tangan berlubang .



Main guli pon banyak gak cara main dia, ada main guli longkang, guli tuju & apa lagi eh.. Tu jam poket semua kembung2 kalau jalan mesti bunyi & lagi satu wajib pegang seluar takut terlondeh hahaha. Dulu siap tanam tu guli2 tu biar power hahaha.

Ok berenti dulu nanti senang sambung lagi.

Friday, January 9, 2009

Cat's-eye.. 1 tahun dude!



Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya Matakucing eh..aku pon terlupa. Tadi tengah customised kan blog ni tengok2 arini dah 1 tahun. Bermula dengan menjenguk2 blog orang lain, baca2, kutuk2, puji2 (tapi tak komen lagi) hahaha time tu kuno & jakunis lagi pasal blog ni. Pemenda la blog ni.

Pastu buka akaun bermulalah dunia blog aku. Ini post aku yang pertama. Blog ni hanya blog peribadi aku saja. Ermm aku minat menulis (kadang2) tak de niat nak jadi blogger tersohor keh keh keh tapi jujurnya blog ku dihalaman rindu (cayalah Deaf \m/) & krenmaut (Abang Ben rules!) inilah pencetus idea aku mem"blog".

Lama gak aku follow dua blog tu..dekat setahun tapi aku tak pernah post komen hehehe. Lepas dari komen pertama & berbalas2 tembakan & disusuli pula hembusan api sang Naga yang menggamatkan lagi keadaan ditambah hentaman pedang besi berat oldskol.

Selain tu berjumpa dengan geng2 bundle; xy , rpk , jambi , muor76 dan lain2 (maaf tidak tercatat..tapi aku tau sapa geng2 itu). Dan tak lupa kawan2 baru & lama; Hakimi , brader Gayour , brader Osman Tikus , berteromber , Elly , saudagar mimpi .

Dan geng jahat lain walaupon tak tersenarai jangan keci hati aku tau siapa korang. Thanks for your support, comment & rock on! \m/.

Thursday, January 8, 2009

Wake Up Call..Save Gaza


pix & info : ummum.blogspot

PENGUMUMAN! :

Aman Palestin akan mengadakan rally Rise For Gaza di Stadium Melawati Shah Alam pada 10 Jan '09 (Sabtu), 10pg. Tlg kerahkan seramai mungkin termasuk anak2 utk tunjukkan keprihatinan. Al-Jazeera TV akan buat liputan. Kalau boleh bawa placard, banner atau kain rentang in English or Malay. "Sebarkan."

Jom Shopping

So pada sesiapa yang minat koleksi barang2 branded, mewah, rare, cantik molek, cool, vintage dengan harga yang berpatutan boleh lah singgah ke kedai online. Klik kat banner tu eh.


Tuesday, January 6, 2009

Kampung Boy : Yesterday & Today pt.1



Ok post kali ni kita cita pulak pasal komik Lat. Ermm karya Lat memang best & sempoi. Amat dekat dengan persekitaran. Kalau aku baca komik2 beliau seolah2 membawa aku melayang ke zaman lampau ( masa kecik2) sebab memang realistik.



Ini adalah siri Kampun Boy yang popular giler tu. Yang ini first print punya tahun 1993. Kampung Boy Yesterday & Today. Kalau nak tau komik tu first print atau ber print2 tengok kat copyright tu. Kalau seketul jer memang sah tu lah first print. Komik ni dah di re print sampai sembilan kali sejak 1993.



Kampung Boy Yesterday & Today Lat cerita tentang zaman kanak2 beliau & perbandingan dengan zaman kanak2 sekarang. Ermm best jom kita tengok gambor2 dia eh.



Lawo kan lukisan Lat ni. Rumah ni memang rumah asal beliau. Masa tayangan kat Majalah 3 tuari ada cite pasal Lat ni. Then dia ada tunjuk umah ni. Memang sebijik.



"Dahhhh....belummmm.." permainan paling best masa kecik2 main "sorok-sorok". Sekarang ada lagi tak eh budak2 main ni. Anak sedara aku pon dah tak main hehehe sibuk ngan PSP. Tapi dulu masa kecik2 kecoh siot. Ada sorok kat dalam kolam, dalam reban, atas loteng hehehe tak de law main ni..sorok jer mana2. Tapi yang malang le sapa yang kene carik.





Ni pon rare aku sempat rasa main lumba upih pinang nie. Dulu masa umah lama ada 3 batang pokok pinang. Tiap2 kali ada upih kering jatuh jer mula kakak ngan abang aku berebut nak main. Tapi paling aku tak boleh lupa masa aku terkena tunggul kat belah punggung. tarik punya tarik tau2 terlanggar tunggul. Isshh sakit siot.





Zaman ni aku tak rasa tapi bila abah aku tengok komik ni mula la abah bercerita. Memang best tu jam. Satu kampung kumpul tengok wayang. Biasa tayang kat umah tok ketua. Ramai orang abah aku kata. Sebulan 2 kali.



Macam2 permainan ada dulu kan. Kira kreatif eh orang dulu2 . Eksploitasi alam ketahap maksimum eh. Semua permainan buat sendiri.



Zaman dulu dorang pakai apa yang ada aje. Bekal makanan pon pakai daun upih. Dulu masa mak & abah aku kecik2 setiap sorang bawak 1 hidangan then masa rehat semua kumpul ramai kongsi bekal makanan. Zaman aku merasa gak bawak bekal gi sekolah isshh nostalgia betul.





Abah aku tergelak jer bila tengok gambar ni. Tu jam memang susah nak dengar radio. Dulu masa belajar sambil dengar radio tu memang best. Hehe nampak tak gambar budak yang tukar channel radio tu?.. pernah terjadi kat abah aku gak ada sorang budak tukar channel radio Bintang Radio. Apalagi kecoh la satu kelas.



Ais kepal dulu 5 sen kata abah. Masa tu cuma kat depan sekolah jer ada jual ais kepal ni. Bila abis sekolah jer semua serbu stall ais kepal. Paling best main baling2 hahaha seronok betul kata abah. Cam dalam gambar tuh. Tergelak jer abah sambil menampakkan rongga2 pintu gua (gigi rongak daa).

ok sampai sini jer..kang sambung lagi.