Wednesday, September 30, 2015

Terbaik terbaik



Siapa pernah jumpa album ni... ini hanyalah album kompilasi zaman Polygram... aku tak sure samada album ni keluar selepas 2 album kontroversi; Di Pintu Sepi & Berpaling atau sebelum atau selepas Search released Fenomena. Kalau nak di tengokkan..tracklist tu lebih kurang sama dengan Di Pintu Sepi & Berpaling.

Memang tak keluar cd...ni cd bootleg zaman DuniaSearch dulu...macam biasa fans sendiri yang buat dalam bentuk cd. Kasetnya pon aku takde tapi pernah terjumpa terpampang kat kedai kaset. Dengarnya kaset 2 album ni pon keras sekarang. Ntah la...

6 comments:

deaf-angel said...

Search volume 2 ada version cd pasal aku ada satu copy.
search nye barang kat pasar geylang serai lama sebelum roboh dulu memang boleh jumpa walau all these mahkamah issues.
Its like belang2 zebra belakang dia aku ingat2 lupa kat kotak mana ntah aku simpan haha.
Its like strangers nye cd la... aku pun terkejut strangers ada cd

matakucing said...

Oooo thanks deaf..ade kuar cd eh.

berteromber said...

wah...hampir2 lupa dah album ni...tak silap aku ni keluar sezaman dengan Di Pintu Sepi dan Berpaling...tu jam aku tak beli pun pasal semua lagu2nya aku dah ada...masa tu kan tengah kemaruk nak tunggu album baru Search yang tak kunjung tiba...ni semua album2 yang Polygram nak cari duit lebih...

PC kOKak™ said...

sound cd ni mantap ke? banding dgn reissue

Rafi said...

Gamba blah kiri atas skali tu penah nampak versi kaset dulu..

Beruk Kongkang Limited Edition said...

Polygram mula buat CD pada tahun 1990...bnyk jgk taim tu dorg reissue semula album2 era 70an 80an dlm format CD...antaranya album M. Nasir Untuk Pencinta Seni... Search yg aku tau cuma Mentari Merah Di Ufuk Timur... byk jgk Polygram terbitkan album kompilasi dari artis2 dorg sekitar 90an...antaranya edisi Koleksi... Masihkah Ingat... 2 dalam 1... antara yg pernah npk dlm edisi2 ni Alleycats, Kopratasa, Search, Kembara...