Sunday, July 14, 2013

Seattle #2 : Welcome back Seattle


Rasanya tahun ni memang Seattle scene meriah balik kira macam kebangkitan (mungkin lebih kepada kelangsungan survival kot) yang mana nama-nama besar macam Soundgarden pon dah keluar album baru "King Animal" (Nov 2012), walaupon album ni aku dah beli lama namun masih taksempat nak dengar album tu betul-betul hahaha dengar setakat sekali lalu jer..anyway kira ok la tapi belum dapat feel dia lagi. Reaksi aku agak bercampur baur tentang King Animal ni. Then Alice in Chains pun dah selamat melahirkan album baru; "The Devil Put Dinasour Here", tak sempat lagi nak grab. banyak review cakap album ni macam filler tapi ade jugak review yang meyakinkan tentang album baru AIC ni. Dari ape yang aku dengar beberapa tracks kat youtube takdelah teruk sangat still sounding AIC, mungkin lebih berat lagi (aku rasa). 

Pearl Jam pulak baru je announce material baru ; "Lightning Bold" akan keluar Oktober ni. Singles terbaru "Mind Your Manner" dah boleh dengar. So aku surprise jugak dengan singles baru ni, rasanya dorang macam nak kembalikan sound macam era 3 album terawal dorang "TEN", "Vs" dan "Vitalogy", Pearl jam jadi rebel macam masa muda balik?? hahaha dan Nirvana -In Utero sambut 20th anniversary September ni. So benda ni masih khabar angin tapi secret memo pasal reissue dah bocor kat internet. Hopefully benda tu betul hahaha dah kena save up la, pasal pe bila keluar je reissue ni confirm segala version dari remastered edition, deluxe edition, super deluxe edition sampailah boxset boleh gugat iman wooo hahaha. Hopefully buat macam Nervermind nye packaging, banyak cd dan DVD haha versi album, singles, demo/rehearsal, albini original mix, live semua kasi sumbat dalam situ.

Anyway tahun yang mengembirakan buat aku hahaha > Seattle Sound Rules dan harap-harap adalah date tour ke SIN or KUL...cheh berangan lebih kih5 tapi tak mustahilkan??

7 comments:

Adi Herman said...

alangkah best nya kalau Alice In Chains ataupun Soundgarden dtg malaysia buat konsert...perghhh mimpi jadi kenyataan tu bro! album baru AiC rules...Soundgarden? ada kurang cikit la

deaf-angel said...

beb, aku tengok alice in chains live macam education" siak.
dorang cool dan chill la kalau aku boleh describe.
dan jerry cantrell, mak ai, aku suka imej dia, aku suka , aku suka!!! ahha....

PC kOKak™ said...

Alice In the f**king Chains!!!

berteromber said...

jerry cantrell dah rambut pendek ek...tak rock arr...

Kaboi Tanduk said...

berapa kali ternampak abang Deaf kita puji Alice in Chains punya live..

Portdy said...

In utero annivessary? menarik tu.

Nadia said...

Berangan zaman skang ni ok. Tengok je la Metallica. Tup-tup dah sampai Mesia...hehehe..Mintak2 ada la regu Seattle Sounds ni sampai rantau ini nanti..Yes, moga saja.