Saturday, August 25, 2012

Siouxsie and The Banshees- The Scream


Setelah menempa nama dan fanbase yang kuat akhirnya Siouxsie and The Banshees merakamkan album pertama berjudul "The Scream" dibawah label Polydor. Dengan kejayaan singles pertama "Hong Kong Garden" yang mendapat sambutan memberangsangkan Siouxsie and The Banshees meletakkan album ini antara album terpenting dalam sejarah muzik amnya & Punk khususnya . Dianggotai oleh Siouxsie Sioux-vokal, John Mckay-gitar/saxophone, Steven Severin-bass & Kenny Morris-drums.


Album ini energy dia lain macam skit..dimulakan dengan tracks "Pure" bunyinya agak creepy memberi dimensi baru muzik gothik yang ketika itu mungkin masih teramat baru (walaupun mereka memainkan muzik post-punk). Permainan gitar John Mckay menjadi rujukan pemuzik baru selepas mereka. Sebagai contoh dengarkan lagu "Carcass", "Mirage" & "Metal Postcard (mittageisen)" riffnya seperti gabungan Velvet Underground bertemu Jefferson Airplane.  Vokal Siouxsie agak unik dan penuh karismatik. Mungkin ada pengaruh Bowie sedikit jika diamati tapi lebih energetik.

   

Album klasik ini boleh dijadikan rujukan pada peminat yang baru hendak berjinak dengan muzik Gothik dan  Seattle kerana album & band ini merupakan akar dan asas muzik tersebut. Yang nak try mempelbagaikan genre muzik korang pon boleh dengar album ni. Rekomended.


2 comments:

Adi Herman said...

pernah dgr psl band ni tp belum berkesempatan utk mendengar beberapa album mereka,maklum la dulu2 mana ada duit sgt nak beli kaset or cd haha...ill give it a try haha

Kaboi Tanduk said...

syok dgr album Kaleidoscope.. album ni tak brapa familiar sgt..