Sunday, January 29, 2012

OAG - Old Automatic Garbage




O.A.G merupakan singkatan bagi Old Automatic Garbage. Debut "self tittled" ini diterbitkan oleh Positive Tone, sebuah label indie/underground yang ditubuhkan oleh Ahmad Izham Omar (kini orang kuat Media Prima Berhad & Monkey Bones Records). Album yang dirilis pada 1994 ini diterbitkan oleh Paul Moss (juri OIAM / ex-Aisyah & The Fanclub) mengandungi 11 buah lagu yang berkonsepkan alternative/brit rock.

Singles "60's TV" merupakan anthem bagi peminat/penggermar muzik underground ketika itu. Lagu dengan melodi & korus yang catchy sememangnya mengangkat nama O.A.G sebagai salah satu band "pioneer" dalam scene underground tahanair ketika itu. Album ini tidak hanya bergantung pada lagu "60's TV" semata-mata. Lagu-lagu seperti "Horible Adorable", "Yuppie" & "Old Tuxedo" juga mampu menghiburkan.

Lagu-lagu didalam album ini juga juga mudah dimainkan kerana menggunakan "kording" yang ringkas & berulang-ulang. Ianya mengimbas kembali pengalaman penulis sewaktu membawakan "Spastic Youth", "Not" & "Safety Pin" selepas waktu sekolah di Kok Wah studio, Banting sekitar 1996 dahulu. Album yang menyuntik semangat penulis untuk bermain alat muzik, menubuhkan band & menulis lagu sendiri ini dirakam secara "live" di Kenny studio, Petaling Jaya sekitar Jan-Aug 1994 & vokal dirakam Aug-Nov 1994. Sungguh pun membawa genre Alternative dengan disuntikan Brit Rock namun "sound" keseluruhan album ini lebih kepada "sound" album-album punk. Ianya agak "dry" & "raw".

Walau apapun album ini merupakan "landmark" bagi salah satu subgenre muzik underground tanahair. Album yang senantiasa diputar oleh penulis tanpa rasa jemu.


4 comments:

berteromber said...

aku masih simpan versi kaset..

zan said...

Ahmad Idzham ambil alih Positive Tones daripada salah seorang penyanyi Kenny Remy Martin selepas pulang dari Berkeley, US.

Akibat pengaruh kuat Positive Tones, sebuah label besar (EMI kalau tak silap) beli syarikat tu daripada Idzham.

Kisah seterusnya sama macam kisah klasik susu KLIM. Ingat lagi susu KLIM masa zaman2 80's dulu? Lepas Nestle 'take over' mana pergi brand tu? keh keh keh

matakucing said...

zan,
thanks for the info.. :) KLIM saya sempat rasa ha5

Aku Yang Hidup said...

Bro, nak tanya. CD old automatic garbage tu ada lagi ke? Nak jual tak? Aku berhajat nak membelinya.
Lagi satu kalo ada butterfingers 1.2mg dan butter worth pushful aku pun nak beli.

contact: server.downz@gmail.com