Thursday, December 29, 2011

Bootleg cd : Radiohead + Nirvana + Led Zeppelin


Ok sapa kat sini suka dengar bootleg recording? ha5 mungkin ramai tak berapa suka dengar bootlegkan. Yelah sebab sound dia raw. Tak clean & clear macam audio biasa. Sakit telinga jer dengar. ha5 bootleg ni ada penggemarnya yang tersendiri. Pada aku bootleg ni "eksklusif" sebab benda ni bukan official released (biasanya siri konsert & studio outakes). Biasanya fans sendiri yang buat bootleg ni. Dorang rakam guna device sendiri & biasanya untuk diri sendiri jer & pada mana fans2 yang berminat boleh share sama2. Aku tak terlepas dari terjebak mengumpul & meminati untuk bootleg ni. Dulu aku ada cerita skit check sini Antara label bootleg yang aku minat Kiss The Stone (KTS) & Octopus & beberapa lagi. OK kat bawah ni antara bootleg yang aku baru jumpa ronda2 flea market :

1. Radiohead -The Best Thing That You Ever Heard (Kiss The Stone)



Ini adalah soundboard recording show Radiohead. Dirakam semasa tour 1996 di Boston & London (hanya pada tracks 16). Dikeluarkan oleh Kiss The Stone (KTS). Sound dia memeang terbaik, jelas , nyata dan terang. Terasa vibe live dia. Kebanyakan setlist dari album terawal mereka; Pablo Honey, The Bends & EP My Iron Lung. Dengarkan saja tracks macam High & Dry, Just, Creep, Anyone Can Play Guitar, Fake Plastic Trees & Street Spirit pasti menggegar. Ini jam dorang belum experimental sangat. Kira masih boleh dihadam lagi muzik dorang sebelum melayang dengan album OK Computer, Kid A & seterusnya.


2. Nirvana - Out Of The Blue (Octopus)



Yang ni pulak bootleg Nirvana. Mengikut sleeve bootleg ni dirakamkan live di The Seattle Univercity, Seattle pada 1989. Bootleg Keluaran company Italy,Octopus ni pon bagus. Kira "A" lah. Sound dia sedap. Ni kira tour Nirvana era Bleach. Yang bestnya show ni sebab menampilkan Jason Everman selaku 2nd gitaris. Kalau nak ikutkan tak pernah ada dalam official released dorang yang ada 2nd gitar. Kalu adapon "Unplugged In New York" & "The Muddy Banks Of The Wishkah" itupun Pat Smear yang main. Dengan adanyer 2nd gitar sound Nirvana agak "besar" & "penuh" & lagi heavy. Setlist dia pon ada terselit b-side macam "Dive", "Another Rules" (tajuk asal " Sappy") & "Help Me". Out Of The Blue ni ada versi lain jugak. Macam yang aku pernah cerita kat sini , 2 bootleg yang gunakan tajuk yang sama cuma yang satu lagi adalah konsert live at The Paramount Theater (yang sekarang keluar dvd tu)

3. Led Zeppelin - Live at London's O2 Arena 2007 (SRS Records)



Ni pulak bootleg yang paling best. Show yang paling memorable, reunion Led Zeppelin dengan anggota asal Robert Plant, John Paul Jones & Jimmy Page bersama Jason Bonham (anak kepada mendiang John Bonham) selepas 27 tahun berpecah. Itu jam website semua crash, jammed sebab ramai sangat nak beli tiket. Intro konsert ni memang best. Kalau tak silap dorang ambik dari petikan film" The Song Remains The Same", scene yang ada cakap Led Zepp dah "pukul" The Beatles, pastu dorang naik private jet, landing kat airport naik limo sampai stadium naik stage sorang demi sorang nama disebut & dorang pon keluar stage kat o2 Arena tu. Setlist memang the best song ever, Black Dog, No Quater, Dazed And Confused, Kashmir & 2 lagu yang fisrt time dorang bawak ; In My Time Of Dying & For Your Life serta 2 encore, Whole Lotta Love & Rock & Roll. Show ni memang seret with the extanded version for each songs. Bootleg keluaran SRS Records dari Sepanyol ni sound cun tapi kena adjust sikit; level bass kasi turun sikit, trebel kasi up sikit & volume kasi up baru sedap.

Ok tu jer nak cerita pasal bootleg recording ni. Aku pon tengah belajar2 nak buat bottleg sendiri. Dulu ada buat gak masa Konsert 2 Raksasa, Whitesnake & terbaharu Search 30th Anniversary kat The mines tuari tapi tak berapa nak menjadi lak. Ha5 aku nak mintak Deaf ajar ni ha5.

3 comments:

deaf-angel said...

bootlegs lama confirm factory pressed tu yang best tu..
kiss the stone memang tak menghampakan. Ntah apa punye undang2 Italy banyak label pressings dari sana.

bootlegs baru aku nengok cam tak thrill pasal boleh buat homemade style.

matakucing said...

skrg device/gadjet semua senang dapat, dulu harapkan trade & factory pressing.

deaf-angel said...

we should start trading kalo ada masa...

Dulu aku tahu ada satu brader duk Pahang..
Dia gi expo, tengok May etc, dia bawak tape rekoder dia tape, pasal dia tahu dan paham apa tu bootlegs pasal dia memang minat band macam Maiden etc...
tapi dah tak contact pun.