Sabtu lepas telah berlangsungnyer Konsert 2 Raksasa Blues Gang & Sweet Charity kat Std Merdeka, KL. Ini merupakan kali kedua kedua-dua lagenda rock Blues Gang & Sweet Charity bersatu dalam 1 konsert selepas melakukannyer pada 1984 iaitu 27 tahun lepas. Bila dengar jer konsert ni aku terus teruja sebab aku tak pernah tengok konsert kedua-dua band ni secara live di pentas besar. Serius beb..
Konsert dimulakan dengan Blues Gang tepat jam 9.00 malam. Sebenarnya aku lebih teruja nak tengok Blues Gang berbanding Sweet Charity. Sebab pada aku Blues Gang agak rare nak tengok show dorang. Macam Sweet Charity dah selalu tgk DVD (konsert Hari Bapa, Konsert Sejuta Wajah & Bagaikan Bermimpi 40 yrs).
Set Blues Gang dimulakan dengan open jamm, kasi warm up. Bila jer dengar riff Julian Mokhtar aku dah rasa vibenyer. Nak-nak alunan keyboard Tok Ghani, memamng mengasyikkan & tiupan harmonika Itoyang meremangkan bulu tengkuk macam tak percaya jer dapat tengok Blues Gang beraksi depan mata. Lepas habis intro, dorang buka persembahan dengan sebuah lagu inggeris " Malaya Blues". Bila bergema jer lagu ni terus automatik badan & kaki bergoyang beb.
Habis "Malaya Blues", lagu slow "Ku Tetap Menanti" walaupun slow tapi tetap layan. Solo Julian Mokhtar memang terbaik. Kemudian medley "Jumpo Kawan Lamo", "Sakit sakit Sakit" & "Cinta oh Cinta" diperdendangkan. Seleksi lagu klasik ni memang kasi crowd menggila, berdansa & singalong ramai-ramai. Dengan lirik yang sinikal set medley ni memang mencuit hati terutama lagu "Sakit sakit Sakit".
lagu baru dari OST Upin Ipin pon dorang bawak. "Lagu Damai" kali ni lebih raw. Walaupun lagu baru tapi vibe dia dah macam lagu lama. Solo harmonika Ito memang class. "Perempuan" lagu yang rare emgambil giliran menjadi santapan telinga. Syahdu beb lagu ni. Solo Julian rasa macam Gary Moore pulak yang main.
Jamm session " Mak Siti" bergema. Perang solo gitar & harmonika mengghairahkan crowd.Azizi 2nd lead guitar menunjukkan kehebatannyer. Tak mau kalah sama Julian. Sebelum persembahan diteruskan, Karim (drummer Blues Gang) mengajak crowd mwnghadiahkan al-Fatehah kepada arwah ibu Ito yang baru saja kebali kerahmatullah seminggu yang lepas. Habis jer "Ibu" diperdendangkan. Aku terharu & happy ler pasal tak sangka dorang akan bawa lagu ni live & terus bersambung lagu "Mak Siti". Crowd yang supportive melayan lagu ni bersingalong bersama-sama. Sore Karim best siot.
"Baju Kebaya" & Klasik "Apo Nak Dikato" memang betul2 klimaks. Tenggelam sore Ito. Memang pueh hati den la. Jangan kato kaki yo yang goyang, kepalo, kepalo lutu & badan sumo goyang ha5. Hyper giler siot. "Khatulistiwa" menutup set Blues Gang. Tapi crowd tak pueh hati yo. Untuk encore "Mama, saya Mau Kahwin" bergema. crowd jadi kacau bilau memang best ooo. penutup yang gempak.
setlist Blues Gang :
Intro
1.Malaya BLues
2.Ku Tetap Menanti
Medley :
3.Jumpo Kawan Lamo
4.Sakit Sakit Sakit
5.Cinta Oh Cinta
6.Lagu Damai
7.Perempuan
8.Jamm Mak Siti
9.Ibu
10.Mak Siti
11.Baju Kebaya
12.Apo Nak Di KAto
13.Khatulistiwa
encore
14.Mama, saya mau kahwin.
Total time : 1 jam 20 minit.
Set Sweet Charity bermula tepat jam 10.30 malam. dimulakan dengan intro solo "Sejuta Wajah" oleh Rosli Mohalim tapi dengan tempo yang perlahan. Kemudian bila Ramli SArip naik stage jer terus "Sejuta wajah" bergema. Aku cakap dalam hati "wow belum apa2 lagi lagu ni dah main, mesti lepas ni set S.Charity penuh lagu-lagu heavy". "Kawan Ketawa Kawan Menangis" ambil giliran diperdendangkan. LAgu ni memang rare & heavy. Ntah nape tetiba lagu ni jadi sedap pulak bila dengar live. Ada energy.
Tak bagi chance, S.Charity terus bantai "Di Tahun 2000", "Hanya Rock n Roll" & "Ribut 10.59 pagi". Memang giler super duper heavy set ni. Masa lagu "Hanya Rock n Roll" Ramli SArip solo harmonika. Tak sangka dorang main lagu ni. thumbs up.
"Datang & Pergi" & "Dunia Perlumbaan" dari album Batu jadi santapan. Kasi cool down sikit. Set kembali heavy dengan seleksi lagu "Raja Kumbang", "Musibah" & " Batu" yang mana "Batu" dorang main original version. No gitar2 kapok. Kemudian disambung pulak "Berita Gempa" & Penunggu". Trully madness, havoc & energetic. A.J ambil set pulak dengan lagu biasa "Bagaikan Bermimpi" & Terharu".
Medley "Jangan Tunggu lama-lama" & "Jangan Tak Jadi" memang happening. Rata-rata semua singalong & berjoget . Memang wild. "Zakiah", "Hilang Gelap Terbitlah Terang" mengambil giliran."Kamelia" menutup set S.Charity namun crowd tak puas lagi."Teratai" & "Jalan Malam" dialunkan sebagai encore sekaligus menutup persembahan konsert 2 raksasa.
Setlist S.Charity :
1.Sejuta Wajah
2.Kawan Ketawa Kawan Menangis
3.Di Tahun 2000
4.Hanya Rock n Roll
5.Ribut 10.59 pagi
6.Datang & PErgi
7.Dunia Perlumbaan
8.Raja Kumbang
9.Musibah
10.Batu
11.Berita Gempa.
12.Penunggu
13.Bagaikan BErmimpi
14.Terharu
Medley
15. Jangan tunggu Lama-lama
16.Jangan Tak Jadi
17.Zakiah
18.Hilang Gelap Terbitlah Terang
19.Kamelia
encore
20.Teratai
21.Jalan Malam
Total time : 2 jam 30 minit.
Totally Blues, Rock n Roll
Dead Or Alive / Youthquake 4CD reissue
1 day ago
6 comments:
pergh...setlist dua2 pun best...baju kebaya tu memang fav. gua masa kecik2...
harap2 la ada keluar dvd.
berapa ribu penonton bang?
pemilihan lagu blues gang paling best!
MK, thanks for the reviews.. setlist Blues Gang mmg menarik especially ade "Sakit 3x". teringat citer Kembara Seniman Jalanan. Mayb if xtgk Sweet Charity aritu kt S'pore this concert is sure "Must go" for me.
Btw, read ur comment kt blog saya mcm MK ade dtg stall saya kt Amcorp? Napa tak introduce urself? Malu ye... Anyway, thanks 4 dropby... Terharu..!
dr.ben,
around 5k ++
berteromber,
kalu ikut kata Ramli Sarip memeang akan di dvd kan sebab show tahun 84 tu dorang tak rakam apa2 pon.
AHV,
Blues Gang memang superb
F&A,
bukan takmo introducekan diri tp takut salah orang..mmg masa jumpa u all mcm pernah nampak wajah ini tapi dimana ya? he5
Yang penting bro, jiwa BLUES semangat ROCK N ROLL...layan
Post a Comment