Wednesday, September 9, 2009

Crossroads 1986

Ermm lama gak aku carik cerita ni..Crossroads 1986 bukan Crossroads yang Britney Spears tu. Kisah sorang budak yang bercita2 menjadi gitaris blues. Korang layan la video ni. Kalau korang jumpa DVD citer ni tolong inform eh. Full version ada kat youtube (12 part) .


Geng 81 - returns

Nari gua dapat email dari sorang Geng 81 ajak buka pose ahad ni. Wahhh kira re-union la. Haha kali ni versi lain pulak..kalau dulu semua bujang & slim melim tapi kali ni banyak yang dah kahwin & boroi2 (semestinya). Kali ni pon tambah korum lagi dak pompuan; Lily Suria, Tetty Hajar ermm lagi sapa ntah. Tuari aku baru jer post gambar Geng 81 kan [link], sok kalau aku gi kena ambik gambar lagi tengok sapa paling boroi.


Monday, September 7, 2009

0306 panggilan misteri

Tadi kol 3pm gua dapat panggilan misteri. Seram sejuk jer bila dapat call dari no pelik "0306"..sape yer ISA?, KDNHEP?, FOMCA?, SUHAKAM?, FBI?, CIA?, Pak Ali tukang kebun, Milah janda jahit tepi? ishhhh cam citer seram kat tv jer.. suspen. Tapi gua tetapkan iman angkat call tu. "Err hello sapa... " Borak punya borak (adegan borak tak perlulah diletakkan disini kerana akan menjadi sebual novel ala2 senandung raja naga pulak kang) hehe rupa2 nya makcik ni [link]. Aiseyyy lu bikin suspen la makcik hehehe. Nasib baik gua tak batal pose nari sebab hampir pitam bila tahu makcik yang buat panggilan misteri tu. Ceh. ;)

Friday, September 4, 2009

Munjongan & 1kewajipan

Minggu ni gua dapat bungkusan free..lama gua tak dapat bungkusan misteri cam ni..since ermm bila ntah..gua beli cd kat mudah.my kot.







hehe lawa tak tshirt gua..munjongan dari makcik ni [link]. Haha makcik, baju aje?..alang2 kasut adidas tu skali la..baru pengsi. Sedondon untuk gua melaram hari raya muahaha. Tima kasih ye & sila ambil perhatian saranan gua tu.



Tadi settle 1kewajipan, zakat fitrah. Tahun ni Rm7.00 & resit tahun ni pon cun. Tapi gua tersasul masa lafaz akad zakat tadi muahaha.

Wednesday, September 2, 2009

Jamal raja pop?

Sapa kata Jamal Abdillah raja pop?
ishh bukan Jamal la tp..Herman Tino
hehe



Tuesday, September 1, 2009

Geng 81


belakang : pejol,fyruz,anas,mk,bijan
depan : erol,apis,farid,iwan


Gua kena tag kat fb..gambar atas ni diambil masa buka puasa tahun..? entah la tak ingat pulak..kotak memori gua sudah crash..yang gua ingat makan kat Port Klang..restoran seafood kat jeti kat ulu Tanjung Gila. Wahh gua nampak kurus cengkung la.. ni jam GENG 81 semua masih bujang lagi.

oh..

tiba2 jer dia tukar pulak..naik lagi
suka?