Thursday, December 4, 2008

Koleksi : Search-Berpaling

Lama tak update blog ni. Haha cam biasa la kesibukan melanda. Tapi tak pe jangan risau kali ni aku nak citer pulak pasal kaset/album Search yang aku ada. Aku ni kira peminat tegar Search jugak la..ehehehe. Boleh katakan hampir semua album Search aku kumpul walaupon masih ada lagi yang tak ada.



Ok aku start citer pasal Search ngan album "Berpaling". Ermm mungkin ramai yang tak ada album nie, mungkin juga ada yang tak tahu tentang kewujudan album ni. Tapi takpe takde masalah kalau tak tau pon tapi kalau korang ngaku dorang diehard fans Search tapi tak tau pasal album ni gua luku kepala lu haw haw haw. Lu tak cukup Search lagi ;p




Berpaling released tahun 1988 tak lama selepas releasednya album kontroversi "Di Pintu Sepi" yang mana Dipintu Sepi telah ditarik balik pengedaran dan penjualannya setelah seminggu berada dipasaran atas perintah mahkamah. Time Berpaling keluar tu jam Search dah signed ngan PMC (BMG) nak released album "Fenomena".



Ada 10 buah lagu semuanya termasuk 3 unreleased track/B-side dari album Mentari Merah Di Ufuk Timur (Polygram Records) :

Side A
  1. Berpaling (Def Leppard/Bakri Johari)
  2. Mungkinkah Tertawa (M.Nasir/Bakri Johari)
  3. Fantasia Bulan Madu (M.nasir)
  4. Bisa (M.Nasir/Amir Hamzah)
  5. Gadisku (M.Nasir)
Side B
  1. Kau Akan Tahu (Bakri Johari)
  2. Mentari Merah Di Ufuk Timur (Search)
  3. Sebatang Tongkat Untuk Berdiri (Bakri Johari)
  4. Balada Pemuzik Jalanan (Zainal Ali/S.Amin Shahab)
  5. Musnah (M.Nasir)



3 unreleased tracks ialah Berpaling -Lagu asal Def Leppard "Foolin" dari album Pyromania, Mungkinkah Tertawa- sebenarnya lagu "Gadis Ayu" salah print kat sleeve sebab Mungkinkah Tertawa dah ada kat album Di Pintu Sepi & Kau Akan Tahu.



Yang kaset ni re-issue punya aku beli tahun 2000 jual longgok2 kat Klang. Tu jam aku ingat kompilasi biasa jer tapi rupa2nya album kontroversi gak eh..dah tahap rare album nie.

Setakat ni aku masih mencari lagi album2 Search yang kat bawah ni :
  1. Di Pintu Sepi (1988-kaset)** kalau ada la eh
  2. Live (1989-Kaset)** kalau ada la eh
  3. Sepuluh Tahun (1991-CD)
  4. Remix (1994-CD)
  5. Rockestra (1998-CD)
Sapa2 ada jumpa atau nak jual bagitau eh.

Thursday, November 27, 2008

Rezeki Malam Hari

Semalam balik keje hujan renyai2 balik umah tak tau nak buat ape. Ermmm terpikir pulak nak tengok wayang kat Jusco, Bukit Tinggi Klang citer Mat bond (James Bond daaaa). Eh semalam hari rabu dapat tiket murah RM6 ok gak tuh.


Sampai je TGV cimena tengok2 alamak full pulak..ada pon pukul 11.30 malam pey tayangan. Arggghhh tengok jam pukul 9.00 malam isshhhh takkan nak tunggu kot, silap2 mat Bond tu yang tengok aku pulak haw haw haw.


Tak pe lah gi Uptown pon best gak ni dah alang2 keluar malam kan huhuhuhu lagipon dah lama tak gi sana manalah tau ada barang2 menarik ker. Sampai2 jer aku terus la gi survey2. Pusing punya pusing jumpa pulak barang "rare" ni :





Aiyaaahhhh kaset Bersama Selamanya (BS) & Blues Untuk Aku (BUA) weii. Dari jauh aku dah nampak tapi cam samar2 jer tapi bila dekat tengok, yeargghhh memang betul kaset BS & BUA. Alhamdulillah kalau dah rezeki Allah nak bagi memang dapat eh. Aritu jumpa komik BS vol.2. Semalam dapat gak kaset BS tu sekali ngan BUA pulak tu.




Plastik tak bukak lagi tu..RM3 sebijik tapi pasal ambik dua2 dapat diskaun jadi RM4 hehehe. Aku tak bukak lagi plastik tu tak tengok lagi inlay dalam dia cam ner. Lagu2 dia pon tak dengar lagi. Kaset player tak de hehehe. Kene cari kaset player pulak la gamaknya ni. Walkman aku dah lama barai haw haw haw.




So siri BS ni tinggal nak cari vol.1 punya pulak (vol.3 ada ker??) Insyallah kalau ada rezeki Allah nak bagi mesti ada kan. Ermm kene rajin2 la survey2 kedai buku lama2 nie. Oh ye komik BS tu aku ada cerita aritu. Klik sini eh. Nanti senang aku review kaset2 tu nanti eh.

Saturday, November 22, 2008

Giler malas keh..keh..keh..!!

Pada masa dahulu, ada sebuah negeri dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang MALAS. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki tu mengaku.

Katanya : "Saya adalah yang paling malas tuanku"
Raja pun bertanya : "Apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"Kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi :"Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Raja pun bertanya kepadanya :"Sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya:"Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:"Saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "Bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
Dengan muka selambernya budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

ape daaaa haw haw haw

Thursday, November 20, 2008

Rumah kata pergi, "Kubur" kata mari..



klik kasi besar eh

Boring2 tadi selak jap
myspace Grave yang rumours kata dotang datang sini tapi tak kompom lagi. Tup2 tadi tengok aiihhh jadi pulak kat Ruums Club, KL. Heh ye ke ni?? nanti silap2 kansel tapi yang kat Singapore kompom, flyers & pre-sale tiket pon dah keluar. Ermm kalau betul boleh gak layan.

Hehe last aku nengok band antarabangsa Napalm Death, September tahun lepas. Soilwork dulu pon melepas aku sebab lupa tarikh dia haw haw haw. Nilah yang orang kata "Rumah kata pergi, Kubur kata mari!!"

Monday, November 17, 2008

RTW 8 Confirm!



Ermm teka-teki gig terbesar Malaysia Rock The World 8 (RTW 8) akhirnya terjawab setelah tersebarnya flyers ni. Tahun lepas takde atas sebab sponsor & tahun ni pulak sponsor terdiri daripada Hitz.Tv (official TV station), Hitz.fm (official radio), Junk & ROTTW (official magazine) & Fat Boys Records (semestinya) selaku penganjur.

Line-up RTW 8 :

Estranged
One Buck Short
The Times
Pure Vibracions
Bunkface
Republic of Brickfields
Butterfingers
Koffin Kanser
Zip Zieller
The Otherside Orchestra
Laila's Lounge
Revenge
They Will Kill Us All
Komplot
OAG
Upon Arrival

**yang highlight tu perlu diambil perhatian muahaha

Ermm bila tengok line up band terlibat tak bape rare sangat la sebab dah biasa tengok nama2 tu kat flyers gig tempatan. Anyway layan je la sapa2 yang rasa boring2 tu boleh datang.

Friday, November 14, 2008

Warning!!


Warning 1 (Along ) :

"Paksu besok dah start cuti sekolah tau so cam biasalah ajak kitorang jalan2 hehehe"

Warning 2 (Angah) :
"Ala paksu kalau jalan2 aje tak best la kita gi makan2 nak? pizza ker, Kenny Rogers ker mmm"

Warning 3 (Alang) :
"Ceh setakat jalan2 pastu makan2 boring arrr paksu, kita gi ler main bowling ker, pegi theme park main rollercoster ker baru gempak kannnnn"

Warning 4 (Adik + Usu) :
"Kitorang tak kisah pegi mana pon tapi kita mesti nak makan isklim (aiskrim) banyak2 tau"

Warning 5 (Along, Angah & Alang) :
"SETUJUUUUUUU!!!!!!!"

Adoi pening kepala aku la layan budak2 nie. Pedih2.... budget2 weiii..gurrlp.

Thursday, November 13, 2008

Koleksi : T-shirt Band Oct-Nov

"Baju..baju..baju asyik beli baaaaaaaaju aje tapi tak dipakai disimpan aje buat ape?, buat semak almari aje" Hehe tu la bebelan mak aku. "Tune" sore mak aku sama je tiap kali aku beli tshirt2 ni. Ahaha tak pe dah lali dah. Ok tak mau banyak songeh layan gambar je eh. Ni koleksi terbaru sepanjang Oct-Nov. Hehehe bukan riak just nak kongsi2 aje Ok.





Ni tshirt sempena tour Blind Guardian-Nightfall in Middle Earth. Band power metal Jerman sejak 1980-an. Nightfall In Middle Earth ni album terakhir dorang ngan penerbit Flemming Rasmussen (penerbit album era awal Metallica).



Bad Religion band lagenda punk Amerika. Orang panggil tshirt ni Bad Religion "green". Simple aje eh tapi bila aku sarung baju ni orang pandang semacam jer kat aku..apsal??



The Beatles-Yesterday and Forever ni memang rare gak le sebab design dia lain dari yang lain. Gambar2 dorang dari muda2 remaja sampai ler dorang tua. Masa beli ni berebut ngan sorang buyer otai tu tapi sebab aku dah booking dulu hahaha so dapat ler kat aku.





Ted Nugent ni kira gitaris lagenda namun dia tak sepopular gitaris2 tersohor dunia yang lain. Tshirt ni sempena tour 1995-96 album ke-11 "Spirit of The Wild". Susah aku nak nampak orang pakai baju Ted Nugent ni.



Van Halen sape tak kenal angkat tangan! Hey2 tak kenal ker..ishhh hahaha Ok Tshirt ni simple jer logo Van Halen era Sammy Hagar (1985-1996). Lepas Sammy Hagar keluar Van Halen tukar logo lain.



Gambar ni kalau tak silap dekat album "The Real Live One" kot. Karikatur Eddie tiru possing Steve Harris. Ni pon berebut gak ngan sorang buyer tapi dengan ketangkasan, aku berjaya memilikinya.





Ni kalau sapa tengok mesti tak tau ni tshirt band Queen. Ni era album "Made in Heaven" album terakhir Queen selepas matinya Freddie Mercury pada 1991. Kalau tengok date tu macam promo untuk album ni aje sebab album ni released November 1995 kalau tak silap aku.



Tshirt ni pulak dari album ke-4 Ramones-Road To Ruin 1978. Ni just cover album aje tapi tak pasti pulak bila printed tshirt nie. Takkan 1979 kot??.



Takde info la tshirt ni. Time ni era mana eh "God Hate Us All" ker?? Font dia pon dah lain tak guna font klasik tu. Korang ada info??





Baju ni rare sebab dia dicetak sempena released single "One" yang dipetik dari album "Achtung Baby" 1992. Ianya merupakan single ke-3 dari album tu & single ni banyak telah di"cover version" kan oleh ramai artis termasuk Mary J Blige.



Sebab utama aku grab tshirt ni...tu ada signature Kurt Cobain. Tak pernah aku jumpa lagi sebelum nie. Ni beli masa ronda2 malam raya aritu.





Dalam banyak2 tshirt ni boleh dikira vintage sebab ni copyright 1987. Tour album A Momentary Lapse Of Reason 1987 era David Gilmour. Ala yang cover dia gambar katil banyak2 tu. Baju ni agak lusuh tapi sebab nilai "umur" dia tu yang buat aku tak tahan untuk memilikinya.





Red Hot Chili Peppers (RHCP) band yang kuat ciri2 funk nya. Tshirt sempena album "Blood Sugar Sex Magik" yang released pada 1991. Dan tshirt ni merupakan antara tshirt 1st print yang aku ada.



Last sekali Stray Cats, rockability band dari Amerika. Ramai yang tak kenal Stray Cats ni ermm padahal dorang legenda. Saing2 The Clash, Sex Pistol & Ramones gak dorang nie. Walaupon dorang main rockability tapi imej dorang punk. Cuba try dengar lagu dia.

Ok tu ajelah koleksi2 terbaru setakat ni. Bukan nak menunjuk2 tapi nak kongsi info pasal tshirt2 ni sebab sapa2 yang layan tshirt2 band ni mesti kena tau cerita disebalik design tshirt tu. Kalau nak cerita satu persatu pasal tshirt ni memang tak abis.