Ni t-shirt Suicidal Tendencies (S.T / Suicidal) band heavy metal / hardcore punk US. Tak kenal?? old-timer dorang ni. Kalau tak silap t-shirt ni masa era 1991 masa tu dorang buat tour ngan Metallica. Band lama Robert Trujillo (1989-1996), dulu dia guna nama Stymee. Album paling top album "Light..Camera..Revolution!" 1990.
Ni pulak NOFX band punk rock dari LA, California. T-shirt atas tu logo masa dorang memperjuangkan berfahaman "Anarko" (Anarchy), tengok kat huruf "O" tu. NOFX pernah datang Malaysia Feb 2008 lepas tapi aku tak pergi lah pulak..Ermm melepas huhuhu. Lagu2 dorang pon best2 album paling top "Punk in Dublin" 1994. Aku kenal ngan muzik dorang masa beli album kompilasi "Punk-O-Rama vol.1"
Silverchair pulak 3 piece band Alternatif Rock dari Ostolia, sama macam ACDC. T-shirst ni official merch tour Australia 1995 sempena kelahiran 1st debut album "Frogstomp" yang proses menyiapkan album ni hanya memakan masa selama 9 hari. Pastu "boom" meletup album ni. Pada masa tu dorang baru berumur 15 tahun.Kecik2 dah top around the world eh.
Sape tak kenal Dream Theater kan, band progressive metal yang terkenal di dunia. T-shirt ni dikeluarkan sempena European Tour 1995 album "Awake". Berbaloi dapat t-shirt tour cam ni eh, aku suka sebab ianya takkan ada re-print balik. Kira vintage & rare la gitu.
T-shirt The Offspring ni official merch sempena kelahiran album "Smash" yang meletup pada tahun 1994 dibawah label Sony music selepas berhijrah dari label indiependent, Epitaph. T-shirt ni long sleeve eh & jarang aku jumpa kat bundle2 t-shirt long sleeve cam ni.
Jane's Addiction merupakan band yang berorientasikan punk, heavy metal, goth rock & pyschedelic rock yang ditubuhkan pada 1985. Unik gak muzik dorang ni pada aku. Tshirt ni memang jarang aku nampak orang miliki. Mungkin tak sepopular band2 lain tapi pada aku dorang tetap tersendiri. Flea Red Hot Chili Peppers pon pernah joined dorang. Cuba2 lah cari album dorang.
Detroit Rock City sape tak kenal lagu tu eh. Antara lagu KISS yang evergreen & paling best. T-shirt sempena world tour 1996-97 dikeluarkan dibawah label KISS ARMY. Belakang dia ada tulis motto KISS - I wanted the best, I got the Best. Aku dapat macam baru lagi baju ni. Saiz XL tapi aku dah kecikkan.
Tu jelah buat masa ni, tak seberapa rare pon t-hirt2 tu hehehe tapi dah minat nak wat cam ner hahaha. Ok see ya
8 comments:
eh ko,
tshirt jane addiction tu..jangan buat gi kenduri ah
haha
Suicidal Tendencies... best!
Lagu Possessed tu dari album s/t diorang. Masa tu masih punk-core lagi. Masuk How Will I Laugh (feveret aku) dah jadi macam heavy metal sikit siap dengan solo gitar mendayu.
Berapa RM eh?
deaf,
haha kang ada yang kene ceramah nanti haha aku tak pakai baju tu just lipat bebaik..masuk plastik..buat cam display.
bentara,
S.T memang best..tshirt2 tu bwh rm50..mmg kalu beli aku budget harga bwh rm50 cam tu.. kalau lebih aku skip la. Tp sekarang kalu nengok kat butik2 bundle ts band harga melambung siot.
baju silverchair tu cool..!
tapi monster pegang surfboard rabak tu mcm billabong atau rip curl..
yg dream theater pun best,
teringat ada satu mamat pakai baju sepultura 'S' lipan tu masuk kedai gitar kat kotaraya, JB.. cina tu kelam kabut tanya, ''mau carik apa abang..''
gua pakai jersi Chelsea dari tadi haram dia buat bodo, mesti cina tu ingat gua masuk salah kedai, mesti dia nak bilang..
''alo kawan, kedai al-ikhsan tingkat atas...!''
hehehe...
dewanaga,
haha surfing with the frog huh..
kdg memang cam tuh..aku sendri kalu balik keje masuk kedai cd muzik ... dorang promote aku cd anuar zain huhuhu.
cun2 collection tshirt band ko yer.. gi select kat mane nih...??
merata gak carik bro..asal mana ceruk ada sebat..kalu kene ngan budget
hhehehe... biasa la tu kan...
redah je mane2... ada rezeki jumpa la yg masyuk2 nye...
Post a Comment