versi cd-kaset ntah hilang kemana
Ok ini adalah debut the Stone Roses yang dirilis pada 1989 dibawah label Silverstone. Ini adalah album landmark pada pembentukan terma "Britpop". Aku bukanlah peminat tegar band berasal dari Manchester ini malah aku mengenali mereka ini melalui Oasis. Ternyata dengan memiliki album ini aku (membelinya secara random) aku terus jatuh cinta dengan muzik gaya mereka ini. Dengarkan saja track pembukaan "I wanna be Adored" sudah cukup untuk menarik pendengaran aku terus tekun mendengar dengan rasa keterujaan. Dengan sedikit perisa pyschedelicnya dicampur pesona rocklick dan melodi pop yang rangup amat memukau pendengar baru seperti aku (pada waktu itu-circa 1996).
Kemudian diteruskan dengan tracks seperti " She Bangs the Drums", "Waterfall", "(Song For My) Sugar Spun Sister" & "Made of Stone" mampu membuat anda khayal dengan alunan dan arragement muzik yang sedap, melodi yang mencangkuk kedalam hati dan kepala. "Bye Bye badman" pula lebih punk attitudenya. kisah mengenai revolusi France 1968. Walaupun isu dan liriknya agak berat tapi iannya ditutup rapi dengan ryhm melodi vokal I.brown yang begitu poppish sekali. Tapi pada aku walaupun lagu-lagu mereka agak santai, senang, mudah dihadam namun mereka bukan lah semata-mata rock/pop yang biasa. Jika dikaji muzik mereka merangkumi, acid house, rave digabungkan sedikit perisa funk, punk pada attitudenya rock pada asasnya disamping pop yang bermelodi (dan sedikit melankoli) dan disudahkan dengan sedikit suntikan psychedelic menjadikan mereka idola untuk generasi selepas mereka seperti Oasis, Blur, The verve , Radiohead dan tak ketinggalan R.E.M.
Pengaruh-pengaruh atau gabungan muzik yang aku katakan diatas dapat didengar pada 2 track terakhir "I am the Resurrection" dan "Fools Gold". Dengarkan gitar lick yang rosak dan kreatif dari J.Squire, bassline yang simple tapi melekat dan drumming yang outstandding dicampurkan pula dengan bunyin bonggos, tamborin, perkusi memang jahat. Try this.
2 comments:
Perghhh seriously gua jeles dengan lu bro, lu ada cd ni,gua hanya ada versi sedut saja. Banyak lagu hits dalam album ni, tak lama diorang punya documentary pasal reunion diorang akan rilis, x silap aku bulan 6 ni nanti.
Bln 6? Wah interesting..klu nk wa tlg carikan cd2 ke wa bley tlg roger2 kan
Post a Comment