Monoloque asalnya merupakan projek solo peneraju utama Butterfingers, Loque dimana muziknya berteraskan bunyian digital & kesan khas elektronik. "Jikaku Seorang Robot" merupakan material terawal yang sarat dengan bunyian digital sekaligus memperkenalkan Monoloque kepada khalayak pendengar. Namun setelah "berehat"nya Butterfingers (dengan penghijrahan Emmet, vokalis Butterfingers ke Kanada) dan kebosanan bermain dengan bunyian digital & elektronik Loque nekad untuk menubuhkan 1 unit pasukan baru dengan menjemput kadax & Loko (kedua-duanya ahli Butterfingers), Ijoo dan Apex bagi melengkapkan unit Monoloque.
Setelah beberapa tahun berhempas pulas mengerah idea, tenaga & mempromosikan bunyian Monoloque kepada umum, akhirnya album sulung "Hikayat Halimunan Abad Ke-21 : Jejak Tanah" dilancarkan pada November yang lepas. Album yang ditunggu-tunggu ini mengandungi 8 buah bunyi-bunyian segar yang dikarang oleh Loque & disusun bersama Monoloque. "Kupu-Kupu Malam (Bunyikan Semboyan)" sebagai bunyian pembukaan untuk santapan halwa telinga. Bunyian yang segar dan rancak ini cukup untuk membuatkan pendengar untuk terus menikmati album ini.
"Kekanda Adinda" merupakan bunyian rancak& menangkap ini menampilkan Atilia (anak kepada biduanita 70-an Salamiah Hassan) berduet dengan Loque. Bunyian yang kuat perisa "pop"nya merupakan lagu tema untuk drama "8 Bulan" lakonan Rashidi Ishak & Vanidah Imran. Dengan lirik yang santai dan mencuit hati ini mengisahkan tentang kehidupan suami isteri di era moden yang sibuk dengan kerjaya. Ianya seolah-olah mengembalikan nostalgia pasangan duet seperti, Hail Amir & Uji Rashid, Abdullah Chik & Noraniza Idris serta P.Ramlee & Saloma. Selain Atilia album ini juga menampilkan penyanyi era 80-an, Azlina Aziz yang merupakan anak kepada seniwati Normadiah & Aziz Jaafar untuk berduet menerusi "Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)". Berbanding dengan "Kekanda Adinda" yang lebih "ringan" & ceria, bunyian ini lebih "berat" dan "mendalam". Gabungan alunan piano oleh Loque, diiringi elemen string dan lontaran vokal Azlina Aziz yang sungguh "signature" dan lemak merdu (persis vokal seniwati Normadiah) membuatkan pendengar larut menyusuri melodi & lirik yang menikam kalbu. Sebuah bunyian dan kolaborasi yang padu. Sungguh hebat.
Seterusnya "Chinta" membawa pengertian cinta dengan skop yang lebih luas. Bunyian ini akan mengingatkan pendengar kepada bunyian "Urusan Seri Paduka Baginda" yang dipetik dari album Butterfingers - Selamat Tinggal Dunia. Dengan suntikan bunyian gamelan dan disulami nuansa rock ianya suatu yang agak "psychedelic" dan memikat. "Gurindam Hutan Batu" dan " Hapuskan Air @ Mata Mu" menampilkan permainan yang kemas & susunan muzik yang baik, terutama permainan drums yang teknikal dan kemas pada kedua-dua bunyian tersebut.
"Tiada Kata Secantik Bahasa" merupakan bunyian yang cukup rasanya. Dengan susunan muzik yang menarik & berbeza ianya langsung tidak mencacatkan melodi asal yang sememangnya indah & menawan. Ianya merupakan satu penghormatan kepada Tan Sri P.Ramlee yang merupakan pengaruh besar dalam sisi muzikal Monoloque amnya & Loque khasnya. "Penghormatan Terakhir" menjadi menutup tirai album ini. Dengan menyuntik elemen keroncong, bunyian ini agak menarik. Disulami dengan elemen string, mencantikkan lagi bunyian ini dengan impak dramatik seperti skor filem melayu klasik di pengakhiran bunyian.
Kesimpulannya "Hikayat Halimunan Abad Ke-21 : Jejak Tanah" amat membanggakan. Dengan gabungan bunyian melayu klasik & rock moden, susunan muzik yang baik serta lirik yang "berisi" menunjukkan bahawa Monoloque sedang mencipta "acuan" bunyi baru dalam landskap muzik tempatan dengan memperjuangkan , memperkenalkan dan menyambung seni warisan melayu (sastera, syair, puisi, gurindam dan sebagainya) yang semakin dilupakan daripada terus ditelan oleh arus permodenan.
Selamat Tahun Baru
9 comments:
Packaging lawa
Ni self-finance ke?
Walaupun rasanya aku tak dengar muzik gini, tapi aku suka tengok band2 budak Melayu buat lagu baru, rakam dan release walau self-financed.
Tapi satu2 packaging dahsyat haha.
deaf,
yup self finance, D.I.Y. Aku suka attitude cam ni atleast ada kesungguhan untuk terus berkarya & merakam material baru. pasal kualiti or lagu sedap ker tak tu cerita lain. Ni beli siap free poster & poskad
nice review, siap dulu nampak..haha
selamat tahun baru! harap loque tak simpan lama2 dia punya sambungan untuk album ni..
kaboi,
sekali harung ha5, harap2nya begitu, apapun tetap support. selamat tahun baru.
salam ziarah berbalas kunjungan sempena awal 2012
moga hari ini lebih baik dari semalam.
salam tahun baru cateye, the grungiest cateye that i ever met.
sedikit terkilan, masa aku beli kat Speedy ari tu tak di bagi poskad, hatta poster sekalipun. Apa pun, bak kata boboiboy... terbaik!
moga ko dpt apa ygko impikan amin
Post a Comment