Wednesday, November 3, 2010

Review cd : Soundgarden - Louder Than Love

Louder Than Love (LTL) merupakan album ke-2 Soundgarden (SG) & yang pertama bersama major label; A&M Records. Album ini boleh dikatakan yang membentuk karektor muzik/bunyi trademark SG sebelum diperkembangkan pada album2 seterusnya. Jika Ultramega OK (album sebelumnya) lebih kepada 70's psycedelic rock + Black Sabbath + hardcore punk, LTL lebih garang, berat & sludgy.


foto cover oleh [Charles Peterson]

Album ini juga merupakan album yang membuka jalan kepada Seattle band menerjah kedunia mainstream. Sejak berjaya tersenarai dalam carta Billboard 200 & tour bersama2 nama besar seperti Skid Row & GNR band metal dari Seattle ini terus menjadi perhatian. Line up SG ketika ini Chris Cornell (Vokal/gitar), Kim Thayil ( gitar utama), Hiro Yamamoto (bass) & Matt Cameron (drum).


Lagu -lagu di dalam album ini agak menarik kerana kepelbagaian tempo & mood, cuba dengar "Gun" yang bermula agak sludge kemudian secara perlahan-lahan semakin laju pada pertengahan, seterusnya solo yang mengila dan sludge semula pada penghabisan. Selain itu jika mahukan sesuatu yang energetik & "wild" cuba dengarkan lagu-lagu seperti "Hands All Over", "Get on Snake" (kedua-duanya ciptaan Kim Thayil, lirik oleh Chris Cornell) pasti secara automatik pasti kepala anda bergoyang berheadbanging bersama.

Jangan lupa "Big Dumb Sex", "Full On Kevin's Mom" (yang kuat pengaruh hardcore punknya), pasti takkan mengecewakan. Dan pada sesiapa yang suka pada muzik yang berat, berkerak, doom & sludge boleh layan "Ugly Truth", "I Awake" (riffing nya amat menarik sekali) & "Uncovered".


Selain itu keunikan vokal Chris Cornell yang high pitch (agak susah nak jamming lagu SG sebab vokalis tak sanggup nak hit the notes hehehe) menjadikan album ini tersendiri dalam membentuk identiti SG. Album ini juga merupakan album terakhir menampilkan Hiro Yamamoto bersama SG dan untuk tour album ini, Jason Evermann (ex-gitaris Nirvana) dipanggil untuk mengambil posisi bass & dia dipecat selepas habis tour.

Secara keseluruhannya album ini antara album SG yang terbaik, kerana identiti album-album seterusnya (Badmotorfingers, Superunknown & Down On The Upside) terbentuk dari sound LTL. Mungkin ada yang tak setuju ha5 tapi pada pandangan penulis LTL menberikan atmosfera yang "organik", berat & raw.

Apa pun great music is just great music. Ada suka ada benci, semuanya ditelinga anda. Ok sapa yang nak dengar album ni sila klik [link]. Selamat mendengar.

4 comments:

deaf-angel said...

tu hari aku tengok kat youtube, reviewer ni step by step bukak bungkusan deluxe vinyl boxset Soundgarden terbaru tu..

giler la packaging dan content dia. mewah abis.

berteromber said...

walaupun aku tak berapa minat...tapi aku ada badmotorfinger...lagu2 yang bunyi Black Sabbath macam Rusty Cage tu ok la..yang lelain tu macam susah sikit nak masuk...

nanti try dengar yang ni pulak..

matakucing said...

abg deaf,
yg tu mmg very the superbnyer artwork..very the very cun

abg berteromber,
SG ni mmg susah sikit nak hadam sebab dia tak laju..kalu dgr Down the Upside lagi susah nak hadam he5

Kaboi Tanduk said...

nak yg senang hadam mgkin bleh layan album R&B Chris Cornell, Scream..heheh

btw check this out, BLACK RAIN LIVE! segar dari ladang..