Post kali ni bukan nak citer pasal album terbaru Iron Maiden-Somewhere Back In Time tapi saja je amik tajuk yang sama untuk entry kali ni.
Sebab apa pilih tajuk tu? sebab nampak cam gempak. Isshh takde lah la cenggitu ada citer sebenarnya. Lately aku sekarang suka dengar balik stuff2 lama yang pernah aku ada dari tahun 1994-1998. Ermm rasanya tak dapat aku nyatakan dengan jelas kenapa, mungkin sebab stuff2 tu mengingatkan kembali zaman masa sekolah dulu & pengenalan aku terhadap muzik.
Sebenarnya antara 1994-1998 tulah aku mula mengenal & mempelajari pelbagai jenis muzik selain mengumpul kaset2, zine & tshirt blackie. CD time ni tak mampu beli, lagipun masa tu radio kat umah cikai jer mini-compo brand Singer jer so cuma boleh putar kaset jer. Mini-compo tu pon sebiji jer kadang berebut2 ngan kakak aku sampai lebam2 aku kene cubit.
1994/95- bermulalah era aku mengenal muzik. Time ni aku kenal Metallica, itupon sebab masa tu aku & gang ada pertandingan poetry. So sempena English Week setiap kelas kena hantar wakil buat performance & member aku pulak bagi lirik "One" yang diambil dari album "...And Justice For All". Memang happening ar masa perform tu siap beli bandage, tongkat & cat merah. Aha best giler dah macam askar kene bom dah, ada yang patah kaki la, patah tangan la, duduk kat kerusi roda la & yang paling best group aku jadi johan. Dan sejak haritu & sampai sekarang pon album "...AJFA" menjadi favourite album aku.
Selain Metallica aku terdedah dengan GNR. Kecintaan terhadap GNR bermula selepas melihat kawan aku melukis artwork cover album "Use Your Illussion I" sambil dengar walkman lagu2 dari album tuh. Dia lukis sebab nak hantar untuk majalah tahunan sekolah edisi 1994-95. Tapi malangnya lukisan kawan aku tu ditolak atas sebab2 yang tidak diketahui.
Aku terpikat pulak dengan irama Punk kesan dari album Greenday-Dookie. Diperkenalkan oleh seorang kawan kelas yang aku tak jangka beliau merupakan seorang punkster. Haha mana taknye sebab dekni budak nerd, pendiam & suka buat hal sendiri. Aku terjumpa kaset Greenday tu masa ada spot check kat kelas. Dia pon menggelabah la sorok kaset tu kat belakang papan hitam termasuklah aku.
Lepas abis spot check aku pon jumpa la dia & dia bagi aku try dengar kaset tu. Dan sejak aritu aku jadi rapat ngan dia & dia banyak bagi stuff2 punk / hardcore untuk aku dengar. The Clash, Sex Pistol, The Ramones, Iggy Pop & The Stooges, Bad Religion, Rancid, NOFX, The Offspring, The Misfits, Tiger Army, Fugazi dan banyak lagi la.
Ermm sampai sini jer dulu nanti aku update lagi.
Time II
7 hours ago
3 comments:
beb, gambo takde ke yang korang buat pementasan One tu?
tampal ah gambo... mesti kecoh nye
gambor takde kat simpanan aku..klu nak kene cari kat arkib sekolah la jawabnye..
AKu tak pernah minat GnR. Zaman glam aku masa zaman kegemilangan Motley Crue/WASP/Scorpions dulu. Masa zaman GnR meletup aku dah jadi Mat Thrash.
Post a Comment