Tuesday, April 30, 2013

Tool's Undertow



Ntah kenapa aku boleh sangkut ngan Tool ni. Banyak orang tanye "Tool? ko minat Tool? band lembik yang bosan tu? dengarlah Sodom ke Arc Enemy ke, Kreator ke? Slayer ke Maiden ke barulah truuuu". heh aku biasanya tersenyum sinis saje. Ye Tool tak laju macam band yang disebutkan tadi tapi cuma ape yang aku boleh kata ianya band yang "berat" sebab agak sukar untuk hadam dengan muzik bawaan  mereka.  Kalau nak senang muzik Tool boleh dikategori kan sebagai progressive metal. Muzik Tool ni agak kompleks sebenarnya, dengan flow nye yang agak dramatik dengan turun naik mood lagunya. Tool berbeza ngan Dream Theater (kalau ambil contoh genre progressive metal la) yang mana DT banyak solo drums, gitar, bass n keyboard dan lagunya turun naik ikut lirik lagu mereka tapi muzik Tool hanya cukup-cukup untuk lagu tu saja. Tak lebih tak kurang.

Undertow merupakan debut pertama selepas EP "Oppiate". Album yang melonjakkan nama mereka ke persada muzik metal dunia dan kini telah berusia 20 tahun selepas dirilis pada April 1993. Lagu-lagu seperti Prison Sex dan Sober merupakan lagu market mereka tapi banyak lagi lagu yang bagus dalam album ni antaranya, Intolerance, Crawl Away, Swamp Song, Flood dan Undertow. Suara vocalist, Kenan memang sedap dan terbaik. Aku admire sangat ngan suara dia coz dia pandai mainkan teknik vokal dengan mood melodi dan jadikan lagu Tool begitu dramatik dan beremosi. Cuba dengar Sober korang tau maksud aku. Sound album ni memang berat, padu, melekat dan tepat. Kombinasi yang baik dari Adam Jones, Paul d'Amour dan Danny Carey.

Pada aku album ni antara yang seronok dan mencabar untuk dilayan dan pada sape-sape yang nak try kelainan aku rekomen la album ni. Masa memula dulu aku beli memang menyumpah la haha susah betul nak hadam tapi lepas lama-lama jadi minat dan jadi favourite band pulak. Dan ada jugak orang kata bukan calang-calang orang dengar Tool cuma yang betul-betul passionate ngan art+muzik je boleh layan hahaha ade-ade saje. Oklah Sape -sape yang minat band progressive 70;s cam Rush ke, King Crimson ke, ELP ke mesti takde masalah kot cuma bezanya sound dia jadi lebih tebal, berat dan jahat serta kejam.

4 comments:

berteromber said...

pernah cuba dengar...memang tak boleh nak hadam...heheh..

Adi Herman said...

Secara umunya band Tool ni x semua orang boleh layan...tapi bagi aku Tool lain dari yg lain, muzik mereka kompleks tapi tak terlalu ketara progressive nya...album Lateralus merupakan my favourite for all time, dan aku mula mengenali mereka dari album ni (lewat sikit dari org lain haha)...drumming Danny Carey memang sempoi, groove nya memang memikat...vokal Keenan apatah lagi...semestinya Art Rock! Pernah terfikir nak bawak jamming lagu "lateralus" dgn band tapi ramai member2 x layan Tool...sedih

Kaboi Tanduk said...

four piece band macam Tool ni memang syok dengar, walaupun lahir zaman alternative tapi Tool tetap konsisten untuk terus berbeza dengan yang lain..

dalam Book of Tool kalau tak silap ada sebut setiap kali nak buat album depa tak mau jadi macam cover band kepada band depa sendiri, tapi masalahnya jarak dari satu album ke satu album tu lama sangat.. hehe

Blitzenius said...

walaupun abang-abang saya semua mungkin secara tak sedar telah memperkenalkan Iron Maiden, Metallica dan Megadeth sebagai metal, yang terawal saya terima sebagai metal sebenarnya ialah trek 'H.' dari album kedua Tool, Aenima. dan saya diperkenalkan dengan lagu 7 minit ini di radio (Radio Muzik section Inggeris pada waktu petang sekitar 1996/7 untuk lebih spesifik), bukan diperkenalkan oleh koleksi album kawan2 rapat yg mungkin agak rare dan tak masuk radio ketika itu. Radio! Jauh benar dengan standard putaran radio hari ini. Yang saya boleh kata ialah pandangan saya tentang muzik, lebih-lebih lagi tentang muzik berat benar-benar berubah dan pusing 360 darjah berbanding dengan standard muzik berat yang biasa. Tool bukan band yg klise (dan sebab tu lah saya rasa jarang dapat jumpa kawan2 yg minat Tool sekitar 90'an). Saya end up layan Tool sorang2 dengan setiap hari pergi ke kedai kaset di Kuala Terengganu bertanya tentang album Aenima ni dengan jawapan yg saya selalu terima ialah 'kaset Tool takde'. Zaman belum ada internet. panjang kalau saya nak cerita sejarah saya dengan Tool (tak termasuk masa zaman nu metal bila semua kawan2 kata muzik Tool yang saya layan ni muzik 'grunge'). Undertow bagaimanapun pada saya masih belum dikira album yang definitif tentang Tool (walaupun pada sesetengah telinga ianya permulaan yang baik). Puncak kreatif yg subur bagi Tool pada saya ialah Aenima, kemudian disempurnakan lagi melalui album Lateralus.