Sunday, May 27, 2012

Nirvana


Rilisan terakhir Nirvana adalah kompilasi "live" terbaik mereka ; From The Muddy Banks Of The Wishkah iaitu pada 1996 kemudian pada 2002 Nirvana tampil dengan kompilasi Nirvana. Album yang menampilkan seleksi lagu-lagu terbaik/hit singles  mereka yang sepatutnya dirilis pada 2000 namun atas isu saman menyaman antara Courtney Love (balu Kurt Cobain) dengan ahli Nirvana; Krist Novoselic & Dave Grohl ke atas hak cipta lagu "You Know You're Right.

Sepatutnya "You Know You're Right" terkandung dalam boxset "With The Lights Out" seperti yang dikehendaki oleh Krist & Dave, namun Courtney Love mahu lagu ini dimaksukkan kedalam satu cd bukan kedalam boxset tersebut kerana melihat potensi lagu ini sebagai singles. Setelah turun naik mahkamah akhirnya Krist & Dave akur & akirnya album ini dirilis pada 2002.

"You Know You're Right " merupakan sesi rakaman terakhir Kurt Cobain bersama Nirvana. Ianya dirakam pada hari ke-3 setelah Kurt tidak muncul-muncul di Robert Lang's studio selama 2 hari. Pada hari pertama & kedua iatulah Dave Grohl  merakamkan demo koleksi lagu-lagu beliau dan lagu-lagu tersebut dimuatkan kedalam album pertama Foo Fighters. Lagu ini (vokal & muzik) dirakam hanya sekali "take" saja. Kemudian Kurt hanya menambah beberapa part untuk solo dan Kurt terus berlalu pergi.

Selain lagu tersebut kompilasi ini juga mengandungi sebuah lagi unreleased tracks; "Pennyroyal Tea" yang mana ianya versi remix/alternate mix yang sepatutnya dirilis sebagai singles pada March 1994 namun ianya tidak sempat diedarkan sebab kematian Kurt Cobain dan tidak terdapat dimana-mana official released mereka selain di kompilasi ini.


Tracks lain yang terkandung dalam album ini; "About A Girl" dari Bleach 1989 yang mana lagu ini popular selepas MTV Unplugged In New York, "Been A Son" b-side Blew EP yang mana ianya hanya untuk pasaran UK, "Sliver" sub pop singles, 4 singles dari Nevermind "Smells Like Teen Spirit", "Come As You Are", "Lithium" & "In Bloom", singles dari In Utero; " Heart Shaped Box" & "Rape Me" serta "Dumb" dan 2 promo tracks dari MTV unplugged in New York; "All Apologies" & "The Man Who Sold The World".

apalagi layan video la pulak :)


2 comments:

deaf-angel said...

aku kalo teringat je aku mesti ketawa yang about the girl portdy buat lawak tu

Adi Herman said...

You know You're Right...tak sangka plak psl lagu ni Kris n Dave terpaksa turun naik mahkamah akibat isu saman menyaman dgn Courtney...ermmm lagipun Courtney ni pun seolah2 mempergunakan Kurt semasa hayatnya...such a biaaatchhh...