Selepas kejayaan O.A.G dengan debut sulung mereka (review disini) Positive Tone mengorak langkah dengan menerbitkan sebuah album kompilasi "Boys and Girls 1+1=3". Album ini lebih kearah memperkenalkan artis-artis naungan mereka kepada industri muzik tempatan. Album yang diterbitkan oleh paul Moss dirakam di 2 buah studio; Positive Tone studia & Dreamwalk studio (studio yang sentiasa tercatit dalam inlay album band-band underground) & dimixing oleh Paul Moss bersama Bullet.
Membariskan band-band berpotensi dengan memperdengarkan bunyian "alternative rock" kepada pendengar umum. O.A.G membuka album ini dengan nuansa alternative/brit rock mereka melalui lagu "Disposable Garbage" selain sebuah instrumental "Radhi Taps His Guitar". Melalui 2 buah lagu tersebut mereka lebih matang dari segi "songcraft" & sedikit eksperimental.
Kompilasi ini juga memperkenalkan sebuah band dari Sarawak; Nice Stupid Playground. Menyumbangkan 3 buah lagu yang kuat pengaruh "Smashing Pumpkin"nya iaitu "She Wants", "And I Don't Admire (the Things That You Do)" & hits "Bedroom Window" sebuah ballads yang kuat lenggok Billy Corgan. Amat melankolik. Nita (kini dikenali selepas menyertai pertandingan OIAM musim 1) merupakan satu-satunya artis solo didalam album ini. Menampilkan "He's a Mod" & "True Love" sebagai pengenalan dengan lontaran vokal yang cukup "comel" sesuai dengan umurnya yang 16 tahun ketika itu.
Pasangan duo, Brodwyn yang berkonsepkan folk harmoni ini mengetengahkan sebuah lagu "Ode From Pyscopath" sebagai pengenalan. Lagu yang agak berlainan ini amat sesuai dengan konsep "alternative music". Agak menarik. Seterusnya punkrock riot grrls band, IntoXicated dianggotai Nora, Li Chu dan Rina Omar (ex 8tv host & DJ) menyumbangkan 3 buah lagu "Kitty Kat", "Diet" & "Doreamon". Dengan energi punkrock & lirik yang "sempoi" dan lucu mengingatkan penulis kepada band seperti L7 & Babes In Toyland.
Album yang MESTI berada dalam rak kaset atau cd kepada penggemar yang menghargai muzikband-band tempatan.