Monday, November 21, 2011

Nirvana's Nevermind Super Deluxe Edition



Setelah menunggu dengan penuh keterujaan & kesabaran akhirnya album klasik Nirvana, Nevermind yang menyambut ulangtahun ke-20 berada di dalam genggaman. Ini adalah edisi terhad 20th anniversary Super Deluxe Edition dimana seperti yang sedia maklum boxset ini adalah terhad dimana hanya 10,000 untuk pasaran US & 30,000 untuk seluruh dunia. Untuk peminat setia Nirvana pasti boxset ini menjadi salah satu khazanah mesti milik sebagai koleksi peribadi.

Boxset yang berada ditangan saya adalah ber# 29,273 / 30,000 (saya mengharapkan # 24991 bersempena tarikh pelancaran album ini pada 1991). Ianya didatangkan dengan 4cd + 1 dvd yang mengandungi previous unreleased tracks, rarities, b-side, BBC radio appearances, alternative mixes, rare live recording & unreleased concert. Selain itu ianya disertakan dengan sisipan majalah Smash Hits (poster sebenarnya) & booklet yang mana memaparkan gambar-gambar eksklusif & menarik yang belum pernah disiarkan dimana-mana penerbitan sebelum ini.

Cd 1 :

Original Album (remastered)
  1. "Smells Like Teen Spirit" (Cobain, Grohl, Novoselic) – 5:02
  2. "In Bloom" – 4:15
  3. "Come as You Are" – 3:39
  4. "Breed" – 3:04
  5. "Lithium" – 4:17
  6. "Polly" – 2:57
  7. "Territorial Pissings" – 2:23
  8. "Drain You" – 3:44
  9. "Lounge Act" – 2:37
  10. "Stay Away" – 3:32
  11. "On a Plain" – 3:16
  12. "Something in the Way" – 3:55
    "Endless, Nameless" (Cobain, Grohl, Novoselic) – 6:44
"Whoaaa, meletup!!!" itulah reaksi pertama sebaik saja memasang cd ini ke cd player (sebenarnya di dalam studio milik rakan). Track "Smells Like Teen Spirit" memang menggegar, terang, kuat,nyaring & meletup terutama pada chorusnya. Terserlah sound album ini seolah-olah ada sesuatu yang "lepas" berbanding mendengar rilisan asal. ianya satu perasaan yang menarik terutama bila mendengar tracks seperti, "In Bloom", "Breed", "Territorial Pissing" & sudah tentu hidden tracks " Endless Nameless" memang benar-benar menyerlah sound keseluruhan cd ini. Tidak Kurang juga lagu seperti "Polly" & "Something In Tne Way" yang terserlah vokal & akustik gitar kurt Cobain.

B-sides

13."Even in His Youth" ("Smells Like Teen Spirit" single B-side) – 3:04
14."Aneurysm" (Cobain, Grohl, Novoselic) ("Smells Like Teen Spirit" single B-side) – 4:46
15."Curmudgeon" ("Lithium" single B-side) – 2:59
16."D-7" (Greg Sage) ("Lithium" single B-side) – 3:46
17."Been a Son" ("Lithium" single B-side) – 2:31
18."School" ("Come as You Are" single B-side) – 2:34
19."Drain You" ("Come as You Are" single B-side) – 3:53
20."Sliver" ("In Bloom" single B-side) – 2:04
21."Polly" ("In Bloom" single B-side) – 2:47

B-side pula adalah tracks dari singles " Smells Like Teen Spirit", "Come As You Are", "In Bloom & "Lithium". Kesimpulannya versi remastered ini memberikan 1 kualiti bunyi yang terang, jelas, dinamik & padu.

Cd 2 :

Smarts Studio sessions
  1. "In Bloom" – 4:32
  2. "Immodium (Breed)" – 3:15
  3. "Lithium" – 4:32
  4. "Polly" – 2:59
  5. "Pay to Play" – 3:29
  6. "Here She Comes Now" (John Cale, Sterling Morrison, Lou Reed, Maureen Tucker) – 5:02
  7. "Dive" (Cobain, Novoselic) – 3:56
  8. "Sappy" – 3:37
Smarts Studio sessions amat menarik kerana ianya adalah versi awal/pra-Nevermind. Dirakam pada April 1990. Ketika itu Nirvana bersama Sub Pop records (label yang menerbitkan "Bleach") hendak menerbitkan album ke-2 mereka bersama Butch Vig sebagai penerbit. Namun rakaman ini terbengkalai selepas Nirvana tidak muncul untuk menghabiskan rakaman tersebut. Dan ironinya versi inilah yang dijaja oleh Nirvana untuk mencari label baru setelah Sub Pop ketika itu mengalami krisis kewangan & tak mampu untuk membiayai rakaman album kedua mereka. Sound versi ini agak raw.

The Boombox Demo rehearsals
  1. "Smells Like Teen Spirit" (Cobain, Grohl, Novoselic) – 5:40
  2. "Verse Chorus Verse" – 3:15
  3. "Territorial Pissings" – 2:12
  4. "Lounge Act" – 2:38
  5. "Come as You Are" – 4:13
  6. "Old Age" – 4:22
  7. "Something in the Way" – 5:31
  8. "On a Plain" – 3:22
Versi ini adalah demo mereka yang dirakam di Tacoma sekitar March 1991. Dengan sound yang betul2 raw & bising kita seolah-olah berada didalam studio jamming bersama mereka. Ini adalah rakaman menggunakan tape/kaset. Korang boleh bayangkan bunyi dia macam mana kan.

BBC Sessions

17."Drain You" – 4:04
18."Something in the Way" – 3:24

Dipetik dari John Peel & Mark Goodier radio session, England 1991.

Cd 3 :

The Devonshire Mixes
  1. "Smells Like Teen Spirit" (Cobain, Grohl, Novoselic) – 5:02
  2. "In Bloom" – 4:16
  3. "Come as You Are" – 3:41
  4. "Breed" – 3:04
  5. "Lithium" – 4:18
  6. "Territorial Pissings" – 2:14
  7. "Drain You" – 3:41
  8. "Lounge Act" – 2:37
  9. "Stay Away" – 3:28
  10. "On a Plain" – 3:28
  11. "Something in the Way" – 3:56
Ini adalah versi rough mix/asal oleh Butch Vig. Proses mixing dijalankan di Devonshire Studio, LA pada May 20-28 1991 sehari selepas selesai rakaman Nevermind di Sound City Studio, CA. Namun hasilnya tidak menepati citarasa Nirvana & Butch Vig sendiri. Kurt Cobain menyatakan bahawa sound album ini mahu seperti "Seasons in the Abyss" oleh itu mereka memilih Andy Wallace (beliau adalah co-producer untuk "Season in The Abyss") untuk membuat mixing bagi album ini.

Cd 4 & DVD :

Live at Paramount :
  1. "Jesus Doesn't Want Me for a Sunbeam" (Eugene Kelly, Frances McKee) – 3:30
  2. "Aneurysm" (Cobain, Grohl, Novoselic) – 4:50
  3. "Drain You" – 3:47
  4. "School" – 2:52
  5. "Floyd the Barber" – 2:27
  6. "Smells Like Teen Spirit" (Cobain, Grohl, Novoselic) – 4:46
  7. "About a Girl" – 3:13
  8. "Polly" – 3:04
  9. "Breed" – 3:11
  10. "Sliver" – 2:11
  11. "Love Buzz" (Robbie van Leeuwen) – 3:34
  12. "Lithium" – 4:38
  13. "Been a Son" – 2:16
  14. "Negative Creep" – 2:44
  15. "On a Plain" – 3:04
  16. "Blew" – 4:09
  17. "Rape Me" – 3:00
  18. "Territorial Pissings" – 2:56
  19. "Endless, Nameless" (Cobain, Grohl, Novoselic) – 6:25
Ini adalah versi audio Live at Paramount. Ia dirakam secara langsung semasa mereka membuat persembahan di Paramount Theater, Seattle pada Oct 31 1991. Dirakam oleh Andy Wallace. Ianya merupakan satu-satunya concert Nirvana yang dirakam dengan 16mm film Hi-definition. DVD untuk konsert ini disertakan bonus 4 video clips; "Smells Like Teen Spirit", "Come As You Are", "In Bloom" & "Lithium". Ulasan penuh DVD menyusul nanti.

Ok layan gambar-gambar boxset ni eh ;)

6 comments:

deaf said...

Beb

pegi Seatle beb, pegi, kalo ko pun jenis 'man on the street' cam aku , terpaksalah ko buat keja part time ke hapa ke kumpul duit extra untuk belanja travels.

atau mana2 je la ko boleh enjoy musik yang ko suka ni ngan fans yang macam ko. You deserve it.

Portdy said...

cat eye,

beli di mana dan berapa rega?

berteromber said...

pergh!!...nasib aku bukan into Nirvana sangat....kalau tak..memang meleleh...

berapa RM ni beb?

Kaboi Tanduk said...

perghh terbaik! tapi apsal gambar cd patah?

matakucing said...

deaf,
ko doakan la yer..amin

portdy, berteromber
beli di rock corner the garden, sblh midvalley, kl. RM 360. kalu tak silap masa tgk gig tribute Nirvana tuari borak ngan staff Universal music (M) dorang cuma bawak masuk 100 pcs jer. kat mudah ada org jual tak tau ada lg ker tak http://www.mudah.my/NIRVANA+NEVERMIND+LIMITED+EDITION+Box+Set-12132551.htm

koboi tanduk,
bkn cd patah..cd selit kat situ..tu yg nampak cam patah.

Takilala said...

argghhhhhhh best!!!!!!