Saturday, November 26, 2011

Live at the Paramount DVD



Pada sesiapa yang pernah menonton video klip Lithium, You Know Your Right & DVD Live Tonight Sold Out pasti tahu bahawa footage video itu diambil dari konsert ini. Apa yang aku dapat dengar & tengok dari konsert ini sound dia memang superd, kualiti gambar very the very cun sebab dorang rekod pakai 16mm film & hi-def nyer kualiti dengan editing yang best. Bila korang start play korang ada dua option nak tengok dvd ni, Full 16mm film frame (1.37:1), yang aku rasa format original maksudnya akan ada black bar on the side on a widescreen TV, tapi dengan best definition dan Anamorphic Widescreen (16:9) untuk view widescreen.

Start show ditunjukkan tipikal footage luar venue; orang berbaris & berasak2 nak masuk, tiket Sold Out, still nak beratur beli tiket etc. Dimulakan dengan cover song dari The Vaseline Jesus Don't Want Me for A Sunbeam (lagu ni jadi top lepas Nirvana bawak masa MTV Unplugged 1993) seterusnya lagu2 dari album Nevermind (sudah tentunya sebab show ni berlangsung kira-kira sebulan selepas album tu keluar) & lagu2 era Bleach serta beberapa studio Outake & b-side (Sliver, Anuerysm & Been A Son; kedua2nya terdapat dalam album Incesticide).

Selepas tamat Blew encore dimulakan dengan lagu Rape Me (terdapat dalam album In Utero). Ini merupakan versi terawal. Very impressive & RARE sebab lagu ni ada part solo (versi InUtero part solo digantikan dengan bridge "my favourite inside source"). Konsert ini ditutup dengan secret song "Endless nameless" (hidden track selepas 10 minit berakhirnya track 'Something in the Way" dari Nevermind - **tak semua cd Nevermind early pressing ada lagu ni) & sesi memusnah kan pentas & gitar ha5 (that's why i love Nirvana live ha5).

Bila selesai tengok dvd ni aku baru perasan aku ada bootleg konsert ni. Kaset dubbing dari cd 'Out Of The Blue" masih elok aku simpan (since 1997). The whole isi dvd ni sebijik macam dalam kaset dubbing tu no editing seketul2. Lawak2 KristNovoselic & ucapan Kurt cobain masa kenalkan lagu "Rape Me" (“This song is about hairy, sweaty, macho, redneck men… Who rape…”) memang tak syak lagi. Ok versi dvd stand alone ni takde extra content macam dvd kat dalam boxset (boxet ada 4 video klip). Memang best dvd ni. Highly recommanded.






5 comments:

gayour said...

You Know Your Right, selamat tahun baru hijrah! moga lebih berjaya, bahagia dan lebih penting berjaya dunia akhirat!

matakucing said...

gayour,
yearrrhh

Kaboi Tanduk said...

compare dgn live at reading, yang mana lagi best?

Takilala said...

in bloom

matakucing said...

kaboi,
reading lagi happening

takilala,
layan