Friday, December 30, 2011

Review Monoloque : Hikayat Halimunan Abad ke-21 : Jejak Tanah




Monoloque asalnya merupakan projek solo peneraju utama Butterfingers, Loque dimana muziknya berteraskan bunyian digital & kesan khas elektronik. "Jikaku Seorang Robot" merupakan material terawal yang sarat dengan bunyian digital sekaligus memperkenalkan Monoloque kepada khalayak pendengar. Namun setelah "berehat"nya Butterfingers (dengan penghijrahan Emmet, vokalis Butterfingers ke Kanada) dan kebosanan bermain dengan bunyian digital & elektronik Loque nekad untuk menubuhkan 1 unit pasukan baru dengan menjemput kadax & Loko (kedua-duanya ahli Butterfingers), Ijoo dan Apex bagi melengkapkan unit Monoloque.

Setelah beberapa tahun berhempas pulas mengerah idea, tenaga & mempromosikan bunyian Monoloque kepada umum, akhirnya album sulung "Hikayat Halimunan Abad Ke-21 : Jejak Tanah" dilancarkan pada November yang lepas. Album yang ditunggu-tunggu ini mengandungi 8 buah bunyi-bunyian segar yang dikarang oleh Loque & disusun bersama Monoloque. "Kupu-Kupu Malam (Bunyikan Semboyan)" sebagai bunyian pembukaan untuk santapan halwa telinga. Bunyian yang segar dan rancak ini cukup untuk membuatkan pendengar untuk terus menikmati album ini.

"Kekanda Adinda" merupakan bunyian rancak& menangkap ini menampilkan Atilia (anak kepada biduanita 70-an Salamiah Hassan) berduet dengan Loque. Bunyian yang kuat perisa "pop"nya merupakan lagu tema untuk drama "8 Bulan" lakonan Rashidi Ishak & Vanidah Imran. Dengan lirik yang santai dan mencuit hati ini mengisahkan tentang kehidupan suami isteri di era moden yang sibuk dengan kerjaya. Ianya seolah-olah mengembalikan nostalgia pasangan duet seperti, Hail Amir & Uji Rashid, Abdullah Chik & Noraniza Idris serta P.Ramlee & Saloma. Selain Atilia album ini juga menampilkan penyanyi era 80-an, Azlina Aziz yang merupakan anak kepada seniwati Normadiah & Aziz Jaafar untuk berduet menerusi "Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)". Berbanding dengan "Kekanda Adinda" yang lebih "ringan" & ceria, bunyian ini lebih "berat" dan "mendalam". Gabungan alunan piano oleh Loque, diiringi elemen string dan lontaran vokal Azlina Aziz yang sungguh "signature" dan lemak merdu (persis vokal seniwati Normadiah) membuatkan pendengar larut menyusuri melodi & lirik yang menikam kalbu. Sebuah bunyian dan kolaborasi yang padu. Sungguh hebat.

Seterusnya "Chinta" membawa pengertian cinta dengan skop yang lebih luas. Bunyian ini akan mengingatkan pendengar kepada bunyian "Urusan Seri Paduka Baginda" yang dipetik dari album Butterfingers - Selamat Tinggal Dunia. Dengan suntikan bunyian gamelan dan disulami nuansa rock ianya suatu yang agak "psychedelic" dan memikat. "Gurindam Hutan Batu" dan " Hapuskan Air @ Mata Mu" menampilkan permainan yang kemas & susunan muzik yang baik, terutama permainan drums yang teknikal dan kemas pada kedua-dua bunyian tersebut.

"Tiada Kata Secantik Bahasa" merupakan bunyian yang cukup rasanya. Dengan susunan muzik yang menarik & berbeza ianya langsung tidak mencacatkan melodi asal yang sememangnya indah & menawan. Ianya merupakan satu penghormatan kepada Tan Sri P.Ramlee yang merupakan pengaruh besar dalam sisi muzikal Monoloque amnya & Loque khasnya. "Penghormatan Terakhir" menjadi menutup tirai album ini. Dengan menyuntik elemen keroncong, bunyian ini agak menarik. Disulami dengan elemen string, mencantikkan lagi bunyian ini dengan impak dramatik seperti skor filem melayu klasik di pengakhiran bunyian.

Kesimpulannya "Hikayat Halimunan Abad Ke-21 : Jejak Tanah" amat membanggakan. Dengan gabungan bunyian melayu klasik & rock moden, susunan muzik yang baik serta lirik yang "berisi" menunjukkan bahawa Monoloque sedang mencipta "acuan" bunyi baru dalam landskap muzik tempatan dengan memperjuangkan , memperkenalkan dan menyambung seni warisan melayu (sastera, syair, puisi, gurindam dan sebagainya) yang semakin dilupakan daripada terus ditelan oleh arus permodenan.

Selamat Tahun Baru


Thursday, December 29, 2011

Bootleg cd : Radiohead + Nirvana + Led Zeppelin


Ok sapa kat sini suka dengar bootleg recording? ha5 mungkin ramai tak berapa suka dengar bootlegkan. Yelah sebab sound dia raw. Tak clean & clear macam audio biasa. Sakit telinga jer dengar. ha5 bootleg ni ada penggemarnya yang tersendiri. Pada aku bootleg ni "eksklusif" sebab benda ni bukan official released (biasanya siri konsert & studio outakes). Biasanya fans sendiri yang buat bootleg ni. Dorang rakam guna device sendiri & biasanya untuk diri sendiri jer & pada mana fans2 yang berminat boleh share sama2. Aku tak terlepas dari terjebak mengumpul & meminati untuk bootleg ni. Dulu aku ada cerita skit check sini Antara label bootleg yang aku minat Kiss The Stone (KTS) & Octopus & beberapa lagi. OK kat bawah ni antara bootleg yang aku baru jumpa ronda2 flea market :

1. Radiohead -The Best Thing That You Ever Heard (Kiss The Stone)



Ini adalah soundboard recording show Radiohead. Dirakam semasa tour 1996 di Boston & London (hanya pada tracks 16). Dikeluarkan oleh Kiss The Stone (KTS). Sound dia memeang terbaik, jelas , nyata dan terang. Terasa vibe live dia. Kebanyakan setlist dari album terawal mereka; Pablo Honey, The Bends & EP My Iron Lung. Dengarkan saja tracks macam High & Dry, Just, Creep, Anyone Can Play Guitar, Fake Plastic Trees & Street Spirit pasti menggegar. Ini jam dorang belum experimental sangat. Kira masih boleh dihadam lagi muzik dorang sebelum melayang dengan album OK Computer, Kid A & seterusnya.


2. Nirvana - Out Of The Blue (Octopus)



Yang ni pulak bootleg Nirvana. Mengikut sleeve bootleg ni dirakamkan live di The Seattle Univercity, Seattle pada 1989. Bootleg Keluaran company Italy,Octopus ni pon bagus. Kira "A" lah. Sound dia sedap. Ni kira tour Nirvana era Bleach. Yang bestnya show ni sebab menampilkan Jason Everman selaku 2nd gitaris. Kalau nak ikutkan tak pernah ada dalam official released dorang yang ada 2nd gitar. Kalu adapon "Unplugged In New York" & "The Muddy Banks Of The Wishkah" itupun Pat Smear yang main. Dengan adanyer 2nd gitar sound Nirvana agak "besar" & "penuh" & lagi heavy. Setlist dia pon ada terselit b-side macam "Dive", "Another Rules" (tajuk asal " Sappy") & "Help Me". Out Of The Blue ni ada versi lain jugak. Macam yang aku pernah cerita kat sini , 2 bootleg yang gunakan tajuk yang sama cuma yang satu lagi adalah konsert live at The Paramount Theater (yang sekarang keluar dvd tu)

3. Led Zeppelin - Live at London's O2 Arena 2007 (SRS Records)



Ni pulak bootleg yang paling best. Show yang paling memorable, reunion Led Zeppelin dengan anggota asal Robert Plant, John Paul Jones & Jimmy Page bersama Jason Bonham (anak kepada mendiang John Bonham) selepas 27 tahun berpecah. Itu jam website semua crash, jammed sebab ramai sangat nak beli tiket. Intro konsert ni memang best. Kalau tak silap dorang ambik dari petikan film" The Song Remains The Same", scene yang ada cakap Led Zepp dah "pukul" The Beatles, pastu dorang naik private jet, landing kat airport naik limo sampai stadium naik stage sorang demi sorang nama disebut & dorang pon keluar stage kat o2 Arena tu. Setlist memang the best song ever, Black Dog, No Quater, Dazed And Confused, Kashmir & 2 lagu yang fisrt time dorang bawak ; In My Time Of Dying & For Your Life serta 2 encore, Whole Lotta Love & Rock & Roll. Show ni memang seret with the extanded version for each songs. Bootleg keluaran SRS Records dari Sepanyol ni sound cun tapi kena adjust sikit; level bass kasi turun sikit, trebel kasi up sikit & volume kasi up baru sedap.

Ok tu jer nak cerita pasal bootleg recording ni. Aku pon tengah belajar2 nak buat bottleg sendiri. Dulu ada buat gak masa Konsert 2 Raksasa, Whitesnake & terbaharu Search 30th Anniversary kat The mines tuari tapi tak berapa nak menjadi lak. Ha5 aku nak mintak Deaf ajar ni ha5.

Saturday, December 24, 2011

Qing & Kueen

To my beloved father & mother, happy birthday. Moga mak & abah diberi kesihatan & kegembiraan selamanya. Anakmu doakan supaya mak & abah dapat naik haji tahun depan. Insyallah Amin. Errr pasal menantu tu lain2 kali kita bincang yer he5.

untuk mak



untuk abah pulak.


Tuesday, December 20, 2011

We bought a zoo


Alasan utama untuk menonton filem ini adalah bukan kerana Scarlett Johansson tapi penulis & pengarahnya; Cameron Crowe. Ditulis berdasarkan memoir Benjamin Mee dimana ianya mengisahkan beliau & keluarganya membeli sebuah zoo yang hampir bankrup dengan menggunakan semua duit simpanan mereka & membina semula zoo berkenaan. Emm menarikkan ? lagi satu citer ni citer pasal binatang2, pasti aksi2 nakal, lucu & comel menarik perhatian. Lagi satu sountrack filem ni ditulis oleh Jonsi anggota group post-rock dari Iceland, Sigur Ros.(kena masuk list cd yang bakal dibeli 2012 ni ha5)


Monday, December 19, 2011

Review : Search 30th Anniversary @ KL

So setlist korang dah taukan, ok ni review dia plak. Pertukaran venue konsert dari Padang Astaka, PJ ke The Mines Convention center satu langkah yang bijak. Namun kesesakan luar biasa berlaku untuk masuk ke venue. Mana taknyer sebelahnyer shopping mall. Kena pulak hari sabtu memang jammed giler babon. Aku gerak lepas maghrib sampai venue kira2 8.45pm gitu. Barisan memang panjang giler. Aku risau gak kot2 show dah mula aku still kat luar lagi. Ha5 dari luar masih ramai lagi yang mundar mandir tggu kawan agaknyer. Yerlah sangkut jammed. Anyway walaupon berbaris panjang tapi smooth. Memang best, organised betul. Sebelum masuk amoi Define bagi tshirt.

Melangkah masuk dewan memang dah full, aku terpaksa la selit2 cari spot yang best. Tapi aku stucked sampai depan soundman nyer tempat jer, takbleh nak kedepan lagi. Full pack macam sardin. Konsert dimulakan dengan ditunjukkan line up naik keatas stage dari backstage. Yazit "whooooo", pastu Nasir "whooooo", kid "whooooooooooooooo" & Din "Whooooooooo". Yazit membuka tirai denga drums solo. Kemas & terkawal permainannyer & terus masuk Panggung Khayalan. Amy muncul dari back stage. Crowd dah menggila. Kemudian Gothik Malam Edan, Fenomena & Musnah betul2 manjada adrenalin. Dengan sound yang superb & lighting yang bagus dan permainan yang kemas memang membuat aku tersenyum.

Metropolitan & Melayar Bahtera antara track yang aku tunggu2. Aku very the happy la pasal lagu ni memang jarang2 sangat bawak (especially Rampage nyer album) but aku sedikit ralat sebab 2 lagu ni tak seperti yang aku harapkan (expectation aku tinggi untuk konsert ni ha5), kelam kabut sikit but still ok namun tetap canggung sebab ada kesilapan (Amy salah masuk part). Serigala Segalanya very impressived good job. Anthem mat rock Balada Pemuzik Jalanan, lagu negaraku; Isabella dan Melastik Kebintang serta Cakap Memang Murah antara seleksi terbaik yang membuatkan crowd singalong sepanjang lagu. Lepas tu intermision sedutan temubual rambang peminat2 Search on the street. Very funny & aku rasa sama kot dengan yang ditunjukkan kat Penang & JB.

Kemudian seleksi lagu2 ballads terbaik Search diperdengarkan; suara Amy memang tenggelam, crowd very supportive Rozana, Bisa (yes this is the most their greatest ballads song), Laila Namamu Teratas (oohhh noooo potong stim ha5-kalau ikut info masa last praktis lagu TEGUH masuk dalam list but last minutes tukar pulak dengan Laila). For the First time Kejora aku tengok& dengar depan mata, rasa nak menangis pon ada ha5 & favourite aku Gadisku . Then Amy cakap ada big surprised malam ni; dia cakap pasal zaman mula2 Search datang KL, main kelab, lepas tu someone datang ajak dia buat album, orang yang menjadi tulang belakang Search & dipersilakan M. Nasir. Crowd very cheerful. "Gua tak boleh panggil lu dato' ok, gua tak boleh" ha5 seloroh Amy. Very memoriable moments when 2 icon on stage & performed together. "Lu pon rockers jugak beb" usik Amy & Mat Rock, Paranoid (whoooaaaa memang tak sangka dorang duet lagu ni) & Meniti Titian Usang menutup sesi duet mereka.

Giliran adik beradik Kid & Din beraksi. Kid banyak pakai effect sekarang, nak bereksperimen dengan sound effect kot & Din rocksteady. Tapi Din bikin gempak start dengan strumming intro "KAU KAN TAHU" sebelum membelasah Les Paulnyer. Kalau dorang bawak lagu tulah fuhhh memang terbaik. Set Kembali heavy dengan lagu2 anthem terbaik seperti Isi atau Kulit, Langit Dan Bumi dan Menara Kesesatan dibawak dengan baik sekali, full of energy walaupun dah lebih 2 jam beraksi but they still rockin. Mentari Merah di Ufuk timur kasi graf adrenalin mendatar sikit sebelum mencanak naik bila Pelesit Kota & Pawana mengegar seluruh dewan. Crowd bertenga balik, bouncing abis macam ombak. Fantasia Bulan Madu seperti dijangka sebagai penutup konsert malam tu. Walaupon jeritan "we want more" berkumandang namun encore "yillek". Aku rasa 3 hours with 26 greatest songs for 30 years in rock n roll konsert ni berjaya menaikkan kembali graf aku terhadap Search (ha5 sebetulnya aku agak sedikit ralat/kecewa dengan Search semenjak Di Awan Biru). Hopefully they will come up with new album next year & tour all the states. Korang still releven lagi la & to KID 3 words "FOCUS, FOCUS & FOCUS".

*deaf aku ada tape tapi pakai enpon sound pon just ok2 telinga aku jer ha5..ermm2 ko bagi tips eh

Sunday, December 18, 2011

dah lepas

So malam tadinyer show KL dah lepas; 3 hour ; 10 000 crowds

Search 30th Anniversary setlist :

1. Intro ( Yazit drums solo)
2.Panggung Khayalan
3.Ghotik Malam Edan
4.Fenomena
5.Musnah
6.Metropolitan
7.Melayar Bahtera
8.Serigala Segalanya
9.Balada Pemuzik Jalanan
10.Isabella
11.Melastik Kebintang
12.Cakap Memang Murah

intermision

13.Rozana
14.Bisa
15.Laila Namamu Teratas
16.Kejora
17.Gadisku

Search + M.Nasir
18.Mat Rock
19.Paranoid
20.Meniti Titian Usang

21.Kid + Din Solo
22.Isi atau Kulit
23.Langit Dan Bumi
24.Menara Kesesatan
25.Mentari Merah Di Ufuk Timur
26.Pelesit Kota
27.Pawana
28.Fantasia Bulan Madu


review.. kejap lagi

Saturday, December 10, 2011

Cita-cita @ angan-ngan




Thanks to bro Faizal keatas 2 buah buku, terutamanya Naked Lunch yang memang dah lama aku mencarinyer. Review akan menyusul kemudian. Lately aku dah memang jarang nak beli cds or collecting t-shirt, lebih suka beli bahan bacaan (books, magazines, fanzines etc). Ni dah kira macam keutamaan pulak ha5. Aku sebenarnya bukanlah ulat buku but aku minat buku2 pasal muzik especially auto/biography & music business. Ni sekarang tengah nak cari buku pasal perubatan melalui muzik karya Al-Farabi & al-Khind ilmuan Islam yang agung tu & lagi satu buku pasal pengaruh muzik dalam sufism. Bila dah minat membaca ni mulalah nak terbitkan buku sendiri (memang ada pun cita2 tu).

Agan2 aku dulu nak ada column sendiri kat newspaper or magazine but sampai sekarang tak tercapai lagi ha5. Dulu (sekitar 2000-2007) ada gak beberapa individu/penerbitan jemput aku jadi penulis tapi aku tolak sebab tak dapat beri komitmen sepenuh masa. Now aku terasa macam nak buat balik benda tu. Dalam kepala otak maybe aku nak buat fanzine/webzine sendiri or re-branding blog ni? ermmm tak tahu yang mana satu BUT aku rasa macam nak buat fanzine sendiri sebab suka cara oldskool & aku rindukan zaman2 tu & manalah tau fanzine ni akan jadi khazanah or sumber rujukan (syok sendiri lak ha5) tp rasa macam tak praktikal plak (dari segi kos) sebab ada lagi ker orang nak baca/kumpul fanzine ni? OR better re-branding jer kot blog ni?

Idea2 semua dah ada cuma aku perlukan masa lagi nak buat research. Cheh nampak serius jer kan aku ni TAPI aku memang maksudkannyer. Aku harap benda ni dapat direalisasikan dalam pertengahan tahun 2012. Insyallah. Kalau korang ada pendapat sila la kemukakan eh. Pendapat anda amat dialu-alukan.

Saturday, November 26, 2011

Live at the Paramount DVD



Pada sesiapa yang pernah menonton video klip Lithium, You Know Your Right & DVD Live Tonight Sold Out pasti tahu bahawa footage video itu diambil dari konsert ini. Apa yang aku dapat dengar & tengok dari konsert ini sound dia memang superd, kualiti gambar very the very cun sebab dorang rekod pakai 16mm film & hi-def nyer kualiti dengan editing yang best. Bila korang start play korang ada dua option nak tengok dvd ni, Full 16mm film frame (1.37:1), yang aku rasa format original maksudnya akan ada black bar on the side on a widescreen TV, tapi dengan best definition dan Anamorphic Widescreen (16:9) untuk view widescreen.

Start show ditunjukkan tipikal footage luar venue; orang berbaris & berasak2 nak masuk, tiket Sold Out, still nak beratur beli tiket etc. Dimulakan dengan cover song dari The Vaseline Jesus Don't Want Me for A Sunbeam (lagu ni jadi top lepas Nirvana bawak masa MTV Unplugged 1993) seterusnya lagu2 dari album Nevermind (sudah tentunya sebab show ni berlangsung kira-kira sebulan selepas album tu keluar) & lagu2 era Bleach serta beberapa studio Outake & b-side (Sliver, Anuerysm & Been A Son; kedua2nya terdapat dalam album Incesticide).

Selepas tamat Blew encore dimulakan dengan lagu Rape Me (terdapat dalam album In Utero). Ini merupakan versi terawal. Very impressive & RARE sebab lagu ni ada part solo (versi InUtero part solo digantikan dengan bridge "my favourite inside source"). Konsert ini ditutup dengan secret song "Endless nameless" (hidden track selepas 10 minit berakhirnya track 'Something in the Way" dari Nevermind - **tak semua cd Nevermind early pressing ada lagu ni) & sesi memusnah kan pentas & gitar ha5 (that's why i love Nirvana live ha5).

Bila selesai tengok dvd ni aku baru perasan aku ada bootleg konsert ni. Kaset dubbing dari cd 'Out Of The Blue" masih elok aku simpan (since 1997). The whole isi dvd ni sebijik macam dalam kaset dubbing tu no editing seketul2. Lawak2 KristNovoselic & ucapan Kurt cobain masa kenalkan lagu "Rape Me" (“This song is about hairy, sweaty, macho, redneck men… Who rape…”) memang tak syak lagi. Ok versi dvd stand alone ni takde extra content macam dvd kat dalam boxset (boxet ada 4 video klip). Memang best dvd ni. Highly recommanded.






Wednesday, November 23, 2011

Rusty Cage


"Rusty Cage" helped changed the musical and cultural landscape of the '90s (you can even spot guitarist Kim Thayil rocking a flannel in the video). Soundgarden's sound was a raw, threatening ferocity that made radio metal seem immediately gauche, but played with arena-ready chops that could beat them at their own game — and you can hear both in frontman Chris Cornell's fire engine wail. (read more)



the great cover version by Johnny Cash


Monday, November 21, 2011

Nirvana's Nevermind Super Deluxe Edition



Setelah menunggu dengan penuh keterujaan & kesabaran akhirnya album klasik Nirvana, Nevermind yang menyambut ulangtahun ke-20 berada di dalam genggaman. Ini adalah edisi terhad 20th anniversary Super Deluxe Edition dimana seperti yang sedia maklum boxset ini adalah terhad dimana hanya 10,000 untuk pasaran US & 30,000 untuk seluruh dunia. Untuk peminat setia Nirvana pasti boxset ini menjadi salah satu khazanah mesti milik sebagai koleksi peribadi.

Boxset yang berada ditangan saya adalah ber# 29,273 / 30,000 (saya mengharapkan # 24991 bersempena tarikh pelancaran album ini pada 1991). Ianya didatangkan dengan 4cd + 1 dvd yang mengandungi previous unreleased tracks, rarities, b-side, BBC radio appearances, alternative mixes, rare live recording & unreleased concert. Selain itu ianya disertakan dengan sisipan majalah Smash Hits (poster sebenarnya) & booklet yang mana memaparkan gambar-gambar eksklusif & menarik yang belum pernah disiarkan dimana-mana penerbitan sebelum ini.

Cd 1 :

Original Album (remastered)
  1. "Smells Like Teen Spirit" (Cobain, Grohl, Novoselic) – 5:02
  2. "In Bloom" – 4:15
  3. "Come as You Are" – 3:39
  4. "Breed" – 3:04
  5. "Lithium" – 4:17
  6. "Polly" – 2:57
  7. "Territorial Pissings" – 2:23
  8. "Drain You" – 3:44
  9. "Lounge Act" – 2:37
  10. "Stay Away" – 3:32
  11. "On a Plain" – 3:16
  12. "Something in the Way" – 3:55
    "Endless, Nameless" (Cobain, Grohl, Novoselic) – 6:44
"Whoaaa, meletup!!!" itulah reaksi pertama sebaik saja memasang cd ini ke cd player (sebenarnya di dalam studio milik rakan). Track "Smells Like Teen Spirit" memang menggegar, terang, kuat,nyaring & meletup terutama pada chorusnya. Terserlah sound album ini seolah-olah ada sesuatu yang "lepas" berbanding mendengar rilisan asal. ianya satu perasaan yang menarik terutama bila mendengar tracks seperti, "In Bloom", "Breed", "Territorial Pissing" & sudah tentu hidden tracks " Endless Nameless" memang benar-benar menyerlah sound keseluruhan cd ini. Tidak Kurang juga lagu seperti "Polly" & "Something In Tne Way" yang terserlah vokal & akustik gitar kurt Cobain.

B-sides

13."Even in His Youth" ("Smells Like Teen Spirit" single B-side) – 3:04
14."Aneurysm" (Cobain, Grohl, Novoselic) ("Smells Like Teen Spirit" single B-side) – 4:46
15."Curmudgeon" ("Lithium" single B-side) – 2:59
16."D-7" (Greg Sage) ("Lithium" single B-side) – 3:46
17."Been a Son" ("Lithium" single B-side) – 2:31
18."School" ("Come as You Are" single B-side) – 2:34
19."Drain You" ("Come as You Are" single B-side) – 3:53
20."Sliver" ("In Bloom" single B-side) – 2:04
21."Polly" ("In Bloom" single B-side) – 2:47

B-side pula adalah tracks dari singles " Smells Like Teen Spirit", "Come As You Are", "In Bloom & "Lithium". Kesimpulannya versi remastered ini memberikan 1 kualiti bunyi yang terang, jelas, dinamik & padu.

Cd 2 :

Smarts Studio sessions
  1. "In Bloom" – 4:32
  2. "Immodium (Breed)" – 3:15
  3. "Lithium" – 4:32
  4. "Polly" – 2:59
  5. "Pay to Play" – 3:29
  6. "Here She Comes Now" (John Cale, Sterling Morrison, Lou Reed, Maureen Tucker) – 5:02
  7. "Dive" (Cobain, Novoselic) – 3:56
  8. "Sappy" – 3:37
Smarts Studio sessions amat menarik kerana ianya adalah versi awal/pra-Nevermind. Dirakam pada April 1990. Ketika itu Nirvana bersama Sub Pop records (label yang menerbitkan "Bleach") hendak menerbitkan album ke-2 mereka bersama Butch Vig sebagai penerbit. Namun rakaman ini terbengkalai selepas Nirvana tidak muncul untuk menghabiskan rakaman tersebut. Dan ironinya versi inilah yang dijaja oleh Nirvana untuk mencari label baru setelah Sub Pop ketika itu mengalami krisis kewangan & tak mampu untuk membiayai rakaman album kedua mereka. Sound versi ini agak raw.

The Boombox Demo rehearsals
  1. "Smells Like Teen Spirit" (Cobain, Grohl, Novoselic) – 5:40
  2. "Verse Chorus Verse" – 3:15
  3. "Territorial Pissings" – 2:12
  4. "Lounge Act" – 2:38
  5. "Come as You Are" – 4:13
  6. "Old Age" – 4:22
  7. "Something in the Way" – 5:31
  8. "On a Plain" – 3:22
Versi ini adalah demo mereka yang dirakam di Tacoma sekitar March 1991. Dengan sound yang betul2 raw & bising kita seolah-olah berada didalam studio jamming bersama mereka. Ini adalah rakaman menggunakan tape/kaset. Korang boleh bayangkan bunyi dia macam mana kan.

BBC Sessions

17."Drain You" – 4:04
18."Something in the Way" – 3:24

Dipetik dari John Peel & Mark Goodier radio session, England 1991.

Cd 3 :

The Devonshire Mixes
  1. "Smells Like Teen Spirit" (Cobain, Grohl, Novoselic) – 5:02
  2. "In Bloom" – 4:16
  3. "Come as You Are" – 3:41
  4. "Breed" – 3:04
  5. "Lithium" – 4:18
  6. "Territorial Pissings" – 2:14
  7. "Drain You" – 3:41
  8. "Lounge Act" – 2:37
  9. "Stay Away" – 3:28
  10. "On a Plain" – 3:28
  11. "Something in the Way" – 3:56
Ini adalah versi rough mix/asal oleh Butch Vig. Proses mixing dijalankan di Devonshire Studio, LA pada May 20-28 1991 sehari selepas selesai rakaman Nevermind di Sound City Studio, CA. Namun hasilnya tidak menepati citarasa Nirvana & Butch Vig sendiri. Kurt Cobain menyatakan bahawa sound album ini mahu seperti "Seasons in the Abyss" oleh itu mereka memilih Andy Wallace (beliau adalah co-producer untuk "Season in The Abyss") untuk membuat mixing bagi album ini.

Cd 4 & DVD :

Live at Paramount :
  1. "Jesus Doesn't Want Me for a Sunbeam" (Eugene Kelly, Frances McKee) – 3:30
  2. "Aneurysm" (Cobain, Grohl, Novoselic) – 4:50
  3. "Drain You" – 3:47
  4. "School" – 2:52
  5. "Floyd the Barber" – 2:27
  6. "Smells Like Teen Spirit" (Cobain, Grohl, Novoselic) – 4:46
  7. "About a Girl" – 3:13
  8. "Polly" – 3:04
  9. "Breed" – 3:11
  10. "Sliver" – 2:11
  11. "Love Buzz" (Robbie van Leeuwen) – 3:34
  12. "Lithium" – 4:38
  13. "Been a Son" – 2:16
  14. "Negative Creep" – 2:44
  15. "On a Plain" – 3:04
  16. "Blew" – 4:09
  17. "Rape Me" – 3:00
  18. "Territorial Pissings" – 2:56
  19. "Endless, Nameless" (Cobain, Grohl, Novoselic) – 6:25
Ini adalah versi audio Live at Paramount. Ia dirakam secara langsung semasa mereka membuat persembahan di Paramount Theater, Seattle pada Oct 31 1991. Dirakam oleh Andy Wallace. Ianya merupakan satu-satunya concert Nirvana yang dirakam dengan 16mm film Hi-definition. DVD untuk konsert ini disertakan bonus 4 video clips; "Smells Like Teen Spirit", "Come As You Are", "In Bloom" & "Lithium". Ulasan penuh DVD menyusul nanti.

Ok layan gambar-gambar boxset ni eh ;)