Sunday, September 27, 2015

Supermokh


Aku tak sempat tengok aksi beliau sebab aku masih kecik lagi...era 80-an..zaman aku zaman Azman Adnan, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Khairul Azman Mohammad, Mubin Mokhtar, Azlisham Ibrahim, Fandi Ahmad, Hashim Mustafa, Radhi Mat Din, Rusdi Suparman ermmm lagi sape eh?.

SUPERMOKH lagenda bola sepak negara amnya dan Selangor khususnya. Nanti review akan menyusul..hihihi bila? Tak tau lagi. Selain Supermokh cuma Lee Chong Wei je kan yang ada biografi kan (kalau kategori tokoh sukan la...kalau ada sila komen ;) )

 "Hidup dan matiku hanya untuk Selangor"- Mokhtar Dahari.

Saturday, September 26, 2015

Di Pintu Sepi



Citer dh suam-suam kuku...cuma nak citer ada 2 versi album Di Pintu Sepi... 1 versi bootleg..1 official re-issue yang baru keluar tuari. Yang bootleg tu hasil inisiatif budak-budak DuniaSearch (DNS)..rasanya masa tu aku tak start blogging lagi.

Zaman multiply huhu..angan-angan 10 tahun lepas (kot) Di Pintu Sepi akan kluar dalam format cd. Tu yang dorang lagi tepat lagi saudara Shahrul Rizal buat sendiri cd tu..ngan siap extra tracks lagi..hahaha special untuk ahli DNS.

Itu semua cerita lama...sekarang official re-issue dah keluar..so jadi pelengkap je la..kumpul ...sebab kaset aku takde ...baik yang pressing kaset putih maupun yang transparent..tshirt tak sempat aku nak print sebab tak dapat gambar cover yang cun...cuma Berpaling je sempat aku print.

Takde ape nak review sangat.. lepas ni agak-agak album Live yang double kaset tu ade re-issue tak? Harap-harap ade.

Friday, September 25, 2015

Oh berpaling


Ok citer dah basi...kihkihkih..semua dah review kan..so malas nak citer.. ;)

*p/s : adakah aku termasuk dalam kategori giler format ?

Thursday, September 24, 2015

Saturday, August 24, 2013

i see, i hear, i feel it


image: metallica.com

Intro : Ecstacy of Gold
1)Hit
2)Master
3)Fuel
4)Harvester

Kirk solo

5)Fade
6)Ride
7)Cyanide

Rob solo

8)Welcome
9)Sad
10)Orion
11)One
12)Bell
13)Blackened
14)Nothing
15)Enter

Encore :
16)Creeping
17)Batery
18)Seek

End.

Rasanya tak de ape sangat nak rebiu..ramai dah rebiu kan..so ni cuma highlight je la eh :

-Masa intro lagu Ecstacy of Gold tu ade tunjuk sedutan filem The Good The Bad & The Ugly dari screen layar yang begitu HD scene Tuco lari kat kubur cari tempat simpan gold tu.

-Yang remark merah tu antara lagu yang nak sangat aku dorang main..nampaknya termakbul bila tengok setlist Koreanye konsert..ade tukar la sikit-sikit..tapi "Whiplash" pulak tak kesampaian nak tengok live depan mata...Orion tu maybe tukar kat Spore main "..Ktulu" kot ...aku rasalah.

-Screen layar yang begitu HD agak membantu utk pemegang tiket greenzone..tapi mata aku banyak tertumpu kat stage walaupon nampak semuttttt je dorang.

-Sound? dari tempat greenzone tu kira masih baik jugaklah tapi vibe koir beramai-ramai dah hilangkan sikit rasa frust disebabkan bunyi yang agak "bright" dan kadang0kadang agak "boost" skit especially time solo.

-Fade To Black main original version, siap akustik gitar part intro tu kan..so rasa jakun jugak la kan...tak sangka dorang main siap akustik gitar plucking tu...senyuman menguntum.

-Parking?? dorang memang buat duit giler-giler..RM60 tinggal kunci or RM100 kunci pegang. Nasib dapat parking depan balai polis H.S Lee..RM5 je...sib baik abg polis tu bagi masuk hahaha janji tak melebur duit kat parking cekik darah tu haha.

-Official Tshirt...tak menarik sangat..lagipun memang tak niat pon nak carik selai..RM100..so skip la..yang bootleg nye Tshirt so many design..tapi nasib tak tergoda kih kih kih.

-Aku tak "tape" konsert ni...so sad..dan rasa rugi sangat...gara-gara konfident recorder dah masuk dalam beg..langsung tertinggal..so rekod dalam memori kepala hotak je lah .

-Yang tiket mahal tu untung lah dapat belon gedabak besar Metallica, plectrum, dan drum stick...aku jeles hahaha.

so pada sesiapa yang tengok kat singapore malam ni..enjoy the show..aku budget "Call of Ktulu" ade..tggu review dari abang-abang dari sana.