Monday, July 29, 2013

Butterfinger : Selamat Tinggal Dunia


"Selamat Tinggal Dunia" merupakan satu tajuk yang mungkin satu kontroversi suatu ketika dahulu. Adakah ini adalah album penutup sekaligus menguburkan kugiran Butterfingers?. Mungkin ianya simbolik kepada pembebasan mereka dari bersama EMI atau ianyanya sekadar mengambil salah satu tajuk lagu dari album ini. Ini merupakan album yang rebel, marah dan kritis dan lebih melayu jatidirinya. Kenapa lebih melayu? sebab seolah-olah mereka memanipulasi semangat Hang Jebat kedalam album ini.

Album yang kembali kepada bunyi asas rock, lebih spontan,mentah dan sedikit eksperimentasi dengan efek bunyi  dan keyboard dan lantang pada lirik-liriknya. Dengarkan saja "Selamat Tinggal Dunia","Merpati Sejoli", "Cuai" dan Tentang-tentang" pastinya anda dapat tahu mereka sedang 'memerangi' media (akhbar, majalah, radio dan tv)  di Malaysia yang mana ketika itu industri muzik dibanjiri dengan artis-artis dari Indonesia sehingga karya artis tempatan dipinggirkan. Dengan tonasi  suara Emmet yang pelat menjadikan album pertama berbahasa melayu ini unik walaupun ianya mendapat kritikan hebat. 

'Hanyut" agak eksperimental dan agak funky. Dengan efek bunyi sape dan solo gitar yang berselirat lagu ini harus diberi perhatian juga selain "Urusan Seri Paduka Baginda" yang mengetengahkan dan memanipulasikan bunyian gamelan dengan kesan bunyi. Lirik dalam lagu ini banyak mengangkat prosa-prosa melayu klasik. ianya amat jelas pada lagu "Daulat Tuanku" yang ianya amat sesuai dan bertepatan dengan cerita lagu tersebut. Ini antara album revolusi dalam rock melayu.


Saturday, July 27, 2013

Efek Rumah Kaca : Kamar Gelap




Kamar Gelap merupakan debut kedua band indie pop/rock dari Indonesia, Efek Rumah Kaca (ERK). Album yang dirilis pada 2008 ini melonjakkan nama mereka di persada muzik Indonesia. ERK bukan seperti band indie pop/rock biasa, mereka merupakan suara-suara marhain yang mengangkat isu-isu sosial, politik, kenegaraan, cinta, alam sekitar, protes dengan menggunakan muzik yang enak didengar dan lirik yang bijak. Adakalanya ianya terus terang dan adakala secara sinis tersirat disebalik melodi pop yang mencangkuk.

Dengan pengaruh Brit pop, folk, dan distorsi yang cukup rasa dan berlemak membuatkan ERK menjadi band yang perlu diambil perhatiaan. Ianya sangat menarik minat aku untuk mengenali mereka (jiwa dan muzik ERK) secara dalam. Dengarkan lagu rancak seperti "Kau dan Aku Menuju Ruang Hampa", "Mosi Tidak Percaya", "Banyak Asap Disana" dan "Menjadi Indonesia" hinggalah ke "Lagu Kesepian" yang begitu melankolik dengan lirik yang segar tapi tidak leleh pastinya iannya album yang menghiburkan dari Choli, Andrian dan Akbar.

Album yang diulas ini adalah versi re-issue dimana diselitkan 3 buah videoclips dan foto-foto dari fotografer, Angki Purbandono. Sekiranya anda ingin mengenali dan mengkaji keadaan sosiologi tentang masyarakat Indonesia umumnya dan golongan marhain khasnya,album ini dapat memberi gambaran kepada anda melalui lirik-lirik mereka. Keren!! silakan.


Sunday, July 14, 2013

Seattle #2 : Welcome back Seattle


Rasanya tahun ni memang Seattle scene meriah balik kira macam kebangkitan (mungkin lebih kepada kelangsungan survival kot) yang mana nama-nama besar macam Soundgarden pon dah keluar album baru "King Animal" (Nov 2012), walaupon album ni aku dah beli lama namun masih taksempat nak dengar album tu betul-betul hahaha dengar setakat sekali lalu jer..anyway kira ok la tapi belum dapat feel dia lagi. Reaksi aku agak bercampur baur tentang King Animal ni. Then Alice in Chains pun dah selamat melahirkan album baru; "The Devil Put Dinasour Here", tak sempat lagi nak grab. banyak review cakap album ni macam filler tapi ade jugak review yang meyakinkan tentang album baru AIC ni. Dari ape yang aku dengar beberapa tracks kat youtube takdelah teruk sangat still sounding AIC, mungkin lebih berat lagi (aku rasa). 

Pearl Jam pulak baru je announce material baru ; "Lightning Bold" akan keluar Oktober ni. Singles terbaru "Mind Your Manner" dah boleh dengar. So aku surprise jugak dengan singles baru ni, rasanya dorang macam nak kembalikan sound macam era 3 album terawal dorang "TEN", "Vs" dan "Vitalogy", Pearl jam jadi rebel macam masa muda balik?? hahaha dan Nirvana -In Utero sambut 20th anniversary September ni. So benda ni masih khabar angin tapi secret memo pasal reissue dah bocor kat internet. Hopefully benda tu betul hahaha dah kena save up la, pasal pe bila keluar je reissue ni confirm segala version dari remastered edition, deluxe edition, super deluxe edition sampailah boxset boleh gugat iman wooo hahaha. Hopefully buat macam Nervermind nye packaging, banyak cd dan DVD haha versi album, singles, demo/rehearsal, albini original mix, live semua kasi sumbat dalam situ.

Anyway tahun yang mengembirakan buat aku hahaha > Seattle Sound Rules dan harap-harap adalah date tour ke SIN or KUL...cheh berangan lebih kih5 tapi tak mustahilkan??

Sunday, June 30, 2013

Sunday, June 2, 2013

Stone Temple Pilots : Core



Stone Temple Pilots (STP) merupakan antara band yang popular sekitar 90-an. Menjadi pujaan pada setiap remaja yang membesar pada zaman alternative. Core merupakan debut pertama mereka dan pada aku ia adalah album terbaik mereka berbanding Purple dan No.4. Sering dikecam sebagai band poser kerana mereka muncul ketika era "seattle sound" sedang hebat menjalar menakluk dunia pada ketika itu. Namun pada aku STP antara band yang mampu menarik minat untuk terus melekat dengan muzik bawaan mereka.

Melalui Core mereka sering dibandingkan dengan Pearl Jam dari segi gaya muzik terutama vokalnya yang seolah-olah mahu manjadi seperti Eddie Vedder. Namun pada aku Scott Weiland vokalnya lebih tinggi range nya berbanding EV yang lebih pada low baritone. Dari segi muzikalnya pula Core lebih kepada hard rock, arena rock, crunchy crispy guitar riff, booming bass dan lebih mesra radio berbanding Pearl jam yang lebih underground/collage sound dan lebih arty.

Dengarkan  3 tracks terawal "Dead & Bloated", "Sex Type Thing" & "Wicked Garden" ianya mampu menjadi cinta dengar pertama pada STP. "Creep" dan "Plush" tak perlu diperkenalkan lagi kerana ianya lagu hits mereka yang mesra MTV. Jangan dilupakan tracks lain yang pada aku amat menarik dan mudah untuk dicerna serta dilayan. Hanya masukkan cd , tekan play dan maximum volume pasti adrenalin anda merangsang saraf otak anda untuk bergoyang kepala dan menghentak kaki melayan Core.


**oh ye James Helfied menjadikan album ini sebagai rujukan ketika menulis Load/Reload (.....ok aku tipu je hihi)

Saturday, June 1, 2013

The Afghan Whigs : Gentlemen




The Afghan Whigs (The Whigs) mungkin agak asing pada penggemar muzik ketika di era "grungemania" atau alternative music ketika 90-an tapi The Whigs merupakan antara band yang bagus ketika itu. Gentlemen adalah salah satu album terbaik dan menjadi kegermaran aku. Berbanding album-album mereka Gentlemen merupakan album yang gelap, kelam & berat dari segi lirikal yang lebih menjurus pada patah hati, penderaan mental, penggunaan dadah, kekecewaan dan ketidakpuasan seksual serta kemurungan. Ini kerana album ini merupakan album konsep dimana setiap lagu dan lirik ada berhubung kait antara satu sama lain.

Walaupun album ini berkonsepkan sedemikian tidak bermakna album ini tidak sedap untuk dilayan. The Whings bijak mencangkukkan antara melodi yang beremosi dengan susunan muzik yang pada aku agak berbeza dengan band-band yang ada pada ketika itu. Ia kedengaran tidak statik dan monotenus kerana setiap lagu berbeza moodnya. Jika diteliti pengaruh blues, sedikit Pink floyd, secubit shoegaze digaulkan secara rawak kedalam rock bawaan mereka dengan elemen melodi yang tragis dan melankolik serta sadis menyentap dan merobek jiwa mampu mengheret pendengar karam ke"dalam" album ini. Gentlemen, Debonair, What jail is Like dan When We Two Part mungkin boleh menjadi track pengenalan.

Pada yang memegang pada phrase " rock n roll must be fun" album ini bukan untuk anda . Ini untuk mereka yang bergelut dengan perasaan atau sekadar melayan emosi. Sex Drung and Distortion.

**aku suka sangat cover album dia.