Friday, February 24, 2012

rmmmmm errrkkkkkkk hurrrrrrkkkkk

Foo Fighters CANCELLED!!! :(

sumber : asiaone
.
.
.
.
.
.
.
gigit pen dengan penuh perasaan grrrr hahahahaha

Sunday, February 19, 2012

Warna Ungu Warna Janda

Sebenarnya takde apa sangat nak cerita, cuma ada beberapa perkara yang saja nak kongsi:

1- Insyallah mak & abah bulan 6 ni pergi umrah. Alhamdulillah termakbul doa aku nak tengok mak & abah gi tanah suci Mekah. Terima kasih Ya Allah. Thanks to kak Ngah & bang Ngah yang support duit tambang. Aku & adik beradik lain support perbelanjaan lain2. Insyallah moga-moga tahun depan naik haji pulak. Amin.

2- Preparation to Singopore for Dave grohl & company's concert-Foo Fighters. Next week errr next 2 weeks sebenornya ha ha ha. Maybe aku gerak solo, redah jer. Member2 yang berkobar2 dulu tu tak jadi pergi pulak. Passport OK, tiket OK, transport tak confirm lagi nak naik bas/train.

3- Baru habis buku Phil Spector : The Rise & Fall The Wall of Sounds. Lepas ni start Dave Grohl Story pulak haha kasi warm up sikit, dan buku-buku yang menunggu "Q" untuk di baca Micheal Stipe biografi, Taking Punk To The Masses : From Nowhere to Nevermind & Hafalan Shalat Delisa.

4- Foo fighters menang 5 awards kat Grammy baru2 ni untuk album Wasting Lights (Best Rock Album, Best Rock Performance, Best Rock Song, Best Hard Rock/Metal Performance & Best Long Form Music). Tahniah. Lagi projek Dave Grohl; Sound City filem pertama arahan Dave Grohl & mungkin akan menyusul album baru (soundtracks) bersama producer Butch Vig (lagi).

5- "Assignment" still berjalan walaupon agak perlahan; still dalam proses menulis & memilih & menyusun bahan tugasan. Haha agak bercelaru sikit tentang arah tuju sebab macam2 idea berputar dikotak fikiran aku ni. Harap2 tahun ni dapat keluarkan satu :)

Monday, January 30, 2012

Boys & Girls 1+1=3



Selepas kejayaan O.A.G dengan debut sulung mereka (review disini) Positive Tone mengorak langkah dengan menerbitkan sebuah album kompilasi "Boys and Girls 1+1=3". Album ini lebih kearah memperkenalkan artis-artis naungan mereka kepada industri muzik tempatan. Album yang diterbitkan oleh paul Moss dirakam di 2 buah studio; Positive Tone studia & Dreamwalk studio (studio yang sentiasa tercatit dalam inlay album band-band underground) & dimixing oleh Paul Moss bersama Bullet.

Membariskan band-band berpotensi dengan memperdengarkan bunyian "alternative rock" kepada pendengar umum. O.A.G membuka album ini dengan nuansa alternative/brit rock mereka melalui lagu "Disposable Garbage" selain sebuah instrumental "Radhi Taps His Guitar". Melalui 2 buah lagu tersebut mereka lebih matang dari segi "songcraft" & sedikit eksperimental.

Kompilasi ini juga memperkenalkan sebuah band dari Sarawak; Nice Stupid Playground. Menyumbangkan 3 buah lagu yang kuat pengaruh "Smashing Pumpkin"nya iaitu "She Wants", "And I Don't Admire (the Things That You Do)" & hits "Bedroom Window" sebuah ballads yang kuat lenggok Billy Corgan. Amat melankolik. Nita (kini dikenali selepas menyertai pertandingan OIAM musim 1) merupakan satu-satunya artis solo didalam album ini. Menampilkan "He's a Mod" & "True Love" sebagai pengenalan dengan lontaran vokal yang cukup "comel" sesuai dengan umurnya yang 16 tahun ketika itu.

Pasangan duo, Brodwyn yang berkonsepkan folk harmoni ini mengetengahkan sebuah lagu "Ode From Pyscopath" sebagai pengenalan. Lagu yang agak berlainan ini amat sesuai dengan konsep "alternative music". Agak menarik. Seterusnya punkrock riot grrls band, IntoXicated dianggotai Nora, Li Chu dan Rina Omar (ex 8tv host & DJ) menyumbangkan 3 buah lagu "Kitty Kat", "Diet" & "Doreamon". Dengan energi punkrock & lirik yang "sempoi" dan lucu mengingatkan penulis kepada band seperti L7 & Babes In Toyland.

Album yang MESTI berada dalam rak kaset atau cd kepada penggemar yang menghargai muzikband-band tempatan.




Sunday, January 29, 2012

OAG - Old Automatic Garbage




O.A.G merupakan singkatan bagi Old Automatic Garbage. Debut "self tittled" ini diterbitkan oleh Positive Tone, sebuah label indie/underground yang ditubuhkan oleh Ahmad Izham Omar (kini orang kuat Media Prima Berhad & Monkey Bones Records). Album yang dirilis pada 1994 ini diterbitkan oleh Paul Moss (juri OIAM / ex-Aisyah & The Fanclub) mengandungi 11 buah lagu yang berkonsepkan alternative/brit rock.

Singles "60's TV" merupakan anthem bagi peminat/penggermar muzik underground ketika itu. Lagu dengan melodi & korus yang catchy sememangnya mengangkat nama O.A.G sebagai salah satu band "pioneer" dalam scene underground tahanair ketika itu. Album ini tidak hanya bergantung pada lagu "60's TV" semata-mata. Lagu-lagu seperti "Horible Adorable", "Yuppie" & "Old Tuxedo" juga mampu menghiburkan.

Lagu-lagu didalam album ini juga juga mudah dimainkan kerana menggunakan "kording" yang ringkas & berulang-ulang. Ianya mengimbas kembali pengalaman penulis sewaktu membawakan "Spastic Youth", "Not" & "Safety Pin" selepas waktu sekolah di Kok Wah studio, Banting sekitar 1996 dahulu. Album yang menyuntik semangat penulis untuk bermain alat muzik, menubuhkan band & menulis lagu sendiri ini dirakam secara "live" di Kenny studio, Petaling Jaya sekitar Jan-Aug 1994 & vokal dirakam Aug-Nov 1994. Sungguh pun membawa genre Alternative dengan disuntikan Brit Rock namun "sound" keseluruhan album ini lebih kepada "sound" album-album punk. Ianya agak "dry" & "raw".

Walau apapun album ini merupakan "landmark" bagi salah satu subgenre muzik underground tanahair. Album yang senantiasa diputar oleh penulis tanpa rasa jemu.


Saturday, January 21, 2012

hail to the King



Dead Mushroom



Dead Mushroom merupakan salah satu band yang lahir dari letusan muzik alternatif rock yang melanda Malaysia pada 90-an. Band yang dianggotai oleh SHIDI(gitar), MIKE (bass), ZUL (drums),POJI (guitar) & FAIZ (vocals) ini bermula secara underground sekitar 1996 dan mereka juga telah menjuarai pertandingan Pepsi Challenge - Young Discovery anjuran Pepsi, AIM & TV3 (sebuah rancangan realiti TV tanpa undian sms). Berikutan kemenangan itu akhirnya debut pertama "Dead Mushroom" dikeluarkan pada 1997.

Debut yang dikeluarkan dibawah label Rock Central Records dan diedarkan oleh BMG Music ini diterbitkan oleh mereka sendiri yang berkonsepkan campuran 90's grunge, 80's & 70's rock dimana band-band Seattle merupakan pengaruh besar dalam muzik mereka. Dengarkan sahaja singles "Read My Mind", "Fly My Soul" & "Suicide Hill" amat kuat "Pearl Jam"nya. Selain itu "Potion" dan "Child" juga tidak mengecewakan. Tracks yang energetik ini memang kena dengan jiwa muda mereka ketika itu. Segala tenaga & perasaan diluapkan dengan berkesan sekali melalui lirik dan susunan muzik yang baik.

Dari segi "sound", rakaman ini boleh dibanggakan. Tidak terlalu "mainstream" & tidak terlalu "underground". Ciri-ciri Seattle sound itu menyerlah. Mungkin sebab memang kesitu arahnya. Album ini juga telah dicalonkan untuk 4 kategori di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 1998 ( Artis baru terbaik berkumpulan, Album English tempatan terbaik, Rakaman album terbaik & Klip video terbaik). Apapun album ini boleh dikategorikan sebagai "klasik" kepada penggemar muzik tempatan khususnya peminat muzik "underground". WAJIB ada.

(thanks to en. Faizal for this CD)


Saturday, January 14, 2012

GISH + SIAMESE DREAM

Memang meleleh tengok rilisan terbaru Smashing Pumpkin ni. Re-issue 2 album terawal Gish & Siamese Dream. Tuari ada singgah Rock Corner nampak re-issue ni tapi single disc (remastered) hampir terbeli, tapi bila tengok review kat sini , teruja jugak nak grab versi deluxe ni.




GISH

Groundbreaking, Iconic Debut Album
Remastered & Reissued for the First Time

    INCLUDES:
  • Original Album Remastered With Reimagined Cover Art
  • 15 Previously Unreleased or Alternative Versions of Gish Era Songs
  • Previously Unreleased, Full Length DVD From The Metro 1990
  • 6 Postcards Featuring Never-Before-Seen Band Photos
  • 24-page Booklet Featuring Complete Lyrics, Liner Notes by David Wild, and Track-by-Track Annotations by Billy Corgan


SIAMESE DREAM

One of the Most Influential Albums of the 90's
Remastered and Reissued for the First Time

    INCLUDES:
  • Original Album Remastered With Reimagined Cover Art
  • 17 Previously Unreleased or Alternative Versions of Siamese Dream Era Songs
  • Previously Unreleased, Full Length DVD From The Metro 1993
  • 13 Postcards Featuring Original Album Collages
  • 24 Page Booklet Featuring Complete Lyrics, Unpublished Personal Photos, Liner Notes by David Wild, and Track-by-Track Annotations by Billy Corgan
Memang gila ah, 2012 ni memang kena ikat perut la nampak gayanyer, maybe lepas ni Soundgarden keluar album baru. Mark Lanegan pon akan released Blue's Funeral (Feb 2012), 2011 Foo Fighters-Wasting Light, Nirvana-20th anniversary Nevermind, Chris Cornell- Song Book, Eddie Vedder-Ukulele Songs pon dah keluar. Pearl Jam, Mudhoney sibuk ngan tour. hohoho The 90's music mengganas & mengerock kembali. HEH!