Friday, May 29, 2009

Alexander bukan Zulkarnain

Adakah Alexander The Great itu Iskandar Zulkarnain? sama? tidak?. TIDAK, Alexander The Great bukan Iskandar Zulkarnain!!. Tapi masih ramai yang keliru. Betul tak?? sejak akhir2 ni aku berminat dengan dua nama ini & kisah Ya'juj & Ma'juj/Gog & Mogog. Nanti aku cerita yer (belum abis baca lagi).

Thursday, May 28, 2009

Stayback lagiiiii

Minggu ni kena stay back pulak...adoiiii haiiii rosak program untuk menurunkan berat badan gua yang semakin montel ini disamping perut yang memboroi itu.

Monday, May 25, 2009

Lefthanded & kawan-kawan



Tahun ni musim konsert so sapa2 yang berduit lebih tu bolehlah tengok konsert Lefthanded & kawan2. Konsert dibahagikan kepada 2 sesi, petang & malam dimana petang terdiri daripada band2 independent terhangat & malam pula giliran Lefthanded & otai2 rock lain termasuk Shima!!!. Klik flyers untuk keterangan lanjut.

Saturday, May 23, 2009

Cinta Pandang Pertama?

Korang percaya tak denga teori "cinta pandang pertama" ??? korang pernah rasa?? sharing2 ler..ermm ntah la knapa lak ngan aku sejak akhir2 ni hahaha

Ternyata - Estrella

Ku lihat dia pandangan pertama
Ternyata indah
Senyuman, Liriknya

Ku ingin dia, saat pertama
Berjumpa, dengannya
Membuat ku gelisah

c/o
Waktu berlalu hari demi hari
Hati ku dambakannya
Untuk bercinta lagi


Thursday, May 21, 2009

aku perlukan ruang

aku perlukan ruang untuk menyatakan apa yang aku rasa..aku perlukan ruang untuk meluahkan apa yang terpendam..aku perlukan ruang untuk menantikan saat yang sesuai..aku perlukan ruang untuk bernafas dengan tenang..aku perlukan ruang untuk berlari menuju ke puncak.. jadi janganlah terburu2 kerana aku tahu apa yang aku lakukan.

Wednesday, May 20, 2009

mata lebih lentik?



Tengah tak de kerja google2 jumpa plak ni hehehe
Mata kucing dah ada maskara tau

**apa punya entry la ni

Monday, May 18, 2009

Kupu-kupu malam

Sabtu aritu aku berkesempatan menyaksikan konsert Search di Awan Biru di Jengka, Pahang. Ngeh2 dengan tiada apa2 planing aku terjebak untuk ke Jengka buat pertama kalinya. Namun ianya adalah kebetulan kerana atas permintaan last minit seorang rakan untuk menghantarnya ke Jengka atas urusan perkahwinan adiknya. Bak kata pepatah "sambil menyelam minum air", aku dengan senang hatinya berkata "OK" tanpa banyak cerita walaupon kawan aku itu perpinga2 sambil menghembus nafas lega setelah pening kepala mencari 1 lagi tunggangan untuk mencukupkan korum ke Jengka.

Ni setlist konsert Search di Awan Biru di Stadium Mini Jengka, Pahang.

Overtune
1. Paranoid
2. Balada Pemuzik Jalanan
3. Setelah Hujan
4. Laila Namamu Teratas
5. Langit Dan Bumi
6. Pelesit Kota
7. Medley - Gadis Misteri, Gadisku & Gadis Ayu
8. Diari Habil & Qabil
9. Gothik Malam Edan
10. Hillary Solo
11. Fenomena
12. Bencana
3. Yazid Solo
14. Isi Atau Kulit
15. Isabella
16. Fantasia Bulan Madu
17. Melastik Ke Bintang
18. Pawana

Setlist tak berbeza ngan JB nya show. So takde apa nak review sangat cuma nak highlight jer beberapa perkara :
  • Amy banyak kantoi malam tu, lupa lirik masa start lagu Paranoid & lagu potong stim-Laila Namamu Teratas (tak dengar monitor??) & beberapa lagu lagi.
  • Bunyi gitar akustik Din Mayat lebih menonjol berbanding di JB.
  • Gitar Din Mayat putus lagi (ketika solo Langit & Bumi).
  • Diari Habil & Qabil lebih baik dari JB nya show.
  • Kawasan stadium & stage dikerumuni oleh beribu2 rama2 yang terpesona dengan lampu2 di stage.
  • Joe Wings & team datang memberi sokongan & Amy announce selepas berakhirnya tour Di Awan Biru, Wings pula akan start tour seluruh Malaysia.
  • Lighting & Sound tetap best merebak keseluruh pelusuk sudut. Aku berdiri di kiri,kanan, depan & belakang.
  • Tapak konsert bukan seperti yang aku jangkakan. Ianya adalah kawasan padang bola sepak yang dipagari dengan kanvas berselahan tapak pasar malam pekan Jengka. Sambil pergi pasar malam sambil tengok konsert sekali.
  • Tiada ENCORE!!! lepas Pawana yang gilang gemilang, crowds terus bertebaran pulang. Ermmm apadaaaa.
  • Gadis2 Celcom X-pax & Celcom Blue yang ranum hehehe ooppppsss.
Tu aje lah lelain takde apa. Sekian terima kasih. Nak tengok gambar2 klik sini .