Tuesday, January 6, 2009

T-shirt ke-100





Tshirt pertama untuk tahun 2009. Tshirt The Beattles-Let It Be. Ni merupakan cover album terakhir dorang yang released pada tahun 1970-Apple Records. Baju ni takde la rare sangat pon sebab bukan first print atau vintage tapi tshirt ni merupakan koleksi tshirt aku yang ke-100. Dah cecah 100 helai gak koleksi tshirt aku. Bila kira2 balik modal suma tshirt2 tu dekat2 RM++++ gak total semuanya. Gila!!!!!!!!

Monday, January 5, 2009

From "Sarang Tikus" to "Sarang Burung"


Semalam bangun tido awal, pukul 5 pagi dah bangun. Apa halnya aku bangun awal pagi ni. Ermm lepak2 jap mandi tunggu azan Subuh. Settle urusan pada-Nya tengok bilik aku ni rasa semacam rimas jer. Cam ada tak kena hehehe bersepah2, tonggang langgang cam tongkang pecah.


Lalu dengan rasa semangatnya aku gi pinjam vacum kat umah kak Long. Dan bermulalah operasi gerak gempur membersih & mengemas bilik yang sememangnya menyesakkan nafas & menyakitkan pandangan mata aku. Yuckkksss.

Misi berjaya nampaknya. Inilah hasilnya



Tempat aku berlatih kuak lentang, gaya bebas, kuak dada etc heheh.Tilam jer katil tak dak. Aku lagi suka tak pakai katil sebab aku tdo ganas siot. Guling sana, guling sini tau2 pagi kat penjuru tilam. Kalau ada katil kompom jatuh beb.



Ni PC telah berada di tempat yang betul. Sebelum ni aku letak atas lantai jer pc ni. Meja tu aku buat tempat letak kaset & cd2 aku haw haw haw. Lelama penat pulak guna pc atas lantai so transfer la kat tempat yang sepatutnya.



Rak ni aku ubah gak sikit kedudukannya. So nampak kemas sikit la letak majalah2, komik2 & LP2. Kalau dulu Lp2 tu aku letak sepah2 je tepi tingkap, tepi pintu, atas gobok, atas tingkap suma ada. Cam semak je nengok kumpul kat satu tempak aje la.



Cd & kaset section. Semua kumpul 1 tempat sebab senang nak cari. Kalau dulu letak sepah2 cam LP. Bila nak dengar kena cari kat ceruk2 sudut. Kadang tak jumpa.. ingat ilang, pastu beli lagi. Dah kemas2 cam ni jumpa balik huhuhu haru beb.



Ni tempat letak baju. Aiseyy kemas2 tau dah tak muat hehehe letak gobok pon dah penuh, so lipat jer la cam bundle. Memimbun2 sampai 2x ganda bekas asal. Ermm nak kene beli gobok baru le khas untuk tshirt blackie jer ler nampaknya.

Misi selesai pukul 1 tengahari. Sakit pinggang ler kemas2 ni. Penat!!! ni tak tau boleh tersusun sampai bila kang bulan depan dah bersepah balik uhuks. :p

Malam Tahun Baru Yang Unggu

Align Center
pix : ozzy

Haha lama seret cuti blog ni eh. Sibuk sikit la awal2 tahun ni. Dah lemau kot post ni. Ermm tapi takpe lah update gak. Boleh lagi ni cite. Ok malam tahun baru tuari aku layan Purple Haze kat The Duke-Little Havana, KL. Nilah first time aku sambut malam tahun baru kat luar. Serious beb, selama ni aku lepak jer kat umah ngan member2.

Memula 50/50 gak nak gi sebab Ozzy (member aku) pon cam tak kompom jer nak gi tapi last2 gi gak. Cayalah Ozzy! tak dapat tengok Blues Gang dapat layan Purple Haze pon cantik gak. Daripada lepak2 kat Dataran Merdeka, KLCC sesak nafas tu baik layan blues.


pix : ozzy

Purple Haze (PH)? Korang tak kenal? takpe tak jadi masalah. Purple Haze ni band project Ito. Sementara Blues Gang tak de apa2 aktiviti dia formed la Purple Haze. Tapi Kalau tengok Line up PH pon Blues Gang punya line up gak. Cuma tak de Tok Ghani & Julian Mokhtar jer. Apapon line up malam tu Ito Mohd (voice/harp blues), Jim Madasamy (Bass/backup voc), Matt (2nd guitar/backup voc), Azizi (lead guitar/voice) & Karim (drums/voice)


inilah Abang Mat gitaris asal Blues Gang

Setlist malam tu memang best la. Himpunan lagu2 blues terbaik dari Muddy Waters, Chuck Berry, Bob Dylan, Gary Mayer, BB King hinggalah ke lagu2 Blues gang. Walaupon banyak main lagu2 cover tapi persembahan mengikut acuan blues PH. Berbeza sikit dengan lagu asal. Best beb. Tengok jer la abang Mat tu tengah solo..fuhh feeling abis.



Karim pon sore steady lagi. Padu lagi sore dia ni. Banyak gak lagu dia bedal malam tuari. Cuma Karim dah nampak uzur skit tapi skill drumming dia tetap maintain. Masih melekat dengan bassline Jim. Ada groove.


pix : ozzy

Ni jam tengah performed lagu klasik "Apo nak dikato". Drummer tu aku lupa pulak nama dia. Ito sedang menyolo dengan harp kesayangan dia tu. Ni lagi stim dengar dia solo. Bukan senang nak main harp. Kene pulak sore Ito memang terbaik. Lama tak dengar solo harp blues dari lagenda blues sorang ni.


pix : ozzy

Boleh tahan gak sore Jim ni. Groove bass dia melekat dengan drummer. Apapon tone bass Fender Precission Jim tetap bulat walaupon ada sikit masalah kat amp dia. Terbeliak aku nengok skill picking & note yang dimainkan beliau. Terlopong gak ler hehehe.







Apapon ada gak khazanah ( LP & Poster) yang telah di autografkan oleh Ito, Jim & abang Karim. Terkejut dorang tengok LP "Apo Nak Dikato" tu. "Album ni pon ada lagi?" kata Ito. Abang Karim cakap "Mana ko dapat album ni, aku pon tak simpan" "Eh ko gemuk la time ni" celah Jim pada Abg Karim.

Show abis dekat pukul 01.30 pagi gak..lepas abis jer lepak Pelita kejap, makan pastu blah. Ermm tak sia2 lepak kat The Duke. Antara show paling best aku pernah gi. Oh ye Purple Haze performed kat The Duke setiap Khamis & Sabtu 10.30pm-12 midnite. Sapa2 nak layan blues di cadangkan untuk ke sini.

Friday, December 26, 2008

Artikel pertama aku di Guitar & Bass vol.6


majalah Guitar & Bass vol.6 Oct 2002

Bila selak2 balik majalah Guitar & Bass (GB) yang lama2 tu teringat aku ngan satu artikel yang pernah aku hantar & disiarkan oleh Abang Rom, editor GB & ROTTW. Ntah cam ner artikel aku ni boleh tersiar kat GB. Kalau tak silap aku dulu aku selalu email kat Abang Rom pasal ROTTW. Komen, kritikan, idea, cadangan2 selalu gak keluar kat kolum Input-Output ROTTW.



Then bila dah selalu berkomunikasi ngan email, Abang Rom offer aku jadi wakil ROTTW di kawasan aku. Wakil ni berfungsi untuk melaporkan segala aktiviti muzik/seni yang berlaku disekitar kawasan Klang-Banting. Tapi sebelum dia offer aku dia ada bagi satu assignment. Beliau minta pandangan aku persoalan tentang "Kenapa konsert gagal dari kacamata penonton".


artikel aku start dari 2 perenggan terakhir page ni

Ermm bila dapat email tu jer aku cam excited giler hahaha mulalah aku perah otak, pikir2 buat reference. Tapi kebanyakannya aku tulis dari pembacaan, pengamatan serta pengalaman aku tengok gig/konsert jer. Taip2 on the spot siap. Ermmm ok kot..aku terus hantar.





Tau2 artikel tu tersiar pulak kat GB. Memula baca intro biasa jer tapi bila dah nak kat hujung tu aku terasa pelik sikit sebab macam ayat tu aku pernah baca dah..memang sebijik dengan apa yang aku tulis. Hehehe tersenyum bangga aku hahaha. Iyalah mana taknya inilah artikel pertama yang aku hantar ke pihak media/penerbitan.

Yang paling best tak de edit2..kesilapan ejaan pon tak diedit. Sama sebijik ngan apa yang aku hantar. Selepas artikel ni Abang Rom ada bagi lagi 3,4 assignment lagi & semuanya tersiar di majalah GB & ROTTW. Cuma aku tak ingat kat isu ke berapa. Yang paling aku ingat cuma artikel ni ajelah.

Dah lama lepas tu aku dah senyap jer. Abang Rom pon dah sibuk sangat time tu dia baru nak setup Rottwailer & aku antara Rottwailer terawal. Dan Offer Abang Rom nak lantik aku jadi wakil ROTTW terpaksa aku tolak sebab banyak komitmen (pada masa tu) tak mampu nak buat dari segi masa.

Butterfingers at Istana Budaya?

Quote:

BUTTERFINGERS TRILOGY POLL

by emmett on Thu Dec 25, 2008 12:06 am

Butterfingers will be holding three shows back to back at Istana Budaya on January 16, 17 and 18 2009.
Yes – all shows will feature the full band line up: Emmett, Loque, Kadax and Loko.
We want to know what you want to hear:

a. 1.2 mg acoustic
b. 1.2 mg electric
c. Pushful acoustic
d. Pushful electric
e. Transcendence acoustic
f. Transcendence electric
g. Malayneum acoustic
h. Malayneum electric
i. STD acoustic
j. STD electric
k. Kembali acoustic
l. Kembali electric

Please vote for your TOP 3.

Time is of the essence so get your opinions in quick!

Cheers,
Emmett.

Oh well sungguh tak dijangkakan, Butterfingers akan perform live at Istana Budaya, KL for 3 nights? It's amazing!!!

Source : http://www.royalbutterfingers.net/forums/viewtopic.php?f=44&t=6590

Wednesday, December 24, 2008

As Sahar live @ MCPA Hall


Gig metal penutup tahun 2008

As Sahar lagenda Eastren Black Metal dari Singapura akan membuat persembahan secara eksklusif di MCPA Hall, KL pada 27-12-08 ni. Bersempena kemunculan album terbaru mereka "TIR".

**lama tak layan gig metal ni..cam boleh pergi jer ni.

Selamat Hari Lahir Abah...



Selamat hari jadi abah!! yer besok orang sibuk2 cuti Krismas tapi besok hari paling bahagia bagi abahkan? Glamour abah eh...hehehe Abah dah 61 tahun tuuu tapi masih segak bergaya cam Hail Amir walaupon gigi abah semakin berkurangan..hehehehe apapon semoga diberi kesihatan yang baik & berbahagia selalu. Itulah harapan anak abah ni. Selamat Hari Lahir Abah \m/.

**Abah..mlm ni kita layan vcd Hail Amir nak