Tuesday, July 7, 2009

Nirvana Rare's

Rentetan dari kisah semalam jumpa pulak kaset kuno ni (sori Deaf aku tak jumpa lagi kaset singles One tu). Antara kaset Nirvana aku yang paling rare sekali. Aisey teringat kenangan masa sekolah menengah dulu time tengah giler Nirvana & Kurt wanabe huhu. Sememangnya Nirvana memberi impak yang besar walaupon hanya mampu bertahan dalam masa 5 tahun sahaja & ianya lenyap selepas kematian Kurt Cobain.



Album ini bukanlah official released dari Nirvana. Ianya merupakan himpunan lagu2 Nirvana yang tidak pernah di releasedkan dimana2 album rasmi Nirvana. Kebanyakan lagu2 tersebut adalah dari demo2 terawal, studio outtakes, rehersals, unreleased tracks Sub pop & juga bootleg persembahan live di sebuah kelab (Rajis Pub & Club mungkin).



Album ini merupakan terbitan oleh label Kiss The Stone (KTS) sebuah label yang aktif menerbitkan rakaman audio bootleg (tanya Deaf mesti tau) dan telah diedarkan pada tahun 1995 oleh syarikat Swindle Records. Mengandungi 19 tracks yang sememangnya rare & raw :
  1. If You Must
  2. Spank Thru
  3. Pen Cap Chew
  4. Do You Love Me - ini lagu cover KISS
  5. Junkyard
  6. D.7
  7. Immodium - lagu & tajuk asal Breed (album Nevermind)
  8. Sappy
  9. Talk To Me
  10. Even In His Youth - jadi B-side untuk singles "Smells Like Teen Spirit"
  11. Everything & Nothing
  12. Immodium (Take 2) - lagu & tajuk asal "Breed" (album Nevermind)
  13. Pay To Play (Take 2) - lagu & tajuk asal "Stay Away" (album Nevermind)
  14. Junkyard (Live)
  15. Help Me (Live)
  16. In His Hand (Live)
  17. Bull Shit Jam (Live)
  18. Talk To Me (Live)
  19. Mariagold - jadi B-side singles "Heart Shape Box"


Mungkin tidak ramai yang tahu tentang lagu2 dalam album ini bahkan mungkin ada peminat Nirvana sendiri tidak pernah mendengarnya. Jika mendengarkan album ini jangan mengharapkan sound yang bersih & terbaik tetapi sound yang kedengaran dari rakaman ini amatlah kotor, raw & bising. Walaupon begitu ia masih mampu didengari & dihayati.

Mendengarkan lagu2 dalam album ini juga seolah2 anda berada bersama2 Nirvana didalam studio jamming & gig kecil. Dengan sound yang betul2 raw & bising anda boleh bandingkan dengan rakaman yang telah sempurna sifatnya. Totally memang berbeza.



Pada penggemar bootleg & bunyian yang kasar & kotor album ini untuk anda. Bagi sesiapa yang cerewet tentang sound yang perfect & bersih jangan membuang masa mendengar album ini kerana album ini diterbitkan hanya untuk pendengar yang sukakan kelainan. Namun album ini sudah tiada lagi dipasaran dan aku lagi masih mencari versi CD album ini & sebuah lagi album kesinambungan dari album ini; Nirvana Rare + Hits yang mana lagu yang hampir sama dengan rakaman yang telah sempurna.

**mk note : kesemua lagu kecuali tracks 14,15,16,17,18 telah diterbitkan semula kedalam box set "With The Light Out" yang dikeluarkan pada 2004. Nanti senang aku review box set tu

Monday, July 6, 2009

Cinta Hardcore

Semalam petang2 tak de kerja teringat Deaf mintak tampal kaset singles Metallica-One. So operasi menyerlongkar gobok lama tempat harta karun aku. Lain yang dicari lain yang jumpa. Kaset singles tu tak jumpa la pulak yang jumpa kaset ni Sunday Matinee : best of NYHC. Album ini merupakan himpunan koleksi terbaik band2 Hardcore New York yang sememangnya seperti yang anda sedia maklum banyak band hardcore terbaik dunia berasal dari New York (maaf jika ada yang tak bersetuju dengan pandapat aku). Sama seperti UK yang terkenal dengan scene Punk & Bay Arena yang terkenal dengan band Thrash metal terbaik dunia.



Album ini telah diterbitkan pada 1994 di bawah label independent, Another Planet Records (Profile). Menghimpunkan lagenda (pada aku boleh dikatakan lagenda) hardcore dunia seperti Cro-mag, Agnostic Front, Reagan Youth, Murphy's Law, Sick of It All,Warzone, Youth of Today, Bold,Bad Brains, The Mob, Lee Way, Underdog, American Standard,Sheer Terror,Raw Deal, Urban Waste & Judge.



Di dalam album ada diselitkan sejarah ringkas tentang sejarah scene NYHC. Info yang padat dan tepat mampu memberi gambaran tentang muzik harcore yang dulu dikenali sebagai Hardcore Punk menjadi fenomena luar biasa dalam scene underground di New York seterusnya merebak keseluruh dunia.



Hardcore merupakan subgenre dari muzik Punk dikesan pada penghujung 70-an yang mana ianya mengetengahkan muzik yang lebih laju, keras, bising & berat dari muzik asli Punk. Lirik muzik hardcore ini merangkumi pelbagai perkara seperti politik, kebebasan hak, vegetarian, keganasan, peperangan, agama, dadah, "straight edge" dan budaya hardcore itu sendiri. Sebanyak 18 track disajikan untuk santapan halwa telinga anda dalam album ini:
  1. Cro-mag - We Gotta Know
  2. Agnostic Front - Anthem
  3. Reagan Youth - Anytown
  4. Murphy's Law - Quest For Herbs
  5. Sick Of It All - Injustic System
  6. Warzone - As One
  7. Youth Of Today - Expectations
  8. Bold - Clear
  9. Bad Brains - Salling' On
  10. The Mob - Step Foward
  11. Lee Way - Enforcer
  12. Underdog - Over The Edge
  13. American Standard - Away
  14. Sheer Terror - Injustic System
  15. War Zone - Here To Stay
  16. Raw Deal - Brightside
  17. Urban Waste - Public Opinion
  18. Judge - Where it Went



Kesemua tracks di atas mampu memberi anda gambaran bahawa keindahan seni muzik hardcore itu sendiri. Album ini sesuai untuk mereka yang baru hendak berjinak2 & mengenali muzik hardcore yang penuh emosi & luapan perasaan. Aku jamin korang pasti akan menyukai album ini. Dan untuk peminat hardcore anda disyorkan memiliki album kompilasi ini kerana inilah antara album (kompilasi) terbaik yang pernah dikeluarkan & ianya menjadi rujukan khususnya bagi mereka yang mengkaji sejarah perkembangan muzik Hardcore.

Ok masa untuk layan video klip untuk anda semua.



Cro-mag "We Gotta Know"
(ditujukan juga buat ms.semut "sewel"-seorang peminat hardcore)

Masuk lagi

Lama gak aku hantar artikel tu kat ROTTW, last2 keluar gak. Patut la Zan perli2 aku jer kat comment entry yang lepas ( tq Zan). Kalau korang nak baca artikel tu korang pegi la kedai mamak berdekatan cari ROTTW isu Julai cam dalam gambar ni. Aku tak de scanner nak tampal sini. So happy reading (thanks to sewel too).




Thursday, July 2, 2009

Tribute to Micheal Jackson - Eat It

Semua masih dalam mood tribute to Micheal Jackson kan so layan ni video ok.
Happy Watching.



versi Weird al Yankovic

oksigen



Bumi kita makin tua, makin panas, ozon makin nipis, banyak bencana alam berlaku macam tanah runtuh, hujan asid, banjir, ribut, panas yang melampau dan macam2 lagi. Salah satu sebabnya ialah pokok dah banyak kena tebang. Buat rumah, kawasan pertanian baru, pusat perniagaan baru, pusat pelancongan dan banyak lagi. Jadi marilah kita memanam pokok & menghijaukan bumi kita ni. Banyak kebaikan menanam pokok tau kawan2 antaranya :
  • Pokok membekalkan oksigen : Semua hidupan perlukan oksigen untuk bernafas. So itulah point paling penting.
  • Pokok serap karbon dioksida : Kita menghasilkan karbon dioksida, pokok menghasilkan oksigen, manusia menyerap oksigen untuk hidup begitu juga pokok menyerap karbon dioksida untuk hidup. Jadi sudah ada hukum Allah hubungan manusia dengan alam yang mana kedua2nya saling bergantungan.
  • Pokok meneutralkan tanah : Tanah kita telah dicemari dengan bahan2 toksid. Jadi pokok berperanan meneutralkan kembali tanah supaya dapat digunakan dengan selamat untuk tanaman & haiwan.
  • Pokok mengelak hakisan : Biasanya pokok bakau merupakan ejen yang paling baik untuk menghalang hakisan tanah terutama di sekitar pantai/sungai supaya terlindung dari ribut & banjir besar selain menjadi sumber rezeki nelayan.
  • Pokok jadi tempat berteduh : Kalau panas tengahari korang mesti nak berteduh bawah pokok kan. Sejuk & berangin jer lepak bawah pokok kan.
  • Pokok mengurankan pencemaran bunyi : Pokok dapat mengurangkan decibel bunyi yang keterlaluan daripada kenderaan, kilang dan lain-lain.Kira macam sound proof gitu.
  • Pokok jadi tempat perlindungan haiwan : Haiwan seperti burung biasanya bersarang di atas pokok bagi elakkan dari menjadi mangsa binatang lain yang rakus diatas tanah.
  • Pokok menjana kewangan : Industri perumahan memerlukan lansdskap untuk mencantikkan lagi halaman rumah. Pokok2 bunga akan digunakan sebagai landskap. Dengan menanam pokok boleh menjadikan ianya sumber pendapatan.
  • Menanam pokok merapatkan hubungan kekeluargaan : Setelah penat bekerja aktiviti menanam pokok dilandskap halaman rumah dapat mengeratkan lagi hubungan bersama yang tersayang ;p. Selain ianya merupakan senaman yang menyihatkan badan.
Tu jer..ermmm marilah kita menghijaukan bumi kita eh untuk generasi akan datang. :)

**gambar dicilok dari google

Wednesday, July 1, 2009

apa dekni cakap?

Aku suka nengok video clip yang mengajak kita berfikir di luar kotak fikiran dari apa yang kita nampak. Dulu masa video clip ni keluar selalu aku cuba tangkap apa yang mamat baring kat jalan tu cakap. Sungguh misterious videoclip ni dan sampai sekarang aku tak dapat tangkap apa dekni cakap. So korang layan eh & cuba cari apa perkataan yang mamat tu sebut part last sekali. Happy watching.

Just by Radiohead

Can't get the stink off
He's been hanging round for days
Comes like a comet
Suckered you but not your friends
One day he'll get to you
And teach you how to be a holy cow

You do it to yourself, you do
and that's what really hurts
You do it to yourself, just you
you and no-one else
You do it to yourself
You do it to yourself

Don't get my sympathy
Hanging out the 15th floor
changed the locks three times
He still comes reeling through the door
one day i'll get to you
And teach you how to get to purest hell

You do it to yourself, you do
and that's what really hurts
You do it to yourself, just you
you and no-one else
You do it to yourself
You do it to yourself

You do it to yourself, you do
and that's what really hurts is
You do it to yourself, just you
you and no-one else
You do it to yourself
You do it to yourself, yourself, yourself.


Mana pegi nii..

Errmm mana pergi brader2 bloger aku ni, portdy (tak sabar nak tunggu gadis2 jepun mu itu hehehe), Gayour (weii gelak jer baca blog lu ni..sempoi), Geng Metal (suka baca cerita ko masa rock dulu2) & Zan (ala org lain pon jiwa jugak beb kasi update weii hehehe). Harap2 semua sihat walafiat.